Sonic The Hedgehog 2

sebuah filem dari tahun 2022

Sonic The Hedgehog 2 ialah sebuah filem cereka sains fantasi yang telah dikeluarkan pada tahun 2022. Ia dikenali sebagai "Sonic The Movie : Sonic Vs Knuckles ( katakana : ソニック・ザ・ムービー/ソニック VS ナックルズ )" di Jepun, ia juga dikenali sebagai "Sonic 2", "SonicMovie2" dan "Sonic The Movie 2".

Sonic The Hedgehog 2 [9] [10] [11]
Logo tajuk
PengarahJeff Fowler
Penulis
  • Patrick Casey
  • Josh Miller
BerdasarkanSiri Sonic The Hedgehog
Dihasilkan oleh
  • Neal H. Moritz
  • Toby Ascher
  • Toru Nakahara
  • Hitoshi Okuno
Dibintangi
SinematografiBrandon Trost
Disunting olehJim May
Muzik olehTom Holkenborg
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehUnited International Pictures Malaysia [7]
Tarikh tayangan
  • Belanda 30 Mac 2022 [1]
  • Perancis 30 Mac 2022 [2]
  • Australia 31 Mac 2022 [3]
  • Jerman 31 Mac 2022 [4]
  • United Kingdom 01 April 2022 [5]
  • Amerika Syarikat 08 April 2022 [6]
  • Malaysia 21 April 2022 [7]
  • Jepun 19 Ogos 2022 [8]
Masa tayangan
122 minit [5]
Negara Amerika Syarikat
 Jepun
BahasaInggeris
Bajet$090 juta [12]
Pecah panggung$400 juta+ [13]

Cerita filem ini bermula dengan filem Sonic The Hedgehog 2020, disambung oleh filem pendek Sonic Drone Home dan kemudian oleh siri komedi pendek "Knuckles" yang mempunyai 6 episod di Paramount Plus pada 26 April 2024 hanya untuk Dunia Barat. [14] [15]

Filem ini telah ditayangkan di pawagam Malaysia pada 21 April 2022.

Plot sunting

Cerita filem ini bermula pada waktu pagi dengan Ivo Robotnik yang berada di The Mushroom Planet yang dipenuhi oleh cendawan gergasi selama 243 hari, sejak dia telah dikalahkan oleh Sonic di Green Hills. Dia kemudian dijumpai oleh Knuckles melalui satu Ring pada malam hari itu.

Pada waktu malam di Planet Bumi, Sonic cuba menjadi satu adiwira di Seattle, Washington, Amerika Syarikat. Selepas Sonic berjaya untuk mengalahkan sekumpulan perompak bank, dia telah mengisytiharkan dirinya sebagai adiwira bernama "Blue Justice" kepada penduduk tempatan.

Namun begitu, Blue Justice itu juga meletupkan satu lori sampah, memansuhkan satu lori wang, menjatuhkan satu skop aiskrim dari tangan seorang budak yang sedang memakannya, pengeboman longkang tepi jalan raya Bandar Seattle dan dikatakan oleh penduduk tempatan sebagai satu adiwira yang sangat teruk.

Pada hari esoknya, Tom dan Maddie Wachowski menghadiri dalam majlis perkahwinan antara Rachel dengan Randall yang berada di Hawaii dan Sonic menjadi penjaga rumah mereka.

Pada waktu malam hari itu, Sonic telah diserang oleh Knuckles di rumah keluarga Wachowski selepas Sonic memanggil Robotnik sebagai "Eggman" (Lelaki telur). Sonic kemudian diselamatkan oleh Tails dalam satu kereta syerif.

