Contoh pemakaian songkok dalam
kalangan negarawan rantau Nusantara

Songkok[1][2] atau peci [pé-ci][3] (juga diberi nama kopiah di Indonesia) merupakan sejenis topi tradisional bagi orang Melayu dihasilkan daripada kain kapas, flanel atau baldu.[1] Ia boleh dipakai sebagai pelengkap kepada baju Melayu mahupun pakaian sut Barat yang dipakai untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Songkok ini popular bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan selatan Thailand. Songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi ketika menghadiri acara-acara rasmi seperti majlis perkahwinan, upacara keagamaan (terutamanya solat Jumaat) dan sambutan keraian tertentu Hari-Hari Raya Puasa dan Raya Qurban.

Songkok ini dikatakan berasal dari tarbus yang dipakai di Turki pada zaman kerajaan Uthmaniyah, namun ia lama kelamaan menjadi simbol identiti Islam dan menjadi popular di kalangan pedagang India Muslim - pengenalan ini dikatakan pakar merupakan duluan kepada pewujudan songkok di Alam Melayu.[4]

SejarahSunting

Kopiah dicatat digunakan pasukan khas Majapahit (Bhayangkara).[5] Kupiah dicatatkan dalam kamus perbendaharaan kata bahasa Itali-Melayu buatan Antonio Pigafetta tahun 1521.[6]

Dalam kesusteraan Melayu, songkok telah disebut dalam Syair Siti Zubaidah Perang Cina (1840) "...berbaju putih bersongkok merah....". [7]

Penggunaan modenSunting

Di IndonesiaSunting

Pada dahulunya, pemakaian songkok (atau "peci") sering dikaitkan dengan amalan keagamaan umat Islam, namun para pemikir dan revolusioner Hindia Timur Belanda (duluan kepada Indonesia) seperti Soekarno, Mohammad Hatta, and Agus Salim mula menggunapakai ia dalam penampilan mereka mendokong nasionalisme Indonesia yang sekular. Penjawatan Soekarno sebagai Presiden Indonesia yang pertama merasmikan pemakaian songkok dalam persalinan rasmi "Kepala Negara" republik Indonesia yang baharu ditubuhkan sehingga sekarang.[8]

Pasukan Pengibar Bendera Pusaka yang bertanggungjawab dalam acara Hari Kemerdekaan Republik Indonesia ada menerapkan sarung peci dalam kelengkapan mereka, ada dua jenis bereka bentuk berbeza untuk jantina pemakai - peci dipakai kaum wanita tampak melenkung di belakang.

Masyarakat suku Betawi di pulau Jawa turut mempunyai sarung kepala tradisi sendiri mirip songkok di mana ia lebih berwarna merah gelap.

Di MalaysiaSunting

 
Gambar rejimen askar Melayu memakai songkok ketika latihan

Songkok dimasukkan dalam kelengkapan askar-askar Rejimen Askar Melayu DiRaja dalam Tentera Darat Malaysia sejak penubuhan ia pada zaman British.[9] Ia turut dilazimkan dalam Polis Diraja negara tersebut pada upacara-upacara tertentu.[9]

Dewan-Dewan peringkat Undangan Negeri dan peringkat Rakyat Malaysia mewajibkan pemakaian songkok sebagai sebahagian daripada peraturan penampilan semasa bersidang;[10] pengabaian peraturan ini boleh dikenakan hukuman sesuai - pada 19 Jun 2008 misalnya Gwee Tong Hiang dari Bentayan dihalau dari Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor kerana tidak mematuhi kod pakaian rasmi yang turut berangkumi bersongkok.[11]

Di BruneiSunting

Polis Diraja Brunei dan Tentera Darat Diraja Brunei ada bersongkok dalam situasi khusus.[9]

RujukanSunting

  1. ^ a b "'songkok'". Kamus Dewan (ed. keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 17 Mei 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  2. ^ "'songkok'". Kamus Besar Bahasa Indonesia Daring. Jakarta: Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan. Dicapai pada 17 Mei 2020.
  3. ^ "'peci'". Kamus Dewan (ed. keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 17 Mei 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  4. ^ The origin of the songkok or 'kopiah'
  5. ^ Nugroho, Irawan Djoko (2011). Majapahit Peradaban Maritim. Suluh Nuswantara Bakti. ISBN 9786029346008.
  6. ^ Bausani, Alessandro (December 1960). "The First Italian-Malay Vocabulary by Antonio Pigafetta". East and West. 11: 229–248 – melalui JSTOR.
  7. ^ Syair Siti Zubaidah MCP text
  8. ^ Yusep Hendarsyah (28 April 2011). "Peci Hitam dan Identitas Paling Indonesia". Kompasiana. Diarkib daripada yang asal pada 12 Ogos 2012. Dicapai pada 28 Mac 2012.
  9. ^ a b c Journal of the Society for Army Historical Research. Society for Army Historical Research. 1996.
  10. ^ Hubungan Etnik di Malaysia (dalam bahasa Malay). ITBM. 2011. halaman 127–. ISBN 978-983-068-579-3.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  11. ^ DAP rep thrown out of assembly

Pautan luarSunting