Templat:Infobox manhwa

Solo Leveling
Umum
PengarangChugong
NegaraKorea Selatan
BahasaKorea
GenreLaga, Fantasi
Penerbitan
Penerbit
  • D&C Media (Korea)
  • Webnovel (Inggeris)
Tarikh penerbitan
  • 25 Julai 2016 – 10 Oktober 2018 (KakaoPage)
  • 4 November 2016 – 18 April 2018 (D&C Media)
  • 21 Disember 2018 – 24 Jun 2019 (Webnovel)
  • 27 April 2022 (M&C!)
Jenis media
Novel

Solo Leveling (tajuk antarabangsa dalam bahasa Inggeris, tajuk asal dalam Korea: 나 혼자만 레벨업, rumi: Na Honjaman Level Up, lit.'"Hanya Saya Sendiri yang Naik Tahap"') adalah novel berbahasa Korea asal Korea Selatan dikaryakan oleh Chugong. Novel ini awalnya diterbitkan dalam bentuk dalam talian di laman khidmat komik dan cereka digital KakaoPage milik syarikat Kakao pada tanggal 25 Julai 2016. Setelah itu, novel ini dibukucetakkan dalam bentuk novel ringan oleh D&C Media di bawah label dagang Papyrus pada tanggal 4 November 2016. Novel ini kemudian dilisensikan dalam bentuk novel web berbahasa Inggeris dengan judul Only I Level Up dalam format novel sesawang dan dalam bentuk novel cetak berbahasa Inggris oleh penerbit Yen On.

Novel ini diadaptasikan ke dalam bentuk komik berbahasa Korea dengan judul yang sama dan diilustrasikan oleh Dubu (nama asli: Jang Sung-rak; 장성락, Jang Seong-rak) dengan saduran oleh h-goon (nama asli: Hyun Goon; 현군, Hyeon Gun); manhwa ini pertama kali diterbitkan secara dalam talian di KakaoPage pada 4 Mac 2018. Musim pertama edaran manhwa ini berakhir pada tanggal 19 Mac 2020, sementara musim keduanya mula terbit pada tanggal 1 Ogos 2020. Manhwa ini tamat kemaskini ceritanya pada tanggal 29 Disember 2021 dengan berjumlah 179 buah bab keseluruhannya; setiap bab ini kemudian diterbitkan secara cetak oleh D&C Media menjadi tiga jilid pada bulan Julai 2020.

Permainan video berdasarkan novel tersebut saat ini sedang dikembangkan oleh syarikat Netmarble Corp. Adaptasi dramanya juga sedang dihasilkan pada ketika ini.[1] Pada 3 Julai 2022, sebuah adaptasi anime berbentuk siri televisyen dihasilkan A-1 Pictures diarahkan Shunsuke Nakashige dengan skrip nukilan Noboru Kimura, reka watak oleh Tomoko Sudo dan muzik gubahan Hiroyuki Sawano diumumkan Crunchyroll semasa acara Anime Expo 2022 yang diadakan di Los Angeles, California, Amerika Syarikat; adaptasi ini bakal dikeluarkan pada tahun 2023.[2]

Edaran sunting

Manhwa ini didapati serantau Nusantara dalam terjemahan bahasa Melayu baku Indonesia disediakan layanan KakaoPage sendiri.

Rujukan sunting

  1. ^ "Korea's webtoon Solo Leveling on path to be adapted to game, drama, film". Pulse by Maeil Business News (dalam bahasa Inggeris). 2021-04-14. Dicapai pada 2022-01-01.
  2. ^ Dong, Bamboo (July 3, 2022). "Crunchyroll Unveils Solo Leveling, Tomo-chan Is a Girl! Anime". Anime News Network. Dicapai pada July 3, 2022.