Sony Dwi Kuncoro (lahir 7 Julai 1984, Surabaya, Jawa Timur, Indonesia) merupakan pemain badminton perseorangan lelaki dari Indonesia. Beliau kini ialah pemain no.1 badminton Indonesia.

Rekod pingat Olimpik
Badminton
Pingat gangsa – tempat ketiga 2004 Athens Perseorangan
Sony Dwi Kuncoro
Maklumat peribadi
Negara Indonesia
Tinggi1.72 m (5 ka ​7 1116 in)
Cakat tanganKanan
JurulatihHendrawan
Perseorangan Lelaki
Ranking tertinggi3 (7 Oktober 2004[1])
Ranking semasa5 (26 Jun 2008)
Profil BWF

Kehidupan peribadi sunting

Ketika Sony masih muda, Sony menyertai kelab badminton Suryanaga Surabaya. Ibu bapanya ialah Moch. Sumadji (ayah) dan Asmiati (ibu). Hobi Sony ialah mengubahsuai kereta dan bersiar-siar atau melancong. Secara umumnya, banyak pihak yang memanggilnya Sony, tetapi juga boleh disebut sebagai Soni.

Karier sunting

Kejohanan utama sunting

Ked. Acara Tarikh Venue
Sukan Olimpik
3 Perseorangan 2004 Athens, GRE
Kejohanan Dunia
2 Perseorangan 2007 Kuala Lumpur, MAS
Kejohanan Asia
1 Perseorangan 2002
1 Perseorangan 2003
1 Perseorangan 2005
2 Perseorangan 2004

Sukan Olimpik 2004 sunting

Kuncoro beraksi di Sukan Olimpik 2004 dalam acara perseorangan lelaki, menumpaskan M. Roslin Hashim dari Malaysia dan Jim Ronny Andersen dari Norway pada dua pusingan awal. Pada pusingan suku akhir, Kuncoro menewaskan Park Tae-sang dari Korea Selatan 15-13, 15-4. Kuncoro layak ke peringkat separuh akhir, yang mana beliau kalah kepada Shon Seung-mo dari Korea Selatan 15-6, 9-15, 15-9. Beliau bermain dalam perlawanan penentuan pingat gangsa, beliau menewaskan Boonsak Ponsana dari Thailand dengan mata kemenangan 15-11, 17-16 untuk meraih pingat gangsa.

Kejohanan Dunia IBF 2007 sunting

Beliau muncul sebagai naib juara Kejohanan Dunia IBF 2007 selepas kalah kepada Lin Dan straight sets dengan pungutan mata 11-21 dan 20-22 di Stadium Putra, Bukit Jalil, Malaysia.

Kemenangan lain sunting

Pada 23 September 2007, Sony merangkul kejuaraan Terbuka Chinese Taipei selepas menumbangkan Taufik Hidayat pada pusingan akhir, 18-21, 21-6, 21-13.

Penyertaan bagi Pasukan Indonesia sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting