Solomana Kante

penulis Guinea

Solomana Kanté (juga dieja Souleymane Kanté atau Sulemaana Kantè; N'Ko: ߛߎ߬ߟߋ߬ߡߊ߬ߣߊ߬ ߞߊ߲ߕߍ߫‎, 1922 - 23 November 1987) ialah seorang pendidik dan penulis dari Guinea.[1] Beliau diketahui kerana memasyhurkan penulisan N'Ko yang menjadi sistem tulisan utama bahasa-bahasa Manding di Afrika Barat.

Solomana Kante
ߛߎ߬ߟߋ߬ߡߊ߬ߣߊ߬ ߞߊ߲ߕߍ߫
Grave of Kanté Soulemane, inventeur de l'alphabet N'Ko.jpg
Kubur Solomana di Conakry
Kelahirans. 1922
Meninggal dunia23 November 1987
PekerjaanPenterjemah, penulis, peniaga
Terkenal keranaN'Ko

BiografiSunting

Ayahnya memiliki suatu sekolah agama. Beliau mengambil alih sebagai guru besar setelah ayahnya meninggal dunia pada usia 19 tahun. Pada ketika ini juga, Solomana berdagang kacang kola sepertimana orang yang sebahasanya pada ketika itu.

Solomana diceritakan singgah berehat membaca surat khabar semasa menghantar barangan kolanya pada tahun 1944, di mana beliau terbaca suatu rencana oleh seorang wartawan Lubnan yang menyatakan kononnya orang Afrika tiada sistem tulisan sendiri lalu disimpulkan tidak berminat dengan penulisan. Solomana dikatakan rasa terhina malah tercabar untuk menciptakan sistem penulisan sendiri; N'Ko muncul 5 lima tahun selepas Kanté menjalankan ujikajinya.[2]

Sistem penulisan ini mula diajarkan di Kankan, Guinea untuk bahasa Maninka dituturkan di sana sebelum ia terebak dan diajarkan di kawasan-kawasan serumpun bahasa di rantau Afrika Barat. Para penutur bahasa Manding ini tidak sahaja mengajar sesama sendiri dengan baiknya malah menyediakan banyak bahan bacaan pelbagai topik dari terjemahan Al-Qur'an kepada buku sains dan matematik. Kante turut menuliska buku-buku ilmiah penting dalam tulisan ini.

RujukanSunting

  1. ^ Vydrin, Valentin (1999). Manding-English Dictionary : (Maninka, Bamana) (dalam bahasa Inggeris). Lac-Beauport. m/s. 8. ISBN 9780993996931. OCLC 905517929.
  2. ^ Donaldson, Coleman (2020). "The Role of Islam, Ajami writings, and educational reform in Sulemaana Kantè's N'ko". African Studies Review (dalam bahasa Inggeris): 1–25. doi:10.1017/asr.2019.59. ISSN 0002-0206.