So You Think You Can Dance (Musim 1)

Musim pertama rancangan realiti So You Think You Can Dance (SYTYCD) disiarkan di 8TV dari 5 April 2007 hingga 29 Jun 2007. Juaranya ialah Muhammad Haslam Abdul Rahman Rabaee yang dikenali ramai sebagai "Alam".

So You Think You Can Dance
(musim pertama)
SYTYCD.png
So You Think You Can Dance
FormatRancangan permainan realiti interaktif
PenciptaUnited Kingdom Nigel Lythgoe
United Kingdom Simon Fuller
PengarahMalaysia Zebedee De Costa
Malaysia Tengku Firhad
PengacaraMalaysia Juliana Ibrahim
Malaysia Jehan Miskin
Dibintangi oleh
Malaysia Pat Ibrahim
Venezuela Judimar Hernandez
Australia Yannus Sufandi
Malaysia Ramli Ibrahim
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifMalaysia Sunil Kumar
PenerbitMalaysia Zebedee De Costa
Malaysia Tengku Firhad
Malaysia Manoj Nandy
Malaysia Kiedd Fariz
PenyuntingMalaysia Howie Chin Yeong Hau
Malaysia Chan Yee Wei
Malaysia Shivadas Menon
Tempoh siaranVaries
Penyiaran
Saluran asal8TV
Format gambarPAL 4:3 Letterbox / Cinemascope
Siaran asal5 April 200729 Jun 2007
Pautan luar
Laman sesawang

Menurut penerbit Lam Swee Kim, SYTYCD mencatat anggaran penonton mingguan sebanyak 300,000 hingga 500,000.[1]

PengacaraSunting

Juliana Ibrahim berpengalaman sebagai pengacara Chicky Hour, berlakon dalam Realiti dan Impian Illyana. Beliau diiringi Jehan Miskin, juga seorang pengacara televisyen dan pelakon, sejak episod 9.

JuriSunting

Berikut ialah senarai orang yang pernah dilihat memainkan peranan sebagai juri sepanjang siaran pertandingan ini serta butiran tepat mengenai mereka sebelum menyertai kakitangan So You Think You Can Dance.

Juri tetapSunting

Juri jemputanSunting

  • Jeff Thacker: Penerbit bagi pelbagai filem dan rancangan televisyen berbentuk tarian dan muzikal, termasuk versi Amerika Syarikat So You Think You Can Dance pada tahun 2005
    Muncul dalam Ujibakat
  • Yannus Sufandi: Bertapak di Australia, penari bagi persembahan selebriti antarabangsa seeprti Fatman Scoop, Pharrel dan kumpulan Sugababes, juga bertugas sebagai koreografer bagi para peserta pertandingan ini
    Muncul dalam Callbacks, Boot Camp
  • Linda Jasmine: Bekas koreografer bagi pelajar Akademi Fantasia, juga membuka studio tarian sendiri bernama "Linda Jasmine's Performing Arts Studio".
    Muncul dalam Minggu pertama Pertandingan
  • Datin Seri Tiara Jacquelina: Pelakon utama filem Puteri Gunung Ledang dan Puteri Gunung Ledang the Musical
    Muncul dalam Minggu ke-2 and ke-3 Pertandingan

KoreograferSunting

Berikut adalah senarai nama-nama koreografer yang terlibat dalam latihan para peserta seperti yang dikenalpasti melalui siaran di 8TV setakat ini.

