Sophia Latjuba (lahir di Berlin Barat, 8 Oktober 1970; umur 53 tahun), kini dikenali sebagai Sophia Müller, merupakan seorang pelakon, peragawan dan penyanyi berkarayatan Indonesia berketurunan Iraq, Jerman dan Austria, Yugoslavia, Hungary, Bugis, Jawa Timur

Sophia Latjuba
Kelahiran (1970-08-08) 8 Ogos 1970 (umur 53)
WarganegaraIndonesia[1]
Nama lainSophia Müller
PendidikanSMA 3 Jakarta[2]
PekerjaanPelakon, Peragawan, Penyanyi
Tahun aktif1987 - kini
Pasangan
Anak-anak2
AnugerahAnugerah BASF 1994 untuk Gubahan Album Terbaik

Biografi sunting

Sophia Latjuba dilahirkan kepada Azzizurrahman Latjuba, yang berketurunan Bugis-Jawa, dan Anna Muller, warga Jerman-Austria, di Berlin Barat, Jerman Barat, pada 8 Ogos 1970.[1][3] Semasa usia remajanya, beliau pulang ke Indonesia bersama bapanya; beliau kemudiannya melaporkan yang beliau lebih rapat dengan bapanya daripada ibunya sendiri.[4] Beliau tamat belajar di SMA 3 Jakarta.[5]

Sophia Latjuba membuat kemunculan filem pertamanya pada 1987 menerusi Bilur-Bilur Penyesalan, ketika masih bersekolah menengah. Beliau kemudiannya muncul dengan beberapa filem lain, termasuk Kuldesak, arahan kakak iparnya ketika itu, Mira Lesmana yang mana beliau muncul secara bebas, pada 1998.[3][6] Semasa kerjaya filemnya, Sophia Latjuba dilabel sebagai simbol seks;[1] Bruce Edmond, menulis untuk The Jakarta Post menyifatkannya sebagai "gadis khayalan bagi jejaka Indnoesia" pada masa itu.[4] Beliau juga merakamkan beberapa album, termasuk Hanya Untukmu yang memenangi Anugerah BASF 1994 untuk Gubahan Album Terbaik.[3]

Semasa menyiapkan album saduran 2002 Dekade (Dekad), Chrisye mendekati Sophia Latjuba untuk mempersembahkan dua lagu duet, "Kangen" ("Rindu") dan "Anggrek Bulan", bersamanya di dalam album; Sophia menerimanya. Beliau kemudiannya mempersembakannya di Konsert Dekade bersamanya.[7][8]

Pada 22 Disember 2008, Sophia Latjuba berpindah ke Los Angeles, California, Amerika Syarikat, memetik kebangkitan intoleransi di Indonesia[1] dan bantahan di Jakarta.[4] Selepas bercuti dari kerjaya lakonan,[1] beliau mula diujibakat untuk peranan filem di Los Angeles dan mengambil kelas lakonan untuk memperbaharui profesionalisme beliau.[4] Setakat April 2012, beliau masih tinggal di bandar itu, ini kerana anak perempuannya mendalami seni persembahan di sana.[9]

Pada Oktober 2012, Sophia Latjuba secara rasminya menukar namanya sebagai Sophia Müller.

Kehidupan peribadi sunting

Perkahwinan pertama Sophia Latjuba pada 1992, ialah bersama pemuzik Indra Lesmana;[10] pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Eva Celia. Perkahwinan keduanya, pada 30 April 2005, bersama seorang warga Amerika Syarikat, Michael A. Villareal, dan juga mempunyai seorang anak perempuan.[3][9] Selepas bercerai secara sah di AS, kedua-duanya mengesahkan perceraian mereka di Mahkamah Awam Jakarta Selatan dan disahkan pada 17 September 2014 oleh hakim.[11]

Filemografi sunting

  • Bilur-Bilur Penyesalan (1987)
  • Rio Sang Juara (1989)
  • Valentine Kasih Sayang Bagimu (1989)
  • Ketika Cinta Telah Berlalu (1989)
  • Pengantin (1990)
  • Taksi Juga (1991)
  • Catatan Si Boy V (1991)
  • Kuldesak (1998)
  • Tetangga Masa Gitu? (2014)
  • Comic 8 Casino Kings Bahagian 1 (2015)
  • Comic 8 Casino Kings Bahagian 2 (2016)
  • Danur 2: Maddah (2018)
  • Dignitate (2020)

Diskografi sunting

  • Senyum Yang Hilang
  • Lihat Saja Nanti
  • Hanya Untukmu
  • Hold On
  • Kabut Di Kaki Langit
  • Tak Kubiarkan

Rujukan sunting

Nota kaki
  1. ^ a b c d e Emond 2009, Sophia Latjuba: Moving.
  2. ^ "Sophia Latjuba: Height, Weight, Age, Measurements". Celebrity Facts. Dicapai pada 2017-04-26.
  3. ^ a b c d KapanLagi.com, Sophia Latjuba.
  4. ^ a b c d Emond 2010, Sophia's LA Story.
  5. ^ Tempo 1990, Lihat Jerman Bersatu.
  6. ^ Tempo 1998, Sophia Latjuba.
  7. ^ Endah 2007, m/s. 318.
  8. ^ Dekade album notes.
  9. ^ a b The Jakarta Post 2012, Sophia Latjuba wants.
  10. ^ Tempo 1992, Indra Lesmana dan Sophia Latjuba.
  11. ^ Ferry Noviandi (17 September 2014). "Sophia Latjuba-Michael Villareal Resmi Bercerai". Liputan 6.
Sumber petikan

Pautan luar sunting