Pelakon / watak sunting

  • Ben Schwartz sebagai suara Sonic The Hedgehog
    • anak angkat Longclaw, berkawan dengan Tails dan mengembara ke Siberia, Rusia untuk mendapatkan sesuatu yang telah disimpan oleh Longclaw untuk Sonic disitu
    • bertukar menjadi Super Sonic dengan mengunakan 7 biji batu sihir Chaos Emerald dan memusnahkan robot gergasi Robotnik demi untuk selamatkan keluarga Wachowski
  • Colleen O'Shaughnessey sebagai suara Tails
    • nama sebenar : Miles Prower
    • seekor rubah merah yang boleh berterbang dengan 2 ekornya, datang ke Green Hills untuk memberi amaran mengenali Knuckles kepada Sonic
  • Idris Elba sebagai suara Knuckles The Echidna
    • penyelamat Ivo Robotnik dari The Mushroom Planet untuk mencarikan Sonic supaya dia boleh mendapatkan Master Emerald yang telah disimpan oleh Longclaw di Bumi
    • Master Emerald ialah satu batu ajaib yang dihasilkan daripada 7 biji Chaos Emerald dan ia digunakan sebagai senjata pemusnah besar-besaran oleh Kerajaan Echidna pada zaman dahulu sebelum ia dirampas oleh sekumpulan pahlawan wira yang menyebabkan kehancuran kepada kerajaan tersebut dan pada akhirnya, ia berada di dalam penjagaan Longclaw sehingga kematiannya
  • James Marsden sebagai Tom Wachowski
  • Tika Sumpter sebagai Maddie Wachowski
  • Natasha Rothwell sebagai Rachel
    • kakak Maddie Wachowski
    • bakal isteri Randall Handel dan kemudian menjadi musuh selepas "suami" beliau telah menunjukkan muka dia yang sebenar.
  • Adam Pally sebagai Wade Whipple
    • seorang syerif di Green Hills
    • kawan Tom Wachowski
  • Shemar Moore sebagai Randall Handel
    • bakal "suami" Rachel di Hawaii dalam satu majlis perkahwinan yang sebenarnya satu perangkap untuk menangkap Sonic ; dia dan semua "kawan" dan "ahli keluarga" dia yang menghadiri ke perkahwinan palsu itu merupakan askar dan ejen daripada GUN
    • Guardian Units of Nations ( singkatan : GUN ) ialah sebuah pasukan petugas daripada Angkatan Tentera Amerika Syarikat yang baru ditubuh demi untuk "pertahankan Bumi" dengan menangkap dan mengawal semua makhluk asing seperti Sonic
  • Jim Carrey sebagai Ivo Robotnik
    • diselamatkan dan dibawah ke Bumi dari The Mushroom Planet oleh Knuckles dan ingin mendapatkan Master Emerald untuk membalas dendam ke atas pemerintah Amerika Syarikat dan GUN kerana pemerintah itu telah menghapuskan kewujudannya dan menyita semua harta kepunyaannya
    • mewujudkan satu robot gergasi dengan mengunakan kuasa Master Emerald untuk memusnahkan semua musuh-musuhnya, bermula dengan memijak Sonic dan keluarga Wachowski dengan kaki robot tersebut selepas dia menembak mereka dengan senjata api

Keluaran sunting

Pawagam sunting

Filem ini bermula ditayangkan di pawagam secara tempatan di negara seperti Belanda[1] dan Perancis pada 30 Mac 2022,[2] dan pada 31 Mac 2022 di Australia[3] dan Jerman.[4]

Bermula dari bulan April, ia telah dikeluarkan kepada pawagam secara antarabangsa dengan negara seperti United Kingdom pada 01 April 2022[5] dan di Amerika Syarikat pada 08 April 2022,[6] tetapi bukan di Persekutuan Rusia.[16]

Di Malaysia, ia telah ditayangkan di pawagam pada 21 April 2022[17] selepas ia berubah dari 28 April 2022.[18] Ia kemudian ditayangkan di pawagam Jepun pada 19 Ogos 2022.[19]

Rumah sunting

Di Amerika Syarikat, ia bermula ditayangkan oleh perkidmatan penstriman video atas permintaan Paramount Plus pada 24 Mei 2022.[20]

Cakera Blu-ray 4K UHD filem ini telah dikeluarkan pada 09 Ogos 2022 dalam Bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa[21] bersama dengan sebuah filem pendek bertajuk Sonic Drone Home.[22]

Di Jepun, cakera Blu-ray 4K UHD yang berada dalam dalam 2 suara pilihan dengan Bahasa Jepun dan Bahasa Inggeris telah dikeluarkan pada 23 November 2022.[23] Terdapat juga beberapa edisi terhad yang telah dikeluarkan di Jepun pada 23 November 2022.[24] [25] [26] [27] [28]

Anugerah sunting

Anugerah Kategori Penerima Nota
Movieguide Awards ke-30 Best Family Movie (Colleen O'Shaughnessey bagi pihak)

