Solat Sunat Awwabin


Solat Sunat Awwabin ialah sejenis Solat Sunat. Awwabin sendiri berasal daripada Bahasa Arab yang bererti orang yang sering bertaubat.

Para ulama berbeza pendapat mengenai solat ini. Ada yang berpendapat solat sunat awwabin dilakukan antara waktu Maghrib dan Isyak. Tetapi ada juga ulama yang mengatakan solat awwabin ialah nama lain Solat Sunat Dhuha.[1]

Mengikut fahaman Mazhab Shafii yang dipegang orang Islam di Malaysia, Solat Sunat Awwabin membawa pengertian solat yang dilakukan selepas Fardhu Maghrib menanti waktu Isyak. Solat sunat ini dilakukan sama ada sebanyak 2 rakaat, ataupun 4 rakaat ataupun enam rakaat, ataupun sebanyak 20 rakaat dengan diberikan satu salam setiap dua rakaat.[perlu rujukan]

Keutamaan solat sunting

Keutamaan solat tersebut berdasarkan sabda Rasul   yang berbunyi, “Siapa yang solat enam rakaat tanpa disela dengan pembicaraan buruk, ia senilai ibadah selama dua belas tahun.” (HR at-Tirmidzi. Hadis Gharib)[1]

Cara mengerjakan sunting

Solat Sunat Awwabin dikerjakan seperti Solat Sunat yang lain. Niat untuk mengerjakan solat sunat Awwabin ialah 

yang bermaksud "Sahaja aku sembahyang sunat awwabin dua rakaat kerana Allah Ta'ala."

Pada rakaat pertama dan rakaat kedua, dibaca Surah Al-Ikhlas sebanyak enam kali dan Surah An-Nas sebanyak satu kali selepas membaca Surah Al-Fatihah. Selepas tamat dua rakaat, dirikan solat sebanyak dua rakaat lagi, dan sesudah Al-Fatihah, dibaca apa-apa surah mengikut kemahuan. Selepas tamat dua rakaat tadi, berdiri dan dirikan lagi dua rakaat Solat Sunat ini, dengan selepas Al Fatihah, dibaca surah Al-Kafirun dalam rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas semasa rakaat kedua.

Selepas cukup dikerjakan solat sunat sebanyak 6 (ataupun sehingga 20 rakaat) tadi, elok dibacakan doa berikut

yang bermaksud "Ya Allah! Sesungguhnya Aku menyerahkan imanku kepada peliharaan Mu, maka imanku itu, semasa hidupku, semasa matiku, dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."

Hadis Berkaitan sunting

  • Para ulama berbeza pendapat mengenai solat ini. Ada yang berpendapat solat awwabin dilakukan antara waktu maghrib dan isyak.
Tirmidzi meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah   bersabda "Barang siapa solat 6 rakaat setelah maghrib, di sela-selanya tidak berbicara kotor, maka ia mendapatkan pahala ibadah selama 12 tahun. http://www.livingislam.org/n/sldh_e.html
Kemudian beliau juga meriwayatkan daripada Aisyah bahwa Rasulullah   bersabda "Barang siapa solat 20 rakaat setelah maghrib maka Allah membangunkan rumah di syurga untuknya", Tirmidzi berkata, hadis Abu Harairah "gharib" (hanya diriwayatkan seorang perawi yang tidak kuat).
Tabrani juga meriwayatkan daripada Ammar bin Yasir, Rasulullah   bersabda "Barang siapa melakukan solat 6 rakaat setelah maghrib, maka diampuni dosanya meskipun sebanyak ombak lautan". Ibnu Majah dan Ibnu Huzaimah juga meriwayatkan serupa.
  • Tetapi ada juga ulama yang mengatakan solat awwabin ialah nama lain solat dhuha.
Daripada Abu Hurairah maksudnya, "Kekasihku Rasullullah   telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia ialah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"[2]
Sabda Nabi   : "Solatnya orang-orang awwabin (yang sering bertaubat kepada Allah) adalah ketika anak unta merasa kepanasan" (HR. Muslim : 848)[2]
Demikian pula sabda nabi   : "Tidak ada yang menjaga solat Dhuha kecuali orang awwab (sering bertaubat). Rasulullah   bersabda: "Itu ialah solatnya orang-orang yang sering bertaubat" (HR Ibnu Khuzaimah dalam Shahihnya: 1224, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak 1/313 Ath Thabarani dalam Al-Ausath: 4322. Disahihkan Al Hakim dan disepakati Adz-Dzahabi. Dan dihasankan Al-Albani dalam silsilah Ash-Shahihah no. 707).[2]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Konsultasi : Shalat". Syariah Online (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-22. Dicapai pada 15 Ogos 2006. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ a b c Haddad, Sh. G. F. "SALAT AL-DUHA The Supererogatory Morning Prayer". Living Islam. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-20. Dicapai pada 20 Julai 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting



Templat:Solat