PesertaSunting

Nama (Umur, Asal) Butiran Persembahan (Pasangan) Disingkirkan/
Kedudukan muktamad
Muhamad Haslam "Alam" (21, Muar, Johor) Seorang penari breakdancing yang mula menceburi tarian sejak umur 14 tahun, pernah menjuarai kategori solo Kejohanan Breakdancing Malaysia pada tahun 2005
  1. Kontemporari (Noor)
  2. Paso Doble (Noor)
  3. Kontemporari (Noor)
  4. Hip-hop (Noor)
  5. Kontemporari Cina (Noor)
    Enam terbawah
  6. Hip-hop, Salsa (Nikki)
    Enam terbawah
  7. Kontemporari, Hip-hop (Nikki)
    Enam terbawah
  8. Kontemporari (Sue)
    Kontemporari (solo)
  9. Hip-hop (Dennis)
    Kontemporari Melayu (Brancy)
    Breakdancing (solo)
JUARA
Dennis Yin (19, Subang Jaya) Seorang ahli pasukan sorak dalam sekolah menengah dan seterusnya dalam pasukan "Charm All Stars", terpaksa melepaskan peluang untuk mewakili negara di Jepun semata-mata untuk menyertai rancangan ini
  1. Paso Doble (Becky)
  2. Jive (Becky)
  3. Funk (Becky)
  4. Tango (Becky)
  5. Kontemporari Melayu (Becky)
  6. Mambo, Hip-hop (Brancy)
    Enam terbawah
  7. Street jazz, Samba (Brancy)
    Enam terbawah
  8. Samba (Brancy)
    Hip-hop (solo)
    1. Hip-hop (Alam)
      Ballroom/Waltz (Sue)
      Paso Doble (solo)
Naib juara
Suhaili Micheline "Sue" (23, Subang Jaya, Selangor) Pelatih kelas menari kanak-kanak yang berkepakaran dalam balet di Aurora School of Dancing, berpengalaman dalam menyertai pertandingan menari
  1. Hip-hop (Isaac)
  2. Hip-hop (Isaac)
  3. Samba (Isaac)
  4. Kontemporari (Isaac)
  5. Kontemporari India (Isaac)
  6. Street jazz, Kontemporari India (Firul)
  7. Kontemporari, Waltz Vienna (Jimmy)
    Dua teratas
  8. Kontemporari (Alam)
    Kontemporari Melayu (solo)
  9. Street jazz (Brancy)
    Ballroom/Waltz (Dennis)
    Ballet/Tango (solo)
Tempat ke-3
Brancy Tan (27, Ipoh, Perak) Mengaku dirinya pelopor "belly-fusion", iaitu gabungan belly-dancing dan unsur-unsur gimnastik
  1. Kontemporari Melayu (Sean)
  2. Sevillanas (Sean)
  3. Kontemporari Melayu (Firul)
  4. Mambo (Firul)
  5. Kontemporari Cina (Firul)
  6. Mambo, Hip-hop (Dennis)
  7. Street jazz, Samba (Dennis)
    Enam terbawah
  8. Samba (Dennis)
    Kontemporari (solo)
  9. Street jazz (Sue)
    Kontemporari Melayu (Alam)
    Broadway (solo)
Tempat ke-4
Noor Fatimah (26, Kuala Terengganu) Guru Pendidikan Jasmani, Sains dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu di sebuah sekolah rendah, bekas pelatih gimrama sewaktu kecil dan kini jurulatih pasukan gimrama yang banyak mencapai kejayaan di peringkat dunia
  1. Kontemporari (Alam)
  2. Paso Doble (Alam)
  3. Kontemporari (Alam)
  4. Hip-hop (Alam)
  5. Kontemporari Cina (Alam)
    Enam terbawah
  6. Rock 'n Roll, Kontemporari Melayu (Yuz)
  7. Broadway, Kontemporari Melayu (Yuz)
    Enam terbawah
  8. Latin ? (Yuz)
    Kontemporari (solo)
    disingkirkan
21 Jun, 2007
Mohd Yunus "Yuz" (22, Batu Pahat, Johor) Guru tarian di Akademi Seni, Budaya dan Warisan; pernah berlatih tarian bharatanatyam
  1. Kontemporari Melayu (Nikki)
  2. Kontemporari (Nikki)
  3. Hip-hop (Nikki)
  4. Broadway (Nikki)
  5. Kontemporari Melayu (Nikki)
  6. Rock 'n Roll, Kontemporari Melayu (Noor)
  7. Broadway, Kontemporari Melayu (Noor)
    Dua teratas
  8. Latin ? (Noor)
    Kontemporari India (solo)
    Disingkirkan
21 Jun 2007
Nikki Cheng (??, Kuala Lumpur) Pelatih breakdancing yang mengakui kaya pengalamannya dalam menjuarai pertandingan tarian hip-hop
  1. Kontemporari Melayu (Yuz)
  2. Kontemporari (Yuz)
  3. Hip-hop (Yuz)
  4. Broadway (Yuz)
    Empat terbawah
  5. Kontemporari Melayu (Yuz)
  6. Hip-hop, Salsa (Alam)
    Enam terbawah
  7. Kontemporari, Hip-hop (Alam)
    disingkirkan
14 Jun, 2007
Jimmy Wong (26, Kuala Lumpur) Seorang pereka fesyen dan pendandan rambut yang mendirikan tempat kerjanya dalam tempat tinggalnya sendiri, pernah diupah oleh sebuah penerbit majalah untuk satu acara peragaan yang dianjurkan syarikat itu
  1. Kontemporari (Azzy)
