Sosialisme Islam merupakan suatu terma yang dicipta oleh pemikir-aktivis Muslim tentang sosialisme yang selama ini dianggap sesat dan atheisme ke arah sosialisme yang lebih bersifat religius dan spiritual. Kebanyakan agamawan Islam arus perdana menulis dan mengatakan kaum sosialis sebagai atheis, dan menyatakan juga, kaedah seperti mengambil hak milik peribadi, sebagai menindas dan menentang ajaran Islam. Sosialis Islam pula mempercayai bahawa ajaran Nabi Muhammad (terutamanya isi-isi Al-Qur'an)[1] adalah bersamaan dengan prinsip-prinsip kesamaan dan pengagihan semula kekayaan. Antara hadith yang popular dan sering dikutip dalam hal ini ialah,

« اَلْمُسْلِمُوْنَ شُرَكَاءُ فِي ثَلاَثٍ فِي الْكَلإَِ وَالْمَاءِ وَالنَّارِ»

“Kaum Muslim berkongsi dalam tiga hal, yaitu padang rumput, air dan api.“

Ayat Al-Qur'an yang seringkali dipetik dalam mengkhabarkan suatu hari nanti akan berdirinya pemerintah dari kaum tertindas (yang ditafsirkan secara bebas sebagai golongan mustadh'afin dan proletariat) ialah,

«وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى ٱلَّذِينَ ٱسْتُضْعِفُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةًۭ وَنَجْعَلَهُمُ ٱلْوَٰرِثِينَ»

Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). (Ayat 5, Surah Al-Qasas)

Sejarah

sunting

Abu Dzar al-Ghifari, Sahabat Nabi Muhammad SAW, diakui oleh sebagian ulama, seperti Muhammad Sharqawi dan Sami Ayad Hanna, pemikir Islam seperti Ali Shariati, dll termasuk penulis Mesir yang terkenal iaitu Abdul Hamid Jaudatus Sahar sebagai penggagas awal sosialisme Islam.[2][3][4][5][6][7] [8][9] Abu Dzar tidak setuju dengan projek menghimpun kekayaan yang melimpah ruah oleh kelas penguasa selama masa kekhalifahan Uthman bin Affan (terutama yang dilakukan gabenor Muawiyah) dan menuntut adanya pengagihan kekayaan secara merata. Abu Dzar akhirnya mati dalam pembuangan akibat titah perintah Uthman yang di belakangnya ialah Muawiyah. Enam tahun terakhir pemerintahan Uthman bergolak kacau, dan Uthman akhirnya mati dibunuh dalam pemberontakan.

Pada era moden, sosialisme Islam dapat dibahagikan menjadi dua bentuk, sayap kiri dan sayap kanan. Sayap kiri (Siad Barre, Haji Misbach, Ali Syari'ati, Yasser Arafat dan Jalal Al-e Ahmad, Asghar Ali Engineer, Ziaul Haque, Soekarno) mendukung internasionalisme proletarian sekular dan mendorong Muslim untuk bergabung atau berkolaborasi dengan sosialis internasional atau gerakan Marxis. Sosialis sayap kanan (Muhammad Iqbal, Agus Salim[10], Dr. Burhanuddin al-Helmi, Prof. Dr. Syed Hussein Al-Atas, H.O.S Tjokroaminoto, Syafrudin Prawiranegara, Mustafa Sibaie, Jamal-al-Din Afghani, Musa al-Sadr, dan Mahmud Shaltut) secara ideologi lebih dekat ke posisi ketiga, tidak hanya mendukung keadilan sosial, masyarakat egalitarian dan persamaan universal, tetapi juga revivalisme Islam dan implementasi Syariah (dalam hal revivalisme Islam dan implementasi Syariah, mungkin tidak termasuk Syed Hussein Al-Atas dan Tjokroaminoto kerana tidak pernah tertulis di tulisan-tulisan mereka, malah Alatas kerap menyerang para revivalis Islam seperti Maududi, Muhammad Qutb dan PAS termasuk Nik Aziz.[11] Dalam sebuah bukunya yang lain, Alatas mengkritik keras Tan Malaka, menunjukkan beliau bukan berada di posisi yang pro Marxist atau Islamis).[12] Mereka juga menolak penggunaan perjuangan kelas dan tetap menjaga jarak dengan gerakan sosialis lainnya.[13]

Muhammed Nakhshab diakui sebagai pensintesis pertama antara Syi'ah dan sosialisme Eropah.[14] Pergerakan Nakhshab didasarkan atas ajaran bahawa Islam dan sosialisme tidak bertentangan, kerana keduanya berusaha untuk mencapai kesetaraan dan keadilan sosial. Teorinya telah diungkapkan dalam tesis sarjana hukum etika.[15] Pada 1943, Nakhshab mendirikan Gerakan Sosialis Penyembah Tuhan (Movement of God-Worshipping Socialists), satu dari enam organisasi anggota awal Front Nasional.[16] Organisasi ini didirikan melalui penggabungan dua kelompok, lingkaran Nakhshab di siswa sekolah menengah di Dar al-Fanoun dan lingkaran Jalaeddin Ashtiyani yang sekitar 25 mahasiswa Fakulti Teknik Universiti Tehran. Organisasi ini kemudian dikenal sebagai Liga Muslim Patriotik. Mereka mengkombinasikan sentimen keagamaan, nasionalisme dan pemikiran sosialis.[17]

Sementara itu, di belahan nusantara, gagasan Sosialisme Islam nampaknya lebih awal bermula berbanding belahan dunia Islam lain termasuklah di Iran. Sosialisme Islam di nusantara dikesan bertapak lebih awal di Indonesia (Jawa) ketika berlakunya pertembungan antara Sarekat Islam Merah dan Sarekat Islam Putih. Asalnya kedua faksi ini adalah berasal dari satu organisasi tunggal iaitu Sarekat Islam. Sarekat Islam yang pada mulanya dipimpin oleh Haji Samanhudi awalnya lebih bersifat untuk berkhidmat kepada kalangan peniaga kecil (dagang) Islam bernama Sarekat Dagang Islam. Kemudian selang beberapa masa Sarekat Dagang Islam ini kemudiannya dipimpin oleh H.O.S Tjokroaminoto, dan bertukar nama kepada Sarekat Islam, dengan menghilangkan perkataan "Dagang", supaya organisasi ini lebih bersifat massa dan tidak hanya eksklusif untuk kelompok pedagang. Di tangan Tjokroaminoto, perkembangan Sarekat Islam mendadak naik ke jutaan ahli berbeza dengan sebelum kehadirannya.