Sonic The Hedgehog 2

[29]
Anugerah Nickelodeon Kids' Choice 2023 Favorite
Movie
Sonic The Hedgehog 2 [30]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Sonic The Hedgehog 2 - Fastest trailer - Nederlands gesproken dari Paramount Pictures Nederland di YouTube pada 14 Mac 2022
  2. ^ a b "Sonic 2 Le Film" dari Allocine
  3. ^ a b Sonic The Hedgehog 2 | Official Trailer dari Paramount Pictures Australia di YouTube pada 09 Disember 2021
  4. ^ a b Sonic The Hedgehog 2 | Tv Spot Tails Intl 20 De dari Paramount Pictures Germany di YouTube pada 22 Mac 2022
  5. ^ a b c Sonic The Hedgehog 2 dari British Board of Film Classification
  6. ^ a b Dari Youtube rasmi Paramount Pictures pada 14 Mac 2022
  7. ^ a b "Sonic The Hedgehog 2 | Vengeance | Di Pawagam 21 April" dari United International Pictures Malaysia di YouTube pada 02 Mac 2022
  8. ^ 映画「ソニック・ザ・ムービー/ソニック VS ナックルズ」初日舞台挨拶のイベントレポートが到着! dari げーむにゅーす東京 pada 19 Ogos 2022
  9. ^ Poster filem rasmi dari Wikia pada tahun 2022
  10. ^ "Sonic The Hedgehog 2 Review: Faster, Bigger, Better" dari The Illuminerdi pada 01 April 2022
  11. ^ ‘Sonic The Hedgehog 2’: Review dari ScreenDaily
  12. ^ 411 Box Office Report: Sonic The Hedgehog 2 Soars To $71 Million Start, Morbius Craters dari 411mania pada 10 April 2022
  13. ^ ‘Sonic The Hedgehog 2’ Dashes Past $400M Global Box Office Milestone dari Deadline Hollywood pada 22 Jun 2022
  14. ^ Poster Knuckles rasmi dari Wikia pada tahun 2024
  15. ^ Knuckles Series | Official Trailer | dari Paramount Plus di YouTube pada 08 Februari 2024
  16. ^ "Theatrical releases halted in Russia including The Batman, Morbius, Sonic The Hedgehog 2, and The Lost City" dari Av Club pada 01 Mac 2022
  17. ^ "Sonic The Hedgehog 2 | Final Trailer | Di Pawagam 21 April" dari United International Pictures Malaysia di YouTube pada 14 Mac 2022
  18. ^ "Sonic The Hedgehog 2 | Trailer | Di Pawagam 28 April" dari United International Pictures Malaysia di YouTube pada 09 Disember 2021
  19. ^ 映画『ソニック・ザ・ムービー/ソニック VS ナックルズ』(悪のチーム結成!)dari パラマウント・ピクチャーズ(日本版)di YouTube pada 29 Ogos 2022
  20. ^ Sonic The Hedgehog 2 Extended Movie Clip - Knuckles Fights Sonic! (2022) dari Entertainment Access di YouTube] pada 24 Mei 2022
  21. ^ Sonic The Hedgehog 2 | 4K UHD di Amazon.com
  22. ^ SONIC THE HEDGEHOG 2 Animated Short Clip - Sonic Drone Home (2022) dari Entertainment Access di YouTube] pada 27 Mei 2022
  23. ^ 『ソニック・ザ・ムービー/ソニック VS ナックルズ』好評発売中! dari パラマウント・エンターテインメント Japan di YouTube pada 02 November 2022
  24. ^ 【Amazon.co.jp限定】ソニック・ザ・ムービー/ソニック VS ナックルズ 4K Ultra HD+ブルーレイ(スチールブック仕様) 4K ULTRA HD + Blu-ray di Amazon Jepun pada 23 November 2022
  25. ^ 【Amazon.co.jp限定】ソニック・ザ・ムービー/ソニック VS ナックルズ 4K Ultra HD+ブルーレイ(ミニポスター2枚付き) 4K ULTRA HD + Blu-ray di Amazon Jepun pada 23 November 2022
  26. ^ 【楽天ブックス限定先着特典】ソニック・ザ・ムービー/ソニック VS ナックルズ 4K Ultra HD+ブルーレイ【4K ULTRA HD】(A3クリアポスター2枚セット) di Rakuten Books pada 23 November 2022
  27. ^ 【オリジナル特典】ベン・シュワルツ/ソニック・ザ・ムービー/ソニック VS ナックルズ<4K UHD+Blu-ray>[Z-13752]20221123【オリジナル特典】A4クリアファイル di Rakuten item pada 23 November 2022
  28. ^ 【Joshinオリジナル特典付】ソニック・ザ・ムービー/ソニック VS ナックルズ 4K Ultra HD+ブルーレイ ■Joshinオリジナル特典:缶バッチ(長方形) di 上新電機株式会社 pada 23 November 2022
  29. ^ Such an honor to accept this award on behalf of the entire Sonic 2 family and to share it with Puss In Boots!! Thank you, @movieguide!! 💙💛 dari Colleen O'Shaughnessey di X pada 27 Febuari 2023
  30. ^ ‘SONIC THE HEDGEHOG 2’ has been awarded for ‘Best Movie’ at the Kids Choice Awards. #KidsChoiceAward2023 dari Cartoon News Network di X pada 05 Mac 2023

Pautan luar sunting