Buka menu utama

Wikipedia β

Solat Sunat Jumaat

Solat Sunat Jumaat adalah solat sunat Rawatib Qabliyyah (sebelum) dan Rawatib Ba’diyyah (selepas) yang didirikan selepas mengerjakan solat Jumaat, iaitu sebanyak dua rakaat. [1]

Menurut fatwa Mazhab Syafie, adalah sunat hukumnya sembahyang Rawatib Qobliyah Jumaat. Bukannya harus atau perlu diniatkan sunat mutlak. Antara lain ini berdasarkan hadis :-

Sulaik al-Ghotafani sampai ke Masjid padahal Nabi s.a.w sedang berkhutbah (juma’at) . Maka bersabda Nabi s.a.w kepada Sulaik : Adakah sudah engkau sembahyang dua rak’at sebelum engkau datang hai Sulaik ?. Menjawab Sulaik: Tidak lagi. Sabda Nabi : sembahyang lah dua rak’at dan ringkaskan.. .. hadis riwayat Ibnu Majah. [2], [3], [4]
Mulla Ali al-Qoori mengulas:

وقوله قبل أن تجئ يدل على أن هاتين الركعتين سنة للجمعة قبلها وليستا تحية للمسجد

Sabdanya Nabi s.a.w ( Sebelum Engkau datang) menunjukkan atas bahwa dua rakaat sembahyang tersebut adalah sembahyang “sunat Qobliyah jumaat” , bukannya “Tahiyyat masjid” .


Solat sunat Rawatib Ba’diyyahSunting

Selain itu mengenai solat sunat Rawatib Ba’diyyah (selepas) yang didirikan selepas mengerjakan solat Jumaat, terdapat beberapa riwayat mengenainya. Antaranya adalah:-

Saidina Abdullah bin Umar meriwayatkan bahawa Nabi sembahyang dua rakaat setelah menunaikan Jumaat. Hadis dari Abu Hurairah pula meriwayatkan bahawa baginda melakukan sembahyang sunat Jumaat empat rakaat[5], manakala Saidina Ali dan Saidina Abdulah ibn Abbas menyatakan bahawa baginda mendirikan sembahyang sebanyak enam rakaat.

Kesemua riwayat mengenai perlakukan baginda itu adalah sahih, yang dilakukan dalam keadaan yang berbeza dan yang paling sempurna lagi afdal itu ialah enam rakaat. [6]

Mengenai solat sunat Rawatib Qabliyyah yang dilakukan semasa imam membaca khutbah, mazhab Syafie dan Hanbali menggesa orang yang datang lewat untuk tetap mengerjakan sembahyang sunat sungguhpun imam sedang membaca khutbah, sementara mazahab Hanafi dan Maliki tidak menggalakkannya.


RujukanSunting