Antara yang pernah berguru atau memondok (Bahasa Indonesia, indikos) di rumah Tjokroaminoto ialah Soekarno, Musso, Semaoen, Kartosuwiryo dan ramai lagi. Mereka kelak akan menjadi pemimpin besar bagi spektrum politik Indonesia. Ramai juga tokoh yang tidak berguru dan memondok dengan Tjokroaminoto tetapi pernah berjumpa dan berkawan dengan Tjokroamonoto seperti Agoes Salim, Tan Malaka, Ahmad Dahlan dll lagi (bahkan termasuk HAMKA)[18]. Jadi tidak pelik akhirnya Tjokroaminoto dianggap sebagai "Guru Bangsa" (Founding Fathers) bagi rakyat Indonesia. Antaranya yang utama, Soekarno kelak, yang terkagum dengan pidato dan agitasi Tjokroaminoto, menjadi murid dan menantu Tjokroaminoto akan menjadi Presiden Indonesia yang pertama.

Semaoen, yang pernah memondok di rumah Tjokroaminoto itulah kemudian hari akan semakin radikal dan mencabar gurunya (Tjokroaminoto) dengan aksi-aksi bersama kaum buruh yang lebih radikal. Semaoen melihat Tjokroaminoto lama kelamaan dalam pimpinannya di Sarekat Islam, seperti dikooptasi oleh penjajah Belanda dan tidak radikal sepertinya. Tjokroaminoto yang kemudian tergugah dengan aksi radikal dari bekas murid yang pernah memondok di rumahnya itu, kemudian menjadi sedikit radikal, dengan aksi-aksi pembelaan terhadap kehormatan Islam. Semaoen makin lama makin tergeser dengan fahaman komunis yang dibawakan oleh Sneevliet (seorang sosialis Internasionalis yang datang dari Belanda). Akhirnya Semaoen di Semarang mendirikan Sarekat Islam Merah yang lebih radikal, Kiri dan merah berbanding Sarekat Islam asal yang dipimpin oleh Tjokroaminoto.

Disebabkan Semaoen makin lama makin jauh ke Sosialisme yang dibawakan Sneevliet itu, Tjokroaminoto berdasarkan pembacaannya mula menerbitkan idea Sosialisme Islamnya yang berlainan dengan Sosialisme yang dianjurkan oleh Karl Marx. Jadi Sosialisme Islam dianut dan dipegang oleh golongan pimpinan Sarekat Islam awal seperti Tjokroaminoto termasuk Agoes Salim dan pengagum Tjokroaminoto seperti Syed Hussein Alatas, dan Sosialisme yang dibawakan Marxist-Leninis (dan akan berpecah lagi nantinya dalam kaum pergerakan) dianut dan dipegang oleh kumpulan yang berseberangan dengan Sarekat Islam awal (putih) iaitu Sarekat Islam Merah (yang nantinya akan menjadi Partai Komunis Indonesia) seperti Semaoen, Musso, Tan Malaka, Alimin, Darsono termasuklah Haji Misbach yang sangat kontradiktif dengan Tjokroaminoto. Haji Misbach yang asalnya juga seorang pedagang dan haji ini, nantinya akan dikenali sebagai sosok yang menerbitkan idea "komunisme Islam", kerana padanya Komunis dan Islam itu tidak bercanggahan.

Gagasan dan konsep

sunting

Biasa dikatakan salah satu unsur utama kenapa Islam itu pro kepada Sosialisme kerana dalam Islam terdapatnya kewajiban Zakat sebagai rukun Islam. Rukun bermakna ianya wajib. Dan ayat zakat selalu mengiringi ayat solat di dalam Al-Qur'an, bererti penegasan terhadap peri pentingnya rukun ini. Secara teorinya dikatakan Zakat boleh mendorong pengagihan kekayaan yang lebih setara dan menumbuhkan rasa setiakawan di antara anggota umat .[19]

Menurut Al-Quran, ada lapan kategori orang (asnaf) yang berhak menerima dana zakat:[20][21]

  1. Yang hidup dalam kemiskinan teruk (Al-Fuqarā').
  2. Yang kekurangan kerana tidak mampu memenuhi keperluan dasarnya (Al-Masākīn).
  3. Mereka yang menguruskan dan mengelolakan zakat (Al-Āmilīna 'Alaihā).
  4. Non-Muslim yang bersimpati terhadap Islam atau ingin masuk Islam (Al-Mu'allafatu Qulūbuhum).
  5. Orang yang berusaha lepas dari perhambaan atau kekangan. Termasuk juga dalam pembayaran tebusan atau wang darah. (Fir-Riqāb)
  6. Yang memiliki banyak hutang untuk memenuhi keperluan dasarnya. (Al-Ghārimīn).
  7. Yang berjuang dalam jalan agama dan jalan Allah (Fī Sabīlillāh)[22] atau Jihad di jalan Allah[23] dan untuk pejuang Islam yang berperang melawan orang tidak beriman tapi bukan bahagian dari prajurit yang digaji.[24][25]
  8. Musafir atau pelajar perantauan (Ibnus-Sabīl).

