Safiah "Sophia" Ibrahim (lahir pada Januari 20, 1949 di Singapura) adalah seorang seniwati .

Sophia Ibrahim
Kelahiran
Safiah binti Ibrahim

(1949-01-20) 20 Januari 1949 (umur 74)
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif1964–kini
Saudara

Keluarga Sunting

Sophia berasal dari keluarga anak wayang kerana arwah datuknya, Aman Belon mempunyai grup bangsawan tahun 1950-an. Aman Belon sezaman dengan kumpulan bangsawan Wayang Kasim, Bangsawan Zanibar Royal Theaterical Company of Singapore ; dan Yap Chow Tong Opera. Antara pelakon Bangsawan ketika itu ialah Khairuddin Thairo dan Wan Yet Al-Kaf.[1]

Sophia Ibrahim tidak pernah merasa kekok untuk bergelar anak wayang. Beliau anak sulung daripada 10 orang adik beradik. Beliau mempunyai empat orang anak dan nenek kepada lapan orang cucu. Kini mereka tinggal di rumahnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Adiknya penyanyi popular 1970-an 80an,Datuk Khadijah Ibrahim (Khaty) mannakala Adik lelakinya yang juga penyanyi dan pelakon 1970-an Latif Ibrahim meninggal dunia pada 20 Februari 2012.

Lakonan Sunting

Selama empat tahun beliau berlakon dalam filem-filem Melayu terbitan Merdeka Filem Productions Sdn. Bhd di, Hulu Kelang, Kuala Lumpur. Filem pertama lakonan Sophia ialah Ragam P. Ramlee (1964) sebagai Mariana, pendukung watak utama dalam filem tersebut walaupun umur beliau ketika itu hanya lima belas tahun serta salah satu pelakon tambahan daripada golongan remaja atau belia pada zaman itu.

1965 berlakon filem Dajal Suchi. Tahun 1970, bersama rakan seangkatannya, Datuk Sarimah Ahmad sebagai pelakon utama menerusi filem Dr. Rushdi. Filem lain ialah Cinta 200 Ela (2002), Pontianak Harum Sundal Malam (2004) serta dua filem arahan Aziz M. Osman, Puteri Impian dan Puteri Impian 2.

Nyanyian Sunting

Sophia atau 'Mummy' menyanyi di kelab-kelab malam, bermula di kelab Kowloon dan kerjaya itu seiring dengan lakonan.[2]

Filemografi Sunting

Filem Sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1964 Ragam P. Ramlee Safiah Filem pertama, segmen: "Mintak Nombor Ekor"
Jauh Di Mata Hasnah
1965 Dajal Suchi Melati
Bumiputra
1966 Gadis Langkawi
1970 Dr. Rushdi Mariana
1997 Puteri Impian Permaisuri / Bonda
1998 Iman Alone Hajjah Takyah
Puteri Impian 2 Bonda
2002 Cinta 200 Ela Datin
2004 Pontianak Harum Sundal Malam Datin
2021 Budak Kripto Datin Mira
2023 Imam Hajah Syamsiah

Rujukan Sunting

Pautan luar Sunting