  2. Kontemporari Melayu (Jo)
  3. Foxtrot (Jo)
    Empat terbawah
  4. Pop (Jo)
  5. Kontemporari India (Jo)
    Enam terbawah
  6. Kontemporari Melayu, Dancehall (Becky)
  7. Kontemporari, Waltz Vienna (Sue)
    disingkirkan
14 Jun, 2007
Rebecca "Becky" Lee (23, Klang, Selangor) Guru kelas tarian kanak-kanak, mengakui dirinya "antara enam orang penari terhebat di dunia" setelah kembali dari suatu pertandingan antarabangsa "World Senior Duos dance Masters" 2006
  1. Paso Doble (Dennis)
  2. Jive (Dennis)
  3. Funk (Dennis)
    Empat terbawah
  4. Tango (Dennis)
  5. Kontemporari Melayu (Dennis)
    Enam terbawah
  6. Kontemporari Melayu, Dancehall (Jimmy)
    disingkirkan
7 Jun, 2007
Shafirul Azmi "Firul" Suhaimi (26, Sabah) Paling cekap dalam tarian kontemporari, seorang bekas "pelajar tebaik" pembantu pensyarah di Akademi Seni Kebangsaan
  1. Broadway (Davina)
  2. Jazz (Davina)
  3. Kontemporari Melayu (Brancy)
  4. Mambo (Brancy)
  5. Kontemporari Cina (Brancy)
  6. Street jazz, Kontemporari India (Sue)
    disingkirkan
7 Jun, 2007
Joanne "Jo" Stevenson (30, Kuala Lumpur) Menceburi persembahan tarian profesional selama 11 tahun; sebagai ibu tunggal, berharap agar penyertaannya dalam pertandingan ini dapat membantu menyara anak perempuannya yang berumur 12 tahun
  1. Hip-hop (Shake)
  2. Kontemporari Melayu (Jimmy)
  3. Foxtrot (Jimmy)
  4. Pop (Jimmy)
  5. Kontemporari India (Jimmy)
    disingkirkan
31 Mei, 2007
Isaac Lim (25, Johor Bahru) Mengkui gaya tariannya ialah "gabungan tarian Cina dengan kontemporari" yang dipelajarinya ketika sekolah menengah, pernah dibawa ke London oleh Istana Budaya untuk promosi pelancongan Malaysia
  1. Hip-hop (Sue)
  2. Hip-hop (Sue)
  3. Samba (Sue)
  4. Kontemporari (Sue)
    Empat terbawah
  5. Kontemporari India (Sue)
    disingkirkan
31 Mei, 2007
Cristine "Orange" Chung (23, Kuching, Sarawak) Berkecimpung dalam tarian sejak umur 4 tahun, pernah menyertai gimrama dan mencapai kejayaan dalam pertandingan peringkat kebangsaan, pernah menceburi wusyu dan menyertai Sukan SEA dalam sukan tersebut
  1. Salsa (Vish)
  2. Salsa (Vish)
  3. Dancehall (Vish)
  4. Kontemporari Melayu (Vish)
    disingkirkan
24 Mei, 2007
Vishnu "Vish" a/l Nadarajah (25, Balakong, Selangor) Menceburi bharatanatyam sejak usia 4 tahun, pernah meluahkan bahawa minatnya dalam tarian ini dibantah bapanya sendiri ketika Boot Camp
  1. Salsa (Orange)
    Empat terbawah
  2. Salsa (Orange)
  3. Dancehall (Orange)
  4. Kontemporari Melayu (Orange)
    disingkirkan
24 Mei, 2007
Alice Yap (25, Kuala Lumpur) Mempunyai studio tarian sendiri, juga bertugas sebagai pelatih di sekolah menengah dan mengendali kelas tarian kanak-kanak
  1. Street jazz (Chris)
    Empat terbawah
  2. Street jazz (Chris)
    Empat terbawah
  3. Kontemporari Melayu (Chris)
    disingkirkan
17 Mei, 2007
Chris Ooi (21, Taiping, Perak) Pembantu penggambaran bagi syarikat pengiklanan
  1. Street jazz (Alice)
  2. Street jazz (Alice)
    Empat terbawah
  3. Kontemporari Melayu (Alice)
    disingkirkan
17 Mei, 2007
Davina Goh (25, Kuala Lumpur) Ahli pengurusan penganjuran acara; pelakon teater pentas dan filem; kolumnis di akhbar theSun
  1. Broadway (Firul)
  2. Jazz (Firul)
    disingkirkan
10 Mei, 2007
Sean Loh (22, Pulau Pinang) Pelatih tarian yang cenderung kepada tarian jazz, hip-hop dan disko, kematian bapanya akibat barah hati pada tahun 2006
  1. Kontemporari Melayu (Brancy)
  2. Sevillanas (Brancy)
    disingkirkan
10 Mei, 2007
Sheikh "Shake" Gaddafi (26, Subang Jaya, Selangor) Diilhamkan untuk menceburi tarian oleh Michael Jackson sewaktu berusia 12 tahun, bekerja dalam syarikat pembangunan sebagai seorang "budak pejabat"
  1. Hip-hop (Jo)
    disingkirkan
3 Mei, 2007
Azzura Soraya "Azzy" (23, Petaling Jaya, Selangor) Pelajar jurusan kewartawanan dan perhubungan awam, pernah menyertai persembahan tarian gaya India
  1. Kontemporari (Jimmy)
    disingkirkan
3 Mei, 2007