Negara kesejahteraan

sunting

Konsep kesejahteraan dan pencen dikenalkan pada hukum Islam awal dalam bentuk Zakat (amal), salah satu Rukun Islam, di bawah Khalifah Ar-Rasyidin pada abad ke-7. Praktik ini berlanjut sampai dengan masa Kekhalifahan Abbasiyah. Pajak (termasuk zakat dan jizyah dikumpulkan di perbendaharaan pemerintahan Islam dan digunakan untuk menyediakan pendapatan untuk yang memerlukan, termasuk di antaranya orang miskin, yatim, janda, dan Orang Kurang Upaya (OKU). Menurut teolog Al-Ghazali (1058-1111), pemerintah juga harus mengumpulkan persediaan makanan di setiap wilayah jika sewaktu-waktu terjadi musibah atau kelaparan. Kekhalifahan dapat pula dianggap sebagai negara kesejahteraan utama pertama di dunia.[26][27]

Pada masa Khalifah Ar-Rasyidin, berbagai program kesejahteraan dikenalkan oleh khalifah Umar Al-Khattab. Pada masa kekuasaannya, kesetaraan diberlakukan kepada semua rakyatnya, bahkan kepada khalifah itu sendiri, kerana Umar percaya bahawa "tidak ada seorang pun, tidak peduli seberapa penting, hidup dengan cara yang dapat membezakannya dengan orang lain". Umar sendiri hidup dalam "kesederhanaan dan melepaskan diri dari kemewahan duniawi", seperti bagaimana dia sering kali memakai "sepatu usang dan biasanya memakai pakaian yang ditambal", atau bagaimana dia tidur "di atas lantai tanpa alas di masjid". Pembatasan kekayaan juga diatur untuk gabenor dan pegawai kerajaan, yang seringkali "diberhentikan jika menunjukkan tanda-tanda keangkuhan atau kekayaan yang dapat membezakannya dengan penduduk lainnya". Ini adalah usaha awal untuk menghapus "perbezaan kelas yang pasti dapat menimbulkan konflik". Umar juga memastikan bahawa perbendaharaan awam tidak akan dibuang untuk "kemewahan yang tidak perlu" kerana dia percaya bahawa "wang itu lebih baik dihabiskan untuk kesejahteraan rakyat dibandingkan kepada bata tak bernyawa".[27]

Pada masa bencana kelaparan pada Tahun 18 Hijriah, Umar melaksanakan reformasi yang lebih jauh, seperti pengenalan pengagihan makanan menggunakan kupon, yang diberikan kepada yang memerlukan dan dapat ditukar dengan gandum dan tepung. Konsep inovatif lainnya adalah pengenalan garis kemiskinan, dengan upaya untuk memastikan standard hidup minimum. Program ini memastikan seluruh rakyat di kekhalifahan tidak ada yang kelaparan. Untuk menentukan garis kemiskinan, Umar memerintahkan eksperimen untuk mengetes seberapa banyak seer (1.25kg) tepung yang diperlukan untuk memberi makan satu orang dalam sebulan. Dia menemukan bahawa 25 seer tepung dapat memberi makan 30 orang, dan dia menyimpulkan bahawa 50 seer tepung dapat mencukupi makan seorang dalam sebulan. Akhirnya, dia memerintahkan untuk memberikan penjatahan makanan kepada orang miskin sebanyak 50 seer tepung per bulan. Sebagai tambahan, kaum miskin dan orang kurang upaya dijamin tunjangan wang tunai. Untuk menghindari adanya penduduk yang memanfaatkan pelayanan pemerintah, "mengemis dan bermalas-malasan tidak diberi ampun" dan "yang menerima tunjangan pemerintah diharapkan menyumbang dalam masyarakat".[27]

Tentang Saidina Umar selaku pemimpin sosialis besar ini, Profesor Ockley berkata yang maksudnya seperti berikut:

[28]"Dia tidak pernah menyimpang wang di dalam peti perbendaharaan negeri, tetapi pada tiap-tiap jumaat malam diberikan kepada rakyat menurut keperluan mereka masing-masing. Dia pun berkata, bahawa barang-barang yang ada di dalam dunia ini oleh Allah diberikan kepada kita dan tidak diberikan sebagai pembalasan kebajikan, sebab pembalasan yang sejati di atas kebajikan termasuk perhitungan di kehidupan yang lain."

Tjokroaminoto juga mencatat dalam bukunya bahawa Mr. J. Pool (bangsa Inggeris) mengakui bahawa Saidina Umar itu "sungguh seorang besar dan baik budi pekertinya, yang tiap-tiap negeri dan tiap-tiap agama harus berbesar hati di atasnya". Umar menurut Tjokroaminiti telah menetapkan peraturan pada tiap-tiap malam datang mengunjungi kumpulan-kumpulan yang diadakan oleh rakyatnya, dengan maksud agar boleh bergaul rapat bersama mereka itu. Diceritakan, bahawa suatu malam ia mendapati seorang perempuan mengeluh dengan berkata: anaknya, lelakinya si perempuan tadi sudah lama pergi meninggalkan rumahnya pergi berperang untuk membela negerinya. Pada keesokan harinya Umar selaku Khalifah pada waktu itu menyuruh memanggil perempuan tersebut dan menetapkan perintah, bahawa buat selanjutnya orang laki-laki tidak boleh dipisahkan dari isterinya lebih lama dari enam bulan berturut-turut.

Pada suatu hari yang lainnya, Umar mendengar seorang perempuan miskin menangis dengan berkata: "Tuhanku, berilah kemarahan kepada Khalifah Umar, sebab pada saat ia menjalankan jawatannya sebagai Khalifah, hamba hidup melarat dan menanggung kemiskinan, dan ia tidak menjaga secukupnya kepada rakyat, tidak memberi pertolongan atau mencukupi kekurangannya". Umar pun hibalah hatinya, mendengar tangis tadi dan segeralah kembali menuju ke Baitul Mal dan segala barang makanan yang ada dibawa dengan dipikul di pundaknya sendiri, kemudian diberikan kepada perempuan tersebut. Perempuan ini mengucapkan terima kasih yang sebanyak-banyaknya padanya seraya berkata: "Hai, orang yang belum pernah aku kenal, sungguh kamu lebih cekap daripada Umar untuk menjadi Khalifah".

