Solat Sunat Witir merupakan solat sunat yang dilakukan selepas solat Isyak, kebiasaannya dirangkaikan dengan solat Sunat Tarawih. Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." Hadis Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi.

Bilangan rakaatnya ialah ganjil iaitu 1, 3, 5, 7, 9 atau 11 rakaat. Solat ini biasanya dilaksanakan secara berjemaah akan tetapi ia juga boleh dilaksanakan secara bersendirian.

Witr2.jpg

Niatnya : Sahaja aku sembahyang Sunat Witir 2 rakaat kerana Allah Taala.


Witr1.jpg

"Sahaja Aku solat Sunat Witir satu rakaat kerana Allah Taala"

  • Selepas memberi salam, sembahyang Witir akan disambung sebanyak 1 rakaat.
  • Umat Islam digalakkan perbanyak berdoa kepada Allah.

Zikir Selepas Solat WitirSunting

ZikirsolatWitir.jpg

Doa Solat WitirSunting

DoasolatWitir.jpg

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaan-Mu daripada kemurkaan-Mu, dan aku berlindung dengan keampunan-Mu daripada balasan-Mu, dan aku berlindung dengan-Mu seperti puji-Mu sendiri ke atas diri-Mu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redai."


Pautan luarSunting