Ujibakat (disiarkan 5 April 2007)Sunting

Uji bakat awal pernah diadakan pada 16 dan 17 Mac 2007, diadili oleh Pat Ibrahim, Judimar Hernandez dan Jeff Thacker yang ditugaskan untuk menilai kebolehan dan bakat tarian para peserta.

Callbacks (disiarkan 12 April 2007)Sunting

Daripada 500 orang yang mengambil bahagian dalam dua hari ujibakat tersebut, cuba tujuh orang yang dilayakkan memasuki Boot Camp manakala 80 yang lain dipanggil kembali untuk menjalani ujian kedua sebelum dilayakkan ke Boot Camp. Hanya 40 orang peserta — 20 lelaki dan 20 wanita — akan layak ke pusingan Boot Camp, termasuklah tujuh peserta dari ujibakat yang dilayakkan terdahulu. Kali ini Pat Ibrahim dan Judimar Hernandez kembali mengadili mereka, bersama dua orang juri berlainan, iaitu Yannus Sufandi dan Ramli Ibrahim. Para peserta Callbacks diuji kebolehan menari dalam gaya tarian yang selain dengan gaya yang selalu dibuat setiap seorang daripada mereka, serta juga diuji kebolehan menari secara berpasangan. Hanya 40 orang peserta layak ke pusingan Boot Camp — 20 lelaki dan 20 wanita, termasuk tujuh orng yang dilayakkan ketika uji bakat.

Boot Camp (disiarkan 19 April 2007)Sunting

40 orang peserta diuji kebolehan mereka dalam pelbagai genre tarian serta perpaduan sesama sendiri dalam pertandingan. Hari pertama Boot Camp menyaksikan mereka berlatih empat jenis tarian berlainan, setiap satunya di bawah penyeliaan pereka tari yang berlainan: Hip-hop (Yannus Sufandi), kontemporari (Umesh Nair), Street Jazz (Manuela Oliveira), dan Salsa (Patricia Caldenna). Setelah sesi-sesi koreografi itu mereka perlu mempersembahkan apa yang baru mereka pelajari daripada penyelia tadi, secara berkumpulan.

Hari kedua menyaksikan para peserta beraksi secara solo dan cuba menampilkan "kelainan" mereka untuk mengagumkan para juri bagi layak ke peringkat 20 Teratas. Menjelang malam hari itu, Para juri mengumumkan 20 orang peserta yang layak ke pusingan seterusnya.

Satu adegan menarik setelah tahunya 20 orang yang layak melibatkan seorang peserta yang tidak layak menangis dan merintih kegagalannya untuk memenuhi hasrat terakhir seorang sahabat karibnya yang didakwanya akan "meninggal dunia pada hari itu".