Hamid Shadi dalam “An Islamic Alternative? Equality Redistributive Justice, and the Welfare State in the Chaliphate of Umar” menulis praktik sosialisme Umar yang mengutamakan kesejahteraan masyarakat. Dia menghindari penggunaan wang negara untuk fasiliti mewah. Dia mengatakan: “Wang negara lebih baik digunakan untuk jaminan sosial daripada untuk batu bata yang tidak bernyawa”. Umar mengajak rakyat untuk hidup sederhana dan tidak tampak beza dari umumnya orang (pemandangan umum di negara sosialis). Bayi yang ditelantarkan orang tuanya dijaga negara dengan dana 100 dirham per tahun. Umar juga memperkenalkan konsep kepemilikan umum dengan membeli tanah Bani Harithah untuk lahan produktif sosial. Apa yang dihasilkan darinya disalurkan untuk keperluan kaum miskin, hamba, musafir, janda, OKU, dan kelompok rentan. Umar juga membagikan kupon yang boleh ditukar gandum saat terjadi musim kebuluran.[29][30]

Penjaminan pendapatan minimum

sunting

Penjaminan pendapatan minimum adalah sistem[31] penyediaan kesejahteraan sosial yang menjamin semua warga negara atau keluarga memiliki pendapatan yang cukup untuk hidup, asalkan mereka memenuhi syarat tertentu. Kelayakannya secara tipikal ditentukan oleh kewarganegaraan, tes kelayakan, dan ketersediaan pasar tenaga kerja atau kemauan untuk melakukan pelayanan masyarakat. Tujuan utama pendapatan minimum terjamin adalah untuk melawan kemiskinan. Jika kewarganegaraan menjadi satu-satunya syarat, sistem ini berubah menjadi pendapatan dasar universal. Khalifah Muslim pertama Abu Bakar Ash-Shiddiq mengenalkan penjaminan standar minimum pendapatan, memberikan setiap laki-laki, wanita, dan anak-anak sepuluh dirham setiap tahun; yang kemudian ditambah menjadi dua pulu dirham.[32] Sebagian, tetapi tidak semua sosialis Islam menganjurkan pembaruan dan perluasan polisi ini.

Sosialisme Negara

sunting

Sungguhpun disebutkan di awal, bahawa Sosialisme Islam ini mempunyai unsur 'Kanan' dalam ideologi tersebut yang Kiri, apatah lagi dengan menolak idea atheisme Marxisme klasik, dan juga perjuangan kelas (seperti Agoes Salim[33] dll), terlihat ketara dalam pemikiran dan penulisan aktivis sosialis Islam yang mereka berkecenderungan kuat kepada negara, iaitu sosialisme yang ditadbir dan diuruskan oleh negara, harta yang dikawal selia dan ditatakelola oleh negara kepada rakyat. Sosialisme Arab di Mesir era Gamal Abdul Nasser[34] antara lain disokong oleh ulama'-ulama' di Azhar (dalam masa yang sama tidak setuju dengan Komunisme), bahkan Sibaie sendiri (bermazhab Sunni), juga Asghar Ali Engineer (bermazhab Syi'ah Dawoodi Bohra). Dikatakan di India, sebuah upaya dilakukan untuk mengembangkan teori Sosialisme Islam yang memadukan program sosial Marxisme dengan prinsip-prinsip Islam. Dengan pemikiran Syah Waliyullah sebagai inspirasi, Sihwarwi mendokong polisi membatasi hak milik peribadi dan mengusulkan agar hubungan industri diatur langsung oleh negara.[35] Dalam ertikata lain, Sosialisme Islam memiripi Soviet Union atau Komunisme secara praktik -dengan tambahan- bertuhan. Ada satu artikel dikeluarkan oleh Jacobin menunjukkan isyarat yang jelas dalam hal ini, bahawa tidak semestinya "seize the means of production" itu bererti Marxist atau komunis.[36]

Teologi Islam

sunting

Segala yang disebutkan di atas itu ada kebenarannya. Tetapi yang benar dan utama ialah, berbeza dengan Sosialisme moden yang tradisional (atau klasik), ialah Sosialisme Islam itu bertuhan, dan kebertuhanannya itu dalam agama Islam. Dalam ertikata lain, Sosialisme Islam bukan sepenuhnya Marxist (yang biasanya atheist) mahupun Liberation Theology (yang biasanya Kristian). Jadi pembezaan Sosialisme Islam dll Sosialisme ialah Sosialisme Islam ialah bertuhan. Dan seterusnya barulah masuk perbahasan lain-lain. Pandangan Sosialisme Islam ialah religius dan bertuhan. Sosialisme Islam bolehlah digolongkan sebagai variasi dalam Sosialisme Religius, iaitu sebuah lagi variasi dalam aliran Sosialisme.

Secara teoritikalnya, umumnya dalam Sosialisme Islam, ideologi ini menolak keras Dialektika Materialisme yang dilihat atau ditafsirkan sebagai mahu meniadakan ketuhanan. Tetapi dari sudut praktikal dan aktivisme, pembelaan terhadap kaum tertindas, juga menjadi suatu kerajaan penuh yang bersifat nasionalisasi kepentingan awam, ia agak persis seperti ideologi komunis. Dalam bukunya Dialog Agama dan Faham Kiri, Nasir Mohd Tap ada menyebutkan hal ini, bahawa dari sudut epistemologi, Kiri dan Islam itu ada beza dan percanggahannya. Tetapi dari segi aksiologi dan praxis, nampaknya ada kedekatan dan persamaan. Beliau menulis pandangannya itu dalam membahas perbahasan Syed Hussein Alatas yang membahaskan persetujuan Hamka pada pemikiran-pemikiran Tan Malaka dalam buku Alatas berjudul Kita Dengan Islam, Tumbuh Tiada Berbuah.[37]

Ideologi sosialis Islam

sunting

Sosialis Muslim percaya bahawa sosialisme sesuai dengan ajaran Islam dan biasanya merangkul bentuk sekular dari sosialisme. Bagaimanapun, sebagian sosialis Muslim percaya bahawa sosialisme seharusnya diaplikasikan dalam kerangka Islam dan ada banyak sekali ideologi sosialis Islam.

