Istilah somatik (berasal daripada perkataan Greek, σωματικός) merujuk kepada sel-sel tubuh, berbanding dengan gamet (telur atau sperma). Untuk manusia, sel somatik mengandungi dua salinan bagi setiap kromosom (diploid), manakala gamet hanya mengandungi satu salinan (haploid). Walaupun pada dasarnya, semua sel somatik bagi setiap individu adalah tepat sama daripada segi genetik, sel-sel itu mengembangkan berbagai-bagai ciri khusus tisu semasa proses pembezaan sel menerusi perubahan epigenetik dan perubahan kawal atur.

"Somatik" juga ditakrifkan sebagai berkenaan dengan dinding rongga jasad, khususnya sebagaimana dibezakan daripada kepala, anggota, atau visera. Ia juga merupakan sebahagian atau dikaitkan kepada sebahagian sistem saraf vertebrat yang mengawal "pergerakan terkawal".[1]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Somatic".