Prof. Dr. Soepomo (EYD: Supomo; 22 Januari 1903 - 12 September 1958) ialah seorang pahlawan nasional Indonesia yang dikenali sebagai arkitek Perlembagaan Republik Indonesia 1945, bersama dengan Mohammad Yamin dan Sukarno.

Soepomo


Biografi

sunting

Dilahirkan di kota Sukoharjo, Jawa Tengah, Soepomo berasal daripada keluarga bangsawan Jawa. Datuk sebelah ayahnya ialah Raden Tumenggung Reksowardono, bupati Anom Sukoharjo, manakala datuk sebelah ibunya ialah Raden Tumenggung Wirjodiprodjo, bupati Nayaka Sragen. Sebagai anak lelaki kepada sebuah keluarga bangsawan, Soepomo berkesempatan belajar di Sekolah Rendah Europeesche Lagere (ELS) di Boyolali (1917), serta Sekolah Menengah Rendah Meer Uitgebreid Lager Onderwijs (MULO) di Solo (1920), dan menyelesaikan pendidikan tingginya di Bataviasche Rechtshoogeschool di Batavia pada tahun 1923. Beliau kemudian menjadi pegawai pemerintah jajahan sebagai pembantu kepada Ketua Hakim Negeri Sragen (Soegito 1977).

Antara tahun-tahun 1924 - 1927, Soepomo melanjutkan pendidikannya di Universiti Leiden, Belanda di bawah bimbingan Cornelis van Vollenhoven, profesor undang-undang yang dikenali sebagai "arkitek" ilmu undang-undang adat Indonesia. Tesis kedoktorannya yang berjudul Reorganisatie van het Agrarisch Stelsel in het Gewest Soerakarta (Penyusunan semula sistem pertanian di wilayah Surakarta) tidak sahaja menghuraikan sistem pertanian tradisional di Surakarta, malahan menganalisis dengan teliti undang-undang penjajah yang berkaitan dengan guna tanah di wilayah Surakarta (Pompe 1993). Ditulis dalam bahasa Belanda, Soepomo mengkritik penyusunan semula sistem pertanian oleh pemerintahan kolonial diselubungi bahasa yang halus dan tak langsung, penggunaan hujah-hujah penjajah sendiri. Diperlukan kefamahan akan kentalnya kesubjektifan Soepomo yang diwarnai dengan etika Jawa.

Hampir tidak adanya biografi tentang Soepomo, kecuali satu yang dikerjakan berdasarkan projek Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia pada tahun 1977 (Soegito 1977). Soepomo mengagumi sistem pemerintahan Jerman dan Jepun, dengan Marsillam Simanjuntak berpendapat bahawa beliaulah punca fasisme di Indonesia. Negara "Orde Baru" Jeneral Suharto adalah bentuk negara yang paling rapat dengan wawasan Soepomo.

Soepomo meninggal dunia di Jakarta ketika hanya berumur 55 tahun pada tahun 1958, akibat serangan jantung, dan dikebumikan di Solo.

Bacaan tambahan

sunting
  • Marsillam Simanjuntak. Pandangan negara integralistik : Sumber, unsur, dan riwayatnya dalam persiapan UUD 1945. Buku ini memberikan maklumat tambahan tentang peranan Soepomo dalam penyusunan UUD 1945).
  • Etika Jawa yang ditulis oleh Frans Magnis-Suseno dan "Language and Power oleh Ben Anderson tentang etika Jawa untuk memahami sudut pandangan dan strategi perantaraan Soepomo.