Gaddafisme

sunting

Muammar Gaddafi menguraikan versinya dari sosialisme Islam dalam suatu Buku Hijau yang diterbitkan dalam tiga bahagian pada 1975, 1977 dan 1978.[38][39][40] "Buku Hijau" ini sangat dipengaruhi oleh pemimpin Mesir Gamal Abdul Nasser yang berideologi pan-Arab. Buku ini menjadi asas kepada pembentukan Legion Islam yang berpengaruh pada zamannya.[41][42]

Buku Hijau menolak demokrasi liberal moden yang didasarkan atas perwakilan terpilih dan kapitalisme. Buku ini justeru menganjurkan model demokrasi langsung yang diawasi oleh Komite Rakyat Umum yang membolehkan penglibatan politik langsung untuk semua warga negara dewasa.[43]

Buku itu menyatakan "kebebasan bersuara adalah hak setiap orang, meski orang tersebut memilih bersikap tidak rasional, untuk menyuarakan kegilaannya." Buku Hijau menyatakan bahawa kebebasan media didasarkan atas kepemilikan publik atas penerbitan buku, suratkhabar, televisyen, dan stesen radio, dengan dalih bahawa kepemilikan pribadi akan tidak demokratis.

Sebuah paragraf di buku itu tentang penghapusan wang mirip usulan ditulis Friedrich Engels[44] dalam "Principles of Communism,"[45] di mana beliau menulis: "Langkah terakhir adalah ketika masyarakat sosialis baru mencapai tahap ketika keuntungan dan wang menghilang. Dilaksanakan melalui perubahan masyarakat menjadi masyarakat produktif sepenuhnya, dan melalui level produksi ketika keperluan material anggota masyarakat terpenuhi. Pada tahap akhir tersebut, keuntungan secara automatiknya menghilang dan tidak lagi memerlukan wang."[46]

Menurut Raymond D. Gastil, Front Persatuan Revolusioner dipengaruhi oleh falsafah Sosialis Islam yang difikirkan Gaddafi.[47]

Komunisme Islam

sunting

Komunisme Islam dapat digunakan untuk merujuk pada beberapa ideologi komunis yang mengakar dalam pemikiran Islam. Komunisme Islam melacak sejarahnya ke Rusia akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 ketika sekelompok petani dan borjuis kecil (petite borgueise) Muslim di Tatarstan Rusia mendirikan Gerakan Wäisi. Anggota gerakan ini mendirikan komun eksperimental di kota Chistopol. Banyak pergerakan dan ideologi muncul sejak itu, masing-masing menganjurkan bentuk komunisme Islamnya sendiri.

Gerakan Wäisi

sunting

Didirikan oleh Bahawetdin Wäisev, Gerakan Wäisi adalah gerakan religius, sosial dan politik yang ada pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 di Tatarstan dan daerah Rusia lainnya yang berpenduduk Tatar. Doktrin Wäisi menganjurkan ketidakpatuhan terhadap hukum dan autoriti demi mengikuti ajaran Al-Qur'an dan Syariah. Pendukung dari gerakan ini menghindari kewajiban ketenteraan dan menolak membayar denda atau membawa pasport Rusia. Gerakan ini juga menggabungkan unsur perjuangan kelas dan nasionalisme. Gerakan Wäisi menyatukan petani, tukang, dan borjuis kecil Tatar. Popularitinya berkembang di seluruh wilayah Tatar.

Meskipun gerakan ini berpindah ke bawah tanah setelah penahanan Bahawetdin Wäisev pada 1884, ada pendukung kuat yang kekal setia. Anak Bahawetdin Wäisev, Ğaynan Wäisev, memimpin gerakan sampai kematiannya pada 1893. Sekitar 100 anggota ditahan dan dibuang pada 1897 setelah mendorong penduduk untuk tidak terlibat dalam sensus penduduk. Gerakan Wäisi meningkat dalam jumlah setelah Revolusi Rusia Pertama pada 1905-1907 dan pada 1908 ada hampir 15000 pendukung di Guberniya Kazan, Orenburg, dan guberniya lainnya di Asia Tengah. Pengikut Wäisi mendukung pemerintahan Soviet setelah Revolusi Oktober pada 1917 dan mengorganisasi sebuah resimen dalam Tentara Merah selama Perang Saudara Rusia. Anggota dari gerakan ini menjauhkan dirinya dari Bolshevik Rusia dan mendirikan komun autonom Yaña Bolğar di Chistopol selama 1920-an, tetapi kemudian dihancurkan dan dibubarkan selama Pembersihan Besar-Besaran pada 1930-an.

Haji Misbach

sunting

Seperti disebutkan di atas, Haji Misbach juga antara yang terkenal dan penting untuk disebutkan sebagai penggagas idea Komunisme Islam yang berbeza dengan Tjokroaminoto yang dianggap lebih lunak dengan penjajah Belanda pada masa itu. Meskipun Tjokroaminoto dan Haji Misbach sama-sama pernah ditangkap dan dipenjarakan penjajah, dan sama-sama menulis, gagasan Haji Misbach nampaknya lebih radikal dan keras terhadap penjajah berbanding Tjokroaminoto. Kerana itu akhirnya Haji Misbach merebahkan dirinya ke pangkuan Partai Komunis Indonesia. Kerana menurutnya, Islam yang sebenar itu tidak bertentangan dengan Komunisme. Sesiapa yang mempertentangkan antara keduanya, dia itu, menurut Misbach tidak faham betul apa itu Islam dan apa itu Komunisme.