PertandinganSunting

Mulai 3 Mei 2007, para peserta yang layak ke pusingan ini akan membuat persembahan di kelab malam Ruums KL di hadapan para juri, serta penonton dalam studio dan di rumah. Setelah berakhirnya rutin berpasangan, empat (atua enam) orang peserta yang dinilai paling kurang memuaskan oleh para juri perlu melakukan rutin solo selama 30 saat bagi setiap orang, untuk meraih undian penonton. Pengundi diberi kira-kira 20 minit untuk mengundi, termasuk masa peserta menari secara solo diikuti dengan rancangan 8TV Quickie Dance Special yang disiarkan di Ruums KL adn studio Sri Pentas. Selepas itu, seorang peserta perempuan dan seorang peserta lelaki disingkirkan.

Grand finalé So You Think You Can Dance dijangka dilangsungkan di Ruums KL pada 29 Jun akan datang.

Berikut merupakan senarai pasangan yang bertanding pada pusingan pertama (menurut giliran kemunculan; diikuti tarian yang ditugaskan kepada mereka serta koreografer pelatih masing-masing), peserta individu "empat terbawah" (enam dalam episod-episod lanjut) yang menjalani pusingan kedua dan peserta yang disingkirkan bagi setiap minggu.

Minggu pertama (disiarkan 3 Mei 2007)Sunting

Peserta 10 teratas versi AS So You Think You Can Dance (musim kedua), Dmitry Chaplin membuat persembahan khas sebelum keputusan undian diumumkan.

Pusingan Pertama

Pusingan kedua
  1. Alice
  2. Shake (tersingkir)
  3. Azzy (tersingkir)
  4. Vish

Minggu kedua (disiarkan 10 Mei 2007)Sunting

Para peserta melalkuakn persembahan berkumpulan buat pertama kali sepanjang pertandingan, sejurus sebelum keputusan diumumkan.

Pusingan Pertama
  • Nikki dan Yuz: Kontemporari
  • Sue dan Isaac: Hip-hop
  • Brancy dan Sean: Sevillanas
  • Jo dan Jimmy: Kontemporari Malaysia
  • Noor dan Alam: Paso Doble

  • Orange dan Vish: Salsa
  • Becky dan Dennis: Jive
  • Davina dan Firul: Jazz
  • Alice dan Chris: Street jazz

Pusingan kedua
  1. Davina (tersingkir)
  2. Sean (tersingkir)
  3. Alice
  4. Chris

Minggu ketiga (disiarkan 17 Mei 2007)Sunting

Pusingan pertama
  • Alice dan Chris: Kontemporari Malaysia
  • Nikki dan Yuz: Hip-hop
  • Noor dan Alam: Kontemporari
  • Brancy dan Firul: Kontemporari Malaysia

Pusingan kedua
  1. Chris (tersingkir)
  2. Alice (tersingkir)
  3. Jimmy
  4. Becky

Minggu keempat (disiarkan 24 Mei 2007)Sunting

Para peserta melakukan persembahan berkumpulan kedua mereka sepanjang pertandingan, kali ini pada permulaan episod ini.

Pusingan pertama
  • Orange dan Vish: Kontemporari Malaysia
  • Nikki dan Yuz: Broadway
  • Sue dan Isaac: Contemporary

  • Becky dan Dennis: Tango
  • Noor dan Alam: Hip-hop
  • Brancy dan Firul: Mambo
  • Jo dan Jimmy: Pop

Pusingan kedua
  1. Orange (tersingkir)
  2. Vish (tersingkir)
  3. Nikki
  4. Isaac

Minggu kelima (disiarkan 31 Mei 2007)Sunting

Minggu ini menyaksikan beberapa perubahan, iaitu penampilan Jehan Miskin membantu Juliana mengacarakan rancangan ini, kali pertama tema digunakan sepanjang pertandingan, iaitu Malaysiana di mana para penari mempersembahkan versi kontemporari bagi tarian tiga etnik utama di Malaysia, serta keputusan juri untuk mencari Enam Terbawah dan bukan Empat terbawah sebelumnya kerana "persaingan yang makin sengit".

