Soh Chin Aun
Dato' Soh Chin Aun AMN DSIS DIMP (Cina ringkas: 苏进安; Cina tradisional: 蘇進安; pinyin: Sū Jìn'ān; juga dikenali sebagai Tauke; lahir 28 Julai 1949) merupakan pemain legenda bola sepak Malaysia yang berasal dari Alor Gajah, Melaka. Chin Aun merupakan rakan seangkatan Allahyarham Mokhtar Dahari dan mendiang R Arumugam.[1][2]
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Soh Chin Ann | ||
Tarikh lahir | 28 Julai 1950 | ||
Tempat lahir | Alor Gajah, Melaka, Malaysia | ||
Posisi permainan | Pemain pertahanan | ||
Kerjaya remaja | |||
Melaka FA | |||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1970–1980 | Selangor FA | 345 | (5) |
1981–1983 | Melaka FA | 37 | (1) |
Jumlah | 382 | (6) | |
Pasukan kebangsaan | |||
1971–1988 | Malaysia | 114 | (8) |
Pasukan diurus | |||
1989 | Melaka FA | ||
2007 | Malaysia B-23 | ||
2008–2009 | Malaysia | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Kerjaya bola sepakSunting
Pada tahun 1971, Chin Aun yang baru berusia 21 tahun ketika itu menjadi ketua pasukan termuda dalam kelayakan Sukan Olimpik 1974 di Seoul, Korea Selatan. Beliau merupakan salah seorang pemain yang mewakili Malaysia pada Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman dan berperanan sebagai ketua pasukan.
Kehebatan beliau mengemudi barisan pertahanan bersama Santokh Singh menghadirkan gerun kepada pasukan Asia yang menentang Malaysia pada era 70-an hinggalah 80-an. Beliau digelar sebagai Dewa Peperangan kerana kebijaksanaannya mengemudi pasukan.
Selepas bersara dari bermain bola sepak, Chin Aun cuba berjinak-jinak dalam bidang politik dengan bertanding pada Pilihan Raya Parlimen Kota Melaka pada 1986 tetapi tewas dengan jumlah besar 17,606 undi kepada Lim Guan Eng.[3] Pada tahun 2007, Chin Aun dilantik sebagai Pengerusi Pengadil Malaysia pada 13 Mac 2007. Beliau kemudian memegang jawatan selaku pengurus pasukan bola sepak Malaysia pada 2007 sehinngga Februari 2009.
Pada tahun 2016, beliau membuat kemunculan khas dalam filem Ola Bola sebagai Chow Kok Keong, watak berdasarkan dirinya sendiri semasa kempen kelayakan Sukan Olimpik Moscow 1980.
Keputusan pilihan rayaSunting
Tahun | Perlembagaan | Kerajaan | Undian | Prts | Pembangkang | Undian | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1986 | Kota Melaka | Soh Chin Aun (MCA) | 16,967 | 32.92% | Lim Guan Eng (DAP) | 34,573 | 67.08% | 52,840 | 17,606 | 76.54% |
PenghargaanSunting
KelabSunting
- Selangor FA
- Pemenang (7): 1971, 1972, 1973, 1975, 1976, 1978, 1979
- Melaka FA
- Pemenang: 1983
AntarabangsaSunting
- Kejohanan Jakarta Anniversary
- Pemenang: 1970
- Pemenang (2): 1977, 1979
- Pingat Gangsa: 1974
IndividuSunting
Darjah kebesaranSunting
RujukanSunting
- ^ Nazri Abu Bakar (4 Disember 2016). "Chin Aun, tauke yang garang tapi tenang". Berita Harian. Dicapai pada 4 Disember 2016.
- ^ Zahin Zinal (21 Julai 2017). "Soh Chin Aun Tewas Satu Lawan Satu". Orang Melaka. Dicapai pada 22 Julai 2017.
- ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017. Percentage figures based on total turnout.
- ^ http://chedinsphere.blogspot.com/2013/02/anugerah-kelab-satu-abad-afc-1999-11hb.html
- ^ "AFC ANNOUNCES HALL OF FAME INDUCTEES". the-afc.com. The Asian Football Confederation. 21 Nov 2014. Dicapai pada 21 Nov 2014.
- ^ "Tengku Permaisuri Norashikin ketuai senarai". Fuad Hadinata Yaacob. MyMetro. 11 December 2016. Dicapai pada 17 August 2018.
- ^ "Datukship for football legend Mokhtar Dahari" (dalam bahasa English). Utusan. 24 October 2000. Dicapai pada 17 August 2018.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)