Antara[48] tulisan dan kata² Misbach:

Manoesia hidoep dalam doenia yang fana ini oentoek hidoep bersama setjara damai. Itoelah perintah Toehan. Dan oentoe hidoep bersama setjara damai, kita manoesia haroes mendjalankan segala perintah Toehan. Kalaoe seseorang memilih dari apa perintah-perintah Toehan hal-hal jang ia ingin lakoekan dengan tidak memperdoelikan kepentingan orang-orang lain, ia adalah “tjoerang” dan menoeroeti kehendak setan. Setan adalah moesoeh kita. Ia dalam abad ini bekerdja oentoek kapitalisme.”

Kapitalisme adalah fitnah, nafsoe untuk melenjapkan keimanan kita kepada Toehan dengan menggoda keimanan kita kepada Toehan. Kommoenisme yang mengadjarkan kita oentoek menentang kapitalisme, karena itoe adalah tertjakup di dalam Islam. Saya menerangkan hal itu sebagai Moeslim dan kommoenist tidak perlu ditebas sistem itu sehingga ke akarnya.”

Saja saorang jang mengakoe setia pada Agama dan djoega dalam lapang pergerakan kommoenist dan saja mengakoe djoega bahoewa tambah terboekanja pikiran saja di lapang kebenaran atas perintah agama Islam itoe, tidak lain jalan dari sasoedah saja mempelajari ilmoe kommoenisme, hingga sekarang saja berani mengatakan joega, bahoewa kaloetnja keselamatan doenia ini tidak lain hanja dari djahanam kapitalisme dan imperialism jang berboedi boeas itu sahadja, boekannja kesalamatan dan kemerdekaan kita hidoep dalam doenia ini sadja, hingga kepertjajaan kita hal agama poen beroesaha djoega olehnja.”

Begitoe djoega sekalian kawan kita jang mengakoei dirinya sebagai orang kommoenist, akan tetapi mereka masi soeka mengeloewarkan pikiran jang bermaksoed akan melinjapkan agama Islam, itoelah saja berani mengatakan bahoewa mereka boekannja kommoenist jang sedjati atau mereka beloem mengerti doedoeknja kommoenist; poen sebaliknja, orang jang mengakoe dirinja Islam tetapi tida setoedjoe adanja kommoenisme, saja berani mengatakan bahoewa ia boekan Islam jang sedjati atau beloem mengerti betoel tentang doedoeknja agama Islam.”

Dalam Marxists.org juga telah dimasukkan tulisan beliau[49] berkenaan hal ini.

Marxisme Islam

sunting

Marxisme Islam berusaha untuk mengaplikasikan ajaran ekonomi, politik, dan sosial Marxisme dalam kerangka Islam. Bentuk tradisional Marxisme adalah anti-agama dan menganjurkan ateisme negara, yang membuat ramai Muslim menolak Marxisme. Bagaimanapun kedekatan antara Marxis dan cita-cita Islam dalam keadilan sosial[50] telah membuat sebahagian Muslim untuk membentuk bentuk Marxismenya yang tersendiri sejak 1940-an. Marxis Islam percaya bahawa Islam memen

uhi keperluan masyarakat dan dapat mengakomodasi atau memandu perubahan sosial yang Marxisme cuba capai. Marxis Islam juga menolak pandangan tradisional Marxis tentang materialisme dan agama.[51]

Istilah ini telah digunakan untuk menjelaskan Ali Syariati (dalam Shariati and Marx: A Critique of an "Islamic" Critique of Marxism oleh Assef Bayat). Istilah ini juga kadang digunakan dalam berbagai diskusi mengenai Revolusi Iran 1979, termasuk parti-parti seperti Mujahidin Khalq (MEK). Terma Marxist Muslim ini juga sebenarnya tidaklah disepakati ramai, walaupun ramai juga yang dianggap sebagai Marxist Muslim seperti Mujahidin Khalq[52] dan seperti yang ditulis oleh Dr. Nasir Hashim -mantan Pengerusi dan pengasas PSM- pada Ali Syari'ati. Beliau menganggap Ali Syari'ati sebagai tokoh Marxist Muslim.[53]

Berkait dengan Marxisme Islam ini, selain berkaitan sosok -seperti Syari'ati- atau kumpulan -seperti Mujahidin Khalq- ia juga berkait dengan peristiwa (yang secara kebetulan berkait dengan sosok dan kumpulan tadi) iaitu Revolusi Iran. Revolusi Iran memadukan tradisi protes agama dan kepemimpinan Syi'ah dengan ideologi nasionalis dan liberal 1905-1911, dilengkapi dengan gagasan sosialis-Marxist tentang keadilan sosial dan revolusi rakyat. Kombinasi kekuatan yang istimewa ini semakin sempurna setelah idea-idea Islam dan Marxisme disebarluaskan, terutama oleh Syari'ati yang idea-ideanya sangat popular di akhir 1960-an dan kemudian, setelah kematiannya, semakin disebarluaskan.[54]

Sosialisme revolusioner Somalia

sunting

Partai Sosialis Revolusionier Somalia dibentuk oleh regim tentera Siad Barre di bawah panduan Soviet Union pada 1976 sebagai usaha untuk menyesuaikan ideologi rasmi negara dengan agama rasmi negara melalui adaptasi pedoman Marxis dengan keadaan setempat. Perhatian juga diberikan pada prinsip Muslim dalam kemajuan, persamaan, dan keadilan sosial.

Asghar Ali Engineer

sunting

Asghar Ali Engineer walaupun tidak secara jelas menyebutkan tentang Sosialisme Islam mahupun Komunisme Islam, beliau terkenal dengan tulisan-tulisan beliau dalam bukunya, Islam dan Teologi Pembebasan. Dan bila dibaca buku beliau itu (yang diharamkan di Malaysia), sangat ketara ciri pemihakan beliau kepada idea Komunisme dalam bentuk Islam.

