Soffi Jikan

Pelakon dan pengarah Malaysia
(Dilencongkan dari Sofi Jikan)

Mohamad Shoffi bin Jikan (lahir 13 November 1970) ialah seorang pelakon komedi dan pengarah Malaysia yang sering muncul menerusi watak-watak sampingan dalam filem-filem popular Malaysia. Beliau juga dikenali sebagai aktivis teater dan juga penulis lakon layar dan amat dikenali menerusi watak-watak pembantu dalam sesebuah karya yang besar. Walaupun beliau kurang mendapat publisiti yang meluas, bakat lakonannya yang menjadi taruhan dan diberi kepercayaan oleh pengarah yang ingin mendapatkan khidmat beliau.

Soffi Jikan
Sofi.jpg
Soffi pada 2010.
KelahiranMohamad Shoffi bin Jikan
(1970-11-13) 13 November 1970 (umur 49)
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
KediamanKuala Terengganu
PekerjaanPelakon, pengarah
Tahun aktif2003–kini
Terkenal keranaKolenel Buyong dalam Kala Malam Bulan Mengambang (2008)
Junna dalam Estet (2010)
Rokiman dalam Taubat Seorang Samseng (2012)
PasanganIzzaty Isma Ibrahim
Anak3
SaudaraShaiful Jikan (adik)

Kehidupan awalSunting

Beliau dilahirkan sebagai Mohd Shoffi bin Jikan pada 13 November 1970 di Kuala Terengganu, Terengganu kepada seorang petani dan isterinya. Beliau merupakan anak sulung daripada dua beradik dan berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

KerjayaSunting

Soffi memulakan kerjaya lakonannya pada 2003 menerusi filem Paloh arahan Adman Salleh sebagai askar Jepun. Beliau juga membintangi telefilem Neon arahan Mohamed Feroz Abdul Kadir bersama ramai pelakon termasuk Rita Rudaini, Azhar Sulaiman, Danny X-Factor, Melissa Saila, Abby Abadi, Vanidah Imran, Rashidi Ishak dan ramai lagi.[1]

Bakat beliau berjaya dihidu oleh pengarah tersohor, Mamat Khalid, untuk menjadi watak pembantu dalam filem Rock. Kepercayaan terus diberikan oleh Mamat untuk terus mendapatkan khidmat beliau menerusi Man Laksa, dan seterusnya.

Pada 2009, beliau bersama pelakon Farid Kamil bersama-sama menulis filem V3: Samseng Jalanan. Filem itu siap dirakam, namun akhirnya dibenarkan tayangan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia dengan beberapa kelonggaran.[2]

Kehidupan peribadiSunting

Pada 13 Mei, Sofi diperintah membela diri oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan menggunakan ganja.[3]

FilemografiSunting

FilemSunting

 
Memegang pelbagai watak. Menegak,Junna(Estet);Atas,Zul Kapan(Rock);Bawah,Kolenel Buyong(Kala Malam Bulan Mengambang)
Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2003 Gedebe Namron
Paloh Harun Adman Salleh
2004 Malaikat di Jendela Osman Ali Filem pendek
2005 Rock Zul Kapan Mamat Khalid
2006 Man Laksa Fendi Hafifi
Cinta Joe Kabir Bhatia
Bilut Ngah Busu Bade Hj. Azmi
2007 Chermin Zakaria Zarina Abdullah
Zombi Kampung Pisang Sofi Mamat Khalid
2008 Kala Malam Bulan Mengambang Ketua Pergerakan Bawah Tanah Kolenel Buyong
Antoofighter: Amukan Drakulat! Admiral Bajang Azizi "Chunk" Adnan
Los dan Faun Pak Guard Lance Koperal Afdlin Shauki
2009 Setem Mat Rempit Kabir Bhatia
2010 Kapoww Mi Belit Azizi "Chunk" Adnan
Estet Junna Mamat Khalid
Hantu Kak Limah Balik Rumah Wak Joko
V3: Samseng Jalanan Farid Kamil Cerita asal
2011 KL Gangster Ajib Syamsul Yusof Pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM 24
2012 Bunohan Awang Sonar Dain Said
Jiwa Taiko Boss Osman Ali
Kahwin 5 Cico Nizam Zakaria
Jalan Kembali: Bohsia 2 Keting Syamsul Yusof
2013 Rock Oo! Zul Kapan Mamat Khalid
Pecah Alan Asrul Hisyam Ahmad (Black)
KL Gangster 2 Ajib Syamsul Yusof
Kolumpo Komang Sheikh Munasar, Bront Palarae, Rozi Izma
Tokan Solihin Ghaz Abu Bakar
2014 Zombie Kilang Biskut Saufi Mamat Khalid
Abang Long Fadil Ajib Syafiq Yusof
Hantu Nan Sempit Ribut Ahmad Idham
Amir dan Loqman Pergi ke Laut Big Joe Mamat Khalid
Lelaki Harapan Dunia Wan Liew Seng Tat
2015 Romeo Kota DSP Yusri Aaron Aziz
Darah Panas Aloi Arjin Uppal
Gangsterock Kasi Sengat Shake Dirinya sendiri Filem pertama arahan
Bravo 5 Sidek Tapa Yeop Hitler
2016 Radhi Rudy Bin Dadu Radhi Arjin Uppal
Rock Bro! Zul Kapan Mamat Khalid
Bo-Peng Based Helmi Yusof
2018 Dukun Fadzli Dain Said
Polis EVO 2 Qalif Joel Soh, Andre Chiew
2020 Jodoh Syaitan Megat Ismail Bob Hasim

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Seri Budi Emas TV1
Frontpage Pemandu Teksi ntv7 Episod: "Pemandu Teksi"
2011 Gerak Khas (Musim 13) TV2 Episod: "Integriti"
2012 Tanah Kubur (Musim 3) Astro Oasis Episod: "Lelaki Emas"
2013 Tanah Kubur (Musim 8) Rahim Episod: "Lolongan Ajal"
2014 Jalan Kembali Keting TV2
2015 Sketso (Musim 1) Astro Warna
2016 Tanah Kubur (Musim 15) Shuib Astro Oasis Episod: "Kakitangan Judi"
2019 Cerita Dalam Kain Halim Astro Prima Episod: "Aku Bukan Hamba"

Siri webSunting

Tahun Tajuk Watak Rangkaian Catatan
2014 Marco Polo (Musim 1) Milo Boy Netflix 2 episod: "Pesta" dan "Langkah Keempat"

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2003 Champion VCD
Neon Kawan Ringgo II
2011 7 Lagu Effendi Astro Citra
2012 Al-Ikhlas Zaki TV3
Taubat Seorang Samseng Rokiman Astro Oasis
Sebelum Kiamat TV3
7 Hari Di Neraka Saufi TV9
Ampun Untukmu
2013 Arman Hamdan TV3
2014 Warkah Syurga Astro Prima
2015 Rekah TV2
2016 Dari Asar Ke Isyak Badron
2017 Bisik Pada Allah Leman Astro Citra
Semerah Darah
2018 Kitab Sijjin Toho

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2016 Gempak Superstar Peserta Astro Ria

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2011 Festival Filem Malaysia ke-24 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik KL Gangster Menang

RujukanSunting

  1. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  2. ^ "V3: Samseng Jalanan papar aksi berani". B*Pop (Berita Minggu). 28 Februari 2010. Dicapai pada 30 Mac 2010.
  3. ^ Fatin Hafizah Mohd Shahar (13 Mei 2019). "Sofi Jikan diperintah bela diri". Berita Harian. Dicapai pada 14 Mei 2019.

Pautan luarSunting