Pusingan pertama
  • Becky dan Dennis: Kontemporari Melayu
  • Brancy dan Firul: Kontemporari Cina
  • Sue dan Isaac: Kontemporari India
  • Noor dan Alam: Kontemporari Cina
  • Nikki dan Yuz: Kontemporari Melayu
  • Jo dan Jimmy: Kontemporari India

Pusiangan kedua
  1. Isaac (tersingkir)
  2. Alam
  3. Noor
  4. Jimmy
  5. Becky
  6. Jo (tersingkir)

Minggu keenam (disiarkan 7 Jun 2007)Sunting

Minggu ini semua peserta ditukarkan pasangan mereka, dan setiap pasangan baru ini melakukan dua rutin.

Pusingan pertama
  • Sue dan Firul:
  1. Street jazz
  2. Kontemporari India
  • Brancy dan Dennis:
  1. Mambo
  2. Hip-hop

  • Noor dan Yuz
  1. Rock 'n Roll
  2. Kontemporari Melayu
  • Nikki dan Alam
  1. Hip-hop
  2. Salsa
  • Becky and Jimmy
  1. Kontemporari Melayu
  2. Dancehall

Pusingan kedua
  1. Brancy
  2. Firul (tersingkir)
  3. Nikki
  4. Dennis
  5. Becky (tersingkir)
  6. Alam

Minggu ketujuh (disiarkan 14 Jun 2007)Sunting

Pusingan pertama
  • Sue dan Jimmy
  1. Kontemporari
  2. Viennese Waltz
  • Brancy dan Dennis
  1. Street jazz
  2. Samba

  • Noor dan Yuz
  1. Broadway
  2. Kontemporari Melayu
  • Nikki dan Alam
  1. Kontemporari
  2. Hip-hop

Pusingan kedua
  1. Brancy
  2. Jimmy (tersingkir)
  3. Nikki (tersingkir)
  4. Noor
  5. Alam
  6. Dennis

Minggu kelapan (disiarkan 21 Jun 2007)Sunting

Pada malam separuh akhir, talian undian dibuka dari awal persembahan yang mana keenam-enam peserta melakukan rutin berpasangan dan solo, manakala semua peserta boleh memilih koreografer untuk tarian solo. Setelah penyingkiran dilakukan pada akhir persembahan ini, talian dibuka sekali lagi untuk keuputusan peringkat akhir.

Pusingan pertama
  • Sue and Alam - Kontemporari
  • Brancy and Dennis - Samba
  • Noor and Yuz: Latin ?

Pusingan kedua
  1. Sue: Kontemporari Melayu
  2. Alam: Kontemporari
  3. Dennis: Hip-hop
  4. Brancy: Kontemporari
  5. Yuz: Kontemporari India (tersingkir)
  6. Noor: Kontemporari (tersingkir)

Grand Finals (disiarkan 29 Jun 2007)Sunting

Malam bermula dengan sesi berkongsi kenangan sepanjang pertandingan, yang menampilkan sedutan imbasan kembali rancangan dan luahan hati para juri. Top 4, Alam, Dennis, Sue and Brancy, setiap satu melakukan dua rutin berpasangan (termasuk gandingan sama jantina yang julung kali dipertandingkan) dan satu solo. Grand Finals juga diserikan dengan 16 peserta lain yang tersingkir pada minggu-minggu terdahulu, serta juga persembahan berkumpulan oleh sekumpulan penari jig yang dilatih Judimar Hernandez, Joe Flizzow dan geng hip-hop the Kartel pimpinan beliau, dan Reshmonu serta iringan pemain gendang bhangra.

Pada 10.20 malam, Alam dinobatkan "Malaysia's Best Dancer", lalu meraih hadiah wang tunai RM50,000 dan satu peranan dalam projek teater akan datang pimpinan Datin Seri Tiara Jacquelina. Ketika persembahan solonya, Alam digelar oleh Ramli Ibrahim sebagai "Mawi dunia tarian".

Pusingan pertama
  • Dennis dan Alam - Hip-hop
  • Sue dan Brancy - Street jazz
  • Sue dan Dennis - Foxtrot
  • Brancy dan Alam - Kontemporari Melayu

Pusingan kedua
  1. Alam - Breakdancing
  2. Dennis - Paso Doble
  3. Sue - Ballet/Tango
  4. Brancy - Broadway Jazz

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Chua, Dennis (11 Mac 2008). "Get up and dance". New Straits Times. Dicapai pada 2008-04-29.

Pautan luarSunting