Antara yang pernah disebutkan beliau:

Sebagian masyarakat memiliki pemahaman bahwa teologi tidak memberikan kebebasan kepada manusia serta bersifat spasio-temporal, padahal dalam pengertian metafisika dan di luar proses sejarah, teologi memberikan ruang yang bebas kepada manusia. Oleh kerana itu, tidaklah mengejutkan jika pembicaraan dalam teologi penuh dengan ketidakjelasan metafika dan masalah-masalah yang abstrak. Karakteristik teologi seperti ini telah memperkuat kemapanan dan mengakibatkan para teolog berpihak kepada status quo. Orang-orang sampai beranggapan jika teologi semakin tidak jelas secara metafisika, cenderung akan semakin memperkuat status quo. Sejauh ini, sejarah perkembangan teologi justeru menguatkan anggapan tersebut.

Apabila agama masih ingin mendapat tempat di hati kelompok yang tertindas dan lemah – pemeluknya sebagian besar berasal dari kelompok ini – perlu dikembangkan teologi pembebasan. Karl Marx mengatakan agama itu candu bagi masyarakat, tetapi harus difahami bahawa pernyataan ini bukan semata-mata menyalahkan agama, seperti yang disangka ramai orang. Dia menganggap agama justeru digunakan untuk melangsungkan kemapanan dan tidak membawa perubahan bagi kehidupan masyarakat. Jika agama dijadikan sebagai alat perubahan, harus menjadi senjata yang ampuh bagi kelompok masyarakat yang dieksploitasi. Agama tradisional jika diformulasikan dalam teologi pembebasan dapat memainkan peranan penting sebagai praksis revolusioner, dibandingkan agama yang hanya berupa upacara-upacara ritual yang tidak bermakna. Agama dalam bentuk tradisional hanyalah sebuah ilusi, tetapi jika ditampilkan dalam bentuk yang membebaskan dapat menjadi salah satu kekuatan.

Friedrich Engels menulis tentang Thomas Müntzer (seorang pendeta revolusioner yang menyingkir dari Martin Luther dan mendukung raja Jerman) mungkin dapat dibenarkan. Engels menulis sebagai berikut.

Doktrin politik Müntzer selaras dengan konsep keberagamannya, dan sebagaimana teologinya yang melampaui konsepsi yang saat itu sedang berlaku, doktrin politiknya juga terlalu maju untuk ukuran kondisi sosial dan politik waktu itu. Filsafat agama yang dikembangkannya lebih dekat dengan ateisme, sedangkan kebijakan politiknya lebih dekat dengan komunisme; sehingga sampai malam hari terjadinya Revolusi Februari pada abad ke-19 ada lebih dari satu sekte komunis modern yang konsep teoretisnya tidak sematang konsep yang digagas oleh Müntzer.

Engels dalam kutipan tersebut menggambarkan bahwa teologi Müntzer lebih moden daripada teologi kaum komunis. Dia juga mengatakan bahwa khutbah-khutbah yang disampaikan oleh Müntzer menunjukkan sifat militan, sehingga agama mempunyai potensi untuk dikembangkan menjadi kekuatan yang revolusioner dan militan pula.

