Sophia Albarakbah
Sophia Albarakbah (lahir 15 Julai 1993), juga dikenali sebagai Sophia Koshka ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1][2][3] Antara kredit lakonan terkenal beliau ialah Miimaland, Pasal Kau!, Tercipta Satu Ikatan (2020) dan Hadiah Dari Tuhan (2020).[4][5]
Sophia Albarakbah | |
---|---|
Kelahiran | |
Nama lain | Sophia Koshka |
Pendidikan | Bioteknologi, Dietetik Klinikal dan Pemakanan |
Pusat pendidikan | Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2018–kini |
KerjayaSunting
Sophia Albarakbah pertama kali menceburi dunia hiburan dengan menjayakan pelbagai iklan komersial semasa masih melanjutkan pelajarannya. Atas desakan seorang rakannya yang memintanya menghadiri ujibakat filem 18, beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan.[6] Sophia pertama kali menceburi bidang lakonan menerusi drama Viu, Devoted dengan memegang watak Isabella. Ini kemudian diikuti dengan drama Astro Ria, Tercipta Satu Ikatan dengan memegang watak antagonis, Rissa.
Filem pertamanya, Miimaland yang dibintangi oleh Fattah Amin, dikeluarkan pada 24 September 2020. Beliau kemudian muncul pula menerusi filem Pasal Kau! yang ditayangkan di Netflix pada 1 Oktober. Beliau seterusnya melakonkan watak sebagai Bella dalam drama TV3, Hadiah Dari Tuhan.[7] Sophia juga pernah menjadi model untuk muzik video Danial Zaini, "Siti Bilang Cuti".
Beliau mendapat pengiktirafan meluas menerusi watak Cahaya Malaika lakonannya dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa lakonan bersama Aaron Aziz,[8] diikuti oleh watak lakonanya sebagai Intan Allisya dalam drama Air Mata Allisya gandingan bersama Keith Foo.[9] Sophia kemudian menjadi pelakon utama bersama Shahz Jaszle dalam drama Cinta Hilang Kata dengan melakonkan watak Nurul Masmin.[10]
Kehidupan peribadiSunting
Sophia berdarah kacukan Melayu, Cina dan Arab.[6] Beliau merupakan graduan dalam bidang Bioteknologi dan Dietetik di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU).[6][11]
Ibunya merupakan pemenang tempat pertama satu pertandingan kecantikan pada 1980.[12]
Beliau menyifatkan dirinya sebagai seorang yang introvert dan pemalu.[13]
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2020 | Miimaland | Elize | Filem pertama |
Pasal Kau! | Sophia | ||
2021 | Ada Hantu | Farah | |
2022 | Jerangkung Dalam Almari | Shikin | |
Ada Hantu 2 | Farah |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Devoted | Isabella | Viu | Drama pertama |
2020 | Tercipta Satu Ikatan | Rissa | Astro Ria | Adaptasi novel Tercipta Satu Ikatan karya Laydee Amarfi |
Hadiah Dari Tuhan | Bella | TV3 | ||
2022 | Suamiku Lelaki Pendosa | Cahaya Malaika | Adaptasi novel Imamku Lelaki Pendosa karya Umie Nadzimah | |
Air Mata Allisya | Intan Allisya | TV9 | Adaptasi novel Air Mata Allisya karya Ain Zanowi | |
Cinta Hilang Kata | Nurul Masmin | Astro Prima | Adaptasi novel Cinta Hilang Kata karya Lily Haslina Nasir | |
2023 | Ku Akad Kau Dengan Bismillah | Raisya Hannah | TV3 | |
Selalu Ada | Yasmin | TV2 | Drama pendek |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2023 | Suzanne Wo Ai Ni | TV2 | Telefilem pertama | |
Hello Suri | Suri | TV3 |
Muzik videoSunting
Tahun | Tajuk | Penyanyi | Peranan |
---|---|---|---|
2018 | "Siti Bilang Cuti" | Danial Zaini | Dirinya sendiri |
2019 | "Sedar" | Fareez Fauzi |
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Artis Baharu Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
2021 | World Film Carnival Singapore 2021 | Pelakon Wanita Terbaik | Menang | |
Anugerah Pencapaian Luar Biasa | Menang |
RujukanSunting
- ^ Nisa Irdina (4 Januari 2021). "Sophia Albarakbah akan terus perbaiki mutu lakonannya". Cinema Online. Dicapai pada 23 Januari 2021.
- ^ Mohammad Shahemy Azmi (3 Disember 2021). "Elak cipta kontroversi demi kejar populariti". Kosmo!. Dicapai pada 8 Jun 2022.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (25 Mei 2022). "Sophia Koshka segan lakonan dapat perhatian". Harian Metro. Dicapai pada 8 Jun 2022.
- ^ Zaidi Mohamad (4 Januari 2021). "Sophia jual rupa, imej seksi". Berita Harian. Dicapai pada 23 Januari 2021.
- ^ "Nama semakin dikenali, Sophia Albarakbah rimas dikait imej seksi". Era. 22 Januari 2021. Dicapai pada 23 Januari 2021.
- ^ a b c Ridzuan Abdul Rahman (21 Januari 2021). "Awalnya malu, akhirnya mahu". Harian Metro. Dicapai pada 23 Januari 2021.
- ^ Roni H. Ridwan (30 Disember 2020). "Dikatakan bersandarkan paras rupa, Sophia Albarakbah akan cuba perbaiki lagi lakonan". Kopiplanet. Dicapai pada 23 Januari 2021.
- ^ Georgie Joseph (15 Julai 2022). "Dulu pemalu kini pelakon". Harian Metro. Dicapai pada 13 November 2022.
- ^ Intan Nurain (26 Mei 2022). "Sophia Koshka Sedia Lakonkan Watak Gadis Kampung, Dianggap Kurang Sesuai Kerana…". XTRA. Dicapai pada 10 Jun 2022.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (28 Julai 2022). "Kami mesra tetapi tak 'over' - Sophia Albarakbah". Berita Harian. Dicapai pada 27 Februari 2023.
- ^ Nur Emira Saizali (19 Mac 2021). "Sophia Albarakbah rimas isu seksi". Kosmo!. Dicapai pada 24 April 2021.
- ^ "#Showbiz: Career path written for Sophia Albarakbah" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 5 Ogos 2022. Dicapai pada 14 Oktober 2022.
- ^ Farol Hadi (12 Julai 2022). "Pernah bergelar model tangan kerana sikap introvert, Sophia Albarakbah jadi pelakon mahu bina keyakinan diri". mStar Online. Dicapai pada 15 Julai 2022.