Songlap

(Dilencongkan dari Songlap (filem))

Songlap ialah sebuah filem drama Malaysia tahun 2011 yang ditayangkan di pawagam pada 15 Disember 2011. Filem arahan Effendee dan Fariza Azlina ini menampilkan dua pelakon yang pernah memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Shaheizy Sam (FFM 23), Syafie Naswip (FFM 22), dan muka baru, Sara Ali sebagai pelakon utama filem ini. Filem ini meraih pencalonan terbanyak dalam sejarah Festival Filem Malaysia(FFM) dengan menerima 15 nominasi daripada 23 kategori yang dipertandingkan di dalam Festival Filem Malaysia ke-25

Songlap
Poster promosi
Pengarah
  • Effendee Mazlan
  • Fariza Azlina Isahak
Dihasilkan olehLina Tan
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 15 Disember 2011 (2011-12-15) (Malaysia)
Masa tayangan
95 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.17 juta
Pecah panggungRM 2.13 juta

Sinopsis sunting

Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, Songlap mengikuti kisah dua adik-beradik – Am (Shaheizy Sam) dan Ad (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar Mama. Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; Am mengambil kesempatan dengan menggunakan perniagaan Mama sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara Ad mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

Ad mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya Razak kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia. Apabila adik Razak, Hawa (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, Ad tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Hawa tanpa menyedari bapa Hawa, Pak Din juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik Ad untuk menolong Hawa telah menggoyahkan hubungannya dengan Am, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut. Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

Pelakon sunting

Keluaran sunting

Kutipan sunting

Kutipan bagi filem ini mencecah RM 2.13 juta.

Ulasan sunting

Filem ini dilihat menunjukan gambaran yang sebenar tentang sindiket penjualan bayi dan lain-lain. Kehidupan yang serba kelam ditambah dengan teknik visual memberikan gambaran penonton akan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat tanpa disedari oleh semua. Dari segi lakonan, Shaheizy Sam berjaya membuktikan dirinya pelakon yang penuh warna. Sebagai Am, beliau berjaya menunjukan lakonan seorang yang bergantung hidup dengan menjual bayi dan berjudi dengan baik. Pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM 22, Syafie Naswip, dilihat belum hilang taringnya. Lakonannya sebagai Ad, adik yang ingin membantu abangnya dari jenayah penjualan bayi, memberi kesan kepada penonton sehingga tercalon sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam FFM ke-25. Begitu juga, Sara Ali yang tercalon sebagai Pelakon Wanita Terbaik FFM ke-25, walaupun dialognya kurang dipertuturkan dalam filem, riak wajahnya sudah cukup menunjukan kesengsaraan yang dialami sebagai mangsa rogol bapa sendiri. Keseluruhan, cerita ini berjaya menyampaikan mesej yang tertanam dalam filem ini[1].

Anugerah dan pencalonan sunting

Majlis Anugerah Kategori Penerima Hasil
Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013[2] Filem Terbaik (Aksi)[3] Lina Tan
Ahmad Puad Onah
Lee Mee Fung
Menang
Pengarah Terbaik Effende Mazlan / Fariza Azlina Ishak Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Shaheizy Sam Menang
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Normah Damanhuri Tercalon
Lakon Layar Terbaik Fariza Azlina Ishak Tercalon
Suntingan Terbaik Wong Hui Lynn Tercalon
Fotografi Filem Terbaik Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-25 [4][5] Filem Terbaik Lina Tan
Ahmad Puad Onah
Lee Mee Fung
Tercalon
Pengarah Terbaik Effende Mazlan / Fariza Azlina Ishak Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Shaheizy Sam Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik Sara Ali Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Syafie Naswip Menang
Omar Abdullah Tercalon
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Normah Damanhuri Menang
Sinematografi Terbaik Haris Hue Abdullah Menang
Lakon Layar Terbaik Fariza Azlina Ishak Tercalon
Cerita Asal Terbaik Fariza Azlina Ishak Tercalon
Suntingan Terbaik Wong Hui Lynn Menang
Skor Muzik Asal Terbaik Khairil Ridzuan Annuar (Loque) Tercalon
Penataan Seni Terbaik Angie Choo Tercalon
Penataan Bunyi Terbaik Zolkefli Mat Tahir Tercalon
Pereka Kostum / Busana Mohd Sharelzahadi Koh Tercalon
Anugerah Skrin 2012[6] [7] Filem Terbaik Primeworks Studios Sdn Bhd Tercalon
Pengarah Terbaik Fariza Azlina / Effendee Mazlan Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Shaheizy Sam Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Shafie Naswip Menang
Lakon Layar Terbaik - Tercalon
Anugerah Kritik Perfileman Kuala Lumpur 2012 [8] [9] Filem Terbaik Lina Tan
Ahmad Puad Onah
Lee Mee Fung
Menang
Pengarah Terbaik Effendee Mazlan
Fariza Azlina Isahak
Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Syafie Naswip Tercalon
Shaheizy Sam Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Abdullah Omar Tercalon
Hasnul Rahmat Tercalon
Fauzi Nawawi Tercalon
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Normah Damanhuri Menang
Sinematografi Terbaik Haris Hue Abdullah Menang
Lakon Layar Terbaik Fariza Azlina Isahak Menang
Anugerah Blockbuster 2012[10] [11] Anugerah Filem Aksi Terhebat Lina Tan
Ahmad Puad Onah
Lee Mee Fung
Tercalon
Anugerah Watak Penyangak Terhebat Hasnol Rahmat Tercalon

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.tupai.com.my/2011/12/ulasan-songlap.html
  2. ^ http://www.budiey.com/senarai-penuh-pencalonan-aiffa-2013/
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-02. Dicapai pada 2013-04-18.
  4. ^ http://www.ohbulan.com/ffm-25-grand-brilliance-dominasi-anugerah-perdana-dengan-filem-songlap/
  5. ^ http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/2/19/mstar_hiburan/20130219162445&sec=mstar_hiburan
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-11. Dicapai pada 2012-11-12.
  7. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-11. Dicapai pada 2021-08-12.
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-04. Dicapai pada 2012-10-08.
  9. ^ http://perangfilem1.blogspot.com/2012/10/keputusan-anugerah-majlis-pengkritik.html
  10. ^ http://www.astrogempak.com.my/anugerahblokbuster/LamanUtama.aspx
  11. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-07. Dicapai pada 2012-10-08.

Pautan luar sunting