Tokoh-tokoh utama

sunting

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ https://en.wikipedia.org/wiki/Anti-Capitalist_Muslims
  2. ^ Oxford Encyclopedia of the Modern Islamic World. New York: Oxford University Press. 1995. m/s. 19. ISBN 0-19-506613-8. OCLC 94030758.
  3. ^ "Abu Dharr al-Ghifari". Oxford Islamic Studies Online. Dicapai pada 23 January 2010.
  4. ^ And Once Again Abu Dharr. Dicapai pada 15 August 2011.
  5. ^ Hanna, Sami A.; George H. Gardner (1969). Arab Socialism: A Documentary Survey. Leiden: E.J. Brill. m/s. 273–274. Dicapai pada 23 January 2010.
  6. ^ Hanna, Sami A. (1969). "al-Takaful al-Ijtimai and Islamic Socialism". The Muslim World. 59 (3–4): 275–286. doi:10.1111/j.1478-1913.1969.tb02639.x. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-13. Dicapai pada 2019-10-24.
  7. ^ Sosialisme Islam: Pemikiran Ali Syari'ati, Eko Supriyadi, terbitan Rausyanfikir Institute.
  8. ^ https://www.al-islam.org/great-companion-prophet-s-abu-dharr-ra/chapter-1
  9. ^ Abu Dzar Untuk Pemula, Ali Syari'ati (terjemahan), terbitan REPUBLIKBUKU.
  10. ^ https://historia.id/politik/articles/hatta-bertanya-agus-salim-menjawab-vqoxK/page/2
  11. ^ Syed Hussein Alatas, Ke Mana Dengan Islam, terbitan Utusan Publication.
  12. ^ Syed Hussein Alatas, Kita Dengan Islam, Tumbuh Tidak Berbuah, terbitan Dewan Bahasa Pustaka.
  13. ^ "Dalam Resensi Buku di laman web Lestari Hikmah, Juliyana Junaidi menyebutkan Alatas mendapati bahawa ada tiga aliran yang nyata (dalam persoalan ini). Pertama dan yang paling berkuasa adalah pembela ideologi kapitalis dan separuh feudal yang tersorok dalam kata-kata keIslaman dan nasionalis. Kedua, nasionalis, sosialis dan komunis berkiblatkan barat dan yang ketiga, aliran reformasi Islam yang memegang cadangan sosialisme Islam dalam satu bahagian. Dan menurutnya, aliran Sosialisme Islamlah yang paling lemah tetapi mempunyai potensi besar pembangunan masa depan".
  14. ^ Abrahamian, Ervand. Iran between Two Revolutions. Princeton studies on the Near East. Princeton, N.J.: Princeton University Press, 1982. p. 463
  15. ^ Rāhnamā, ʻAlī. An Islamic Utopian: A Political Biography of Ali Shari'ati. London: I.B. Tauris, 1998. p. 26
  16. ^ http://etd.fiu.edu/ETD-db/available/etd-0201108-171037/unrestricted/DISSERTATION_FINAL.pdf
  17. ^ Rāhnamā, ʻAlī. An Islamic Utopian: A Political Biography of Ali Shari'ati. London: I.B. Tauris, 1998. p. 25
  18. ^ "Hamka juga dilaporkan pernah berguru dengan Tjokroaminoto".
  19. ^ Jawad, Rana (2009). Social welfare and religion in the Middle East: a Lebanese perspective. The Policy Press. m/s. 60. ISBN 978-1-86134-953-8.
  20. ^ Ariff, Mohamed (1991). The Islamic voluntary sector in Southeast Asia: Islam and the economic development of Southeast Asia. Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 38. ISBN 981-3016-07-8.
  21. ^ De Waal, Alexander (2004). Islamism and its enemies in the Horn of Africa. Indiana University Press. m/s. 148–149. ISBN 978-0-253-34403-8.
  22. ^ M.A. Mohamed Salih (Editor: Alexander De Waal) (2004). Islamism and its enemies in the Horn of Africa. Indiana University Press. m/s. 148–149. ISBN 978-0-253-34403-8.
  23. ^ M.A. Mohamed Salih (Editor: Alexander De Waal) (2004). Islamism and its enemies in the Horn of Africa. Indiana University Press. m/s. 148–149. ISBN 978-0-253-34403-8.
  24. ^ Benda-Beckmann, Franz von (2007). Social security between past and future: Ambonese networks of care and support. LIT Verlag, Münster. m/s. 167. ISBN 978-3-8258-0718-4. Quote: Zakat literally means that which purifies. It is a form of sacrifice which purifies worldly goods from their worldly and sometimes impure means of acquisition, and which, according to God's wish, must be channelled towards the community.
  25. ^ T.W. Juynboll, Handleiding tot de Kennis van de Mohaamedaansche Wet volgens de Leer der Sjafiitische School, 3rd Edition, Brill Academic, pp 85-88
  26. ^ Crone, Patricia (2005), Medieval Islamic Political Thought, Edinburgh University Press, m/s. 308–9, ISBN 0-7486-2194-6
  27. ^ a b c Shadi Hamid (August 2003), "An Islamic Alternative? Equality, Redistributive Justice, and the Welfare State in the Caliphate of Umar", Renaissance: Monthly Islamic Journal, 13 (8) (see online)
  28. ^ H.O.S Tjokroaminoto. Islam dan Sosialisme.
  29. ^ "Islam dan Korelasinya dengan Sosialisme".
  30. ^ "Sumber asal dari Bahasa Inggeris oleh Shadi Hamid".
  31. ^ History of Basic Income Diarkibkan 2008-06-21 di Wayback Machine, Basic Income Earth Network (BIEN), retrieved on 18 June 2009
  32. ^ Grace Clark: Pakistan's Zakat and 'Ushr as a Welfare System
  33. ^ https://luk.staff.ugm.ac.id/kmi/islam/gapai/sosialisme.html
  34. ^ https://www.eisa.org/wep/egyoverview7.htm
  35. ^ Pemikiran Politik Islam: dari masa Nabi hingga masa kini, Anthony Black, ms 583.
  36. ^ https://jacobin.com/2021/11/egypt-gamal-abdel-nasser-world-politics-arab-socialism-anti-imperialism-history
  37. ^ https://m.facebook.com/KuliahBuku/videos/kubutrialog-2-dialog-agama-dan-faham-kiri-karya-mohd-nasir-bin-mohd-tap/441801089851829/
  38. ^ John L. Esposito, "The Islamic Threat: Myth Or Reality?" Oxford University Press, Oct 7, 1999, Political Science, 352 pp., pp. 77-78.
  39. ^ John L. Espósito, "The Islamic threat: myth or reality?," Oxford University Press, Sep 9, 1993, 247 pp., pp. 80-82
  40. ^ Buku Hijau untuk pemula, terjemahan Green Book disertakan pengantar dari Zin Mahmud dan Aaron Dinesh, terbitan Republik Buku.
  41. ^ "Socialism Islamic, WWH
  42. ^ "US Officials Regard Chad Conflict As Big Test Of Wills With Khadafy." Gainesville Sun, August 19, 1983. New York Times News Service
  43. ^ Vandewalle, Dirk J. (2006). A history of modern Libya. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0-521-85048-7. Dicapai pada 26 August 2011.
  44. ^ [./Https://en.wikipedia.org/wiki/Friedrich%20Engels https://en.wikipedia.org/wiki/Friedrich_Engels]
  45. ^ Principles of Communism, Frederick Engels, 1847, Section 18. "Finally, when all capital, all production, all exchange have been brought together in the hands of the nation, private property will disappear of its own accord, money will become superfluous, and production will so expand and man so change that society will be able to slough off whatever of its old economic habits may remain."
  46. ^ al-Gaddafi, Muammar (1976) The Green Book, The Solution of the Economic Problem: Socialism People's Committee, Libya.
  47. ^ Raymond D. Gastil, "Freedom in the World: The Annual Survey of Political Rights & Civil Liberties 1997-1998," Transaction Publishers, Jan 1, 1997, 610 pp., p. 453
  48. ^ https://lestarihikmah.com/2018/12/haji-misbach-haji-yang-melawan-penindasan/#_ftn1
  49. ^ https://www.marxists.org/history/indonesia/1925-MisbachIslamism.html
  50. ^ https://sosialis-islam.blogspot.com/2020/06/antara-islam-sosialisme-dan-komunisme.html
  51. ^ "Marxism and Islam". Dicapai pada 4 May 2015.
  52. ^ http://ghandchi.com/110-IslamicMarxism.htm
  53. ^ Ali Syariati Marxist (5 Parts / 5 Bahagian) - Parti Sosialis Malaysia
  54. ^ Pemikiran Politik Islam: dari masa Nabi hingga masa kini, Anthony Black, ms 591.

Pautan luar

sunting