Buka menu utama

Wikipedia β

Solat Sunat Asyuura

Hari Asyura ( 10 Muharram ) adalah hari kegemilangan beberapa Rasul Allah. Maka disunatkan melakukan Solat Sunat empat (4) raka’at dengan dua salam.

Rasulullah SAW menjawab pertanyaan para sahabat; “Adakah Allah SWT telah melebihkan Hari Asyura dari hari-hari lain?”; “Memang benar! Hari Asyura (10 Muharam), Allah telah menjadikan langit dan bumi, bukit-bukau, laut, Syurga dan Neraka, menjadikan Adam dan Hawa, memasukkan Adam ke Syurga, Nabi Ibrahim a.s dilahirkan, Nabi Ibrahim diselamatkan daripada kepanasan api, menenggelamkan Fir’aun, Allah telah menyembuhkan penyakit Nabi Ayub, Allah memberikan taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi Daud, Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman dan akan terjadinya Kiamat pada hari Jumaat 10 Muharam.”

Lafaz niat Usolli Sunnata 'Asyura Rak'taini Lillahi Ta'ala, Allahu Akbar. "Sahaja aku solat sunat Asyura dua rakaat kerana Allah Ta'ala "

Rakaat pertama baca Al-fatihah dan selepas itu baca surah Al-ikhlas sebanyak 11 kali

Rakaat kedua baca Al-fatihah selepas itu baca surah Al-ikhlas 11 kali juga

Pada rakaat ketiga dan keempat, selepas membaca surah al-Fatihah, dibaca lagi surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali.

Membaca doa Asyura;

Fadhilat Doa Asyura:

Sesiapa yang membaca zikir dan doa di atas, maka Allah tidak mematikannya pada tahun itu tetapi jika ajalnya sampai pada tahun tersebut, tidaklah ia diberi taufik untuk membacanya.

Rasulullah SAW bersabda: “Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Para ulamak berpendapat, dinamakan Hari Asyura kerana ia mengandungi sepuluh waktu dari kemulian-kemulian yang diberikan Allah SWT kepada umat Islam untuk menebus dan membersihkan dosa-dosa. Waktu-waktu tersebut adalah:

  • Kemuliaan Bulan Rejab. Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan umat Islam di atas lain-lain umat.
  • Bulan Sya’baan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Nabi Muhammad SAW. atas semua Nabi.
  • Bulan Ramadhan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Allah terhadap semua makhluk.
  • Lailatul Qadar yang terlebih baik dari seribu bulan yang lain.
  • Hari Idul Fitri sebagai hari pembalasan (penerimaan upah).
  • Hari Sepuluh (1 hingga 10 Zulhijjah) iaitu hari-hari untuk berzikir kepada Allah.
  • Hari Arafah yang dosanya dapat menebuskan dosa dua tahun.
  • Hari Idul Adha iaitu hari berkorban.
  • Hari Jumaat yang termulia dari semua hari.
  • Hari Asyura yang puasanya dapat menebus satu tahun dosa.

Pautan luarSunting