Southampton (AFA: (/saʊθˈæmptən/) merupakan sebuah bandar di Hampshire, England dan merupakan bandar paling besar di Tenggara England, dan terletak 70 km barat daya dari London dan 24 km barat laut dari Portsmouth.[1]

Southampton, England
Bandar Southampton
NegaraEngland
DaerahHampshire
Keluasan
 • Jumlah72.8 km2 (28.1 batu persegi)
Penduduk
 (2011)
 • Jumlah253,651
 • Kepadatan5,055/km2 (13,090/batu persegi)
Zon waktuUTC+0 (GMT)
 • Musim panas (DST)UTC+1 (BST)
Laman sesawanghttp://www.southampton.gov.uk/

Penemuan arkeologi mencadangkan bahawa kawasan ini telah dihuni sejak Zaman Batu. Selepas penubuhan Majlis Daerah Hampshire selepas adanya akta pada tahun 1888, Southampton menjadi bandar daerah dalam daerah Hampshire dan bermakna bahawa bandar ini mempunyai ciri daerah tetapi pentadbirannya dikongsi bersama pertubuhan di Southampton dan majlis daerah baru. Geografi Southampton dipengaruhi laut dan sungai. Anggaran jumlah penduduk pada tengah 2016 mencadangkan bahawa terdapat 254275 orang dalam kawasan Southampton. Pada Mac 2007, terdapat 120305 pekerjaan di Southampton, dan 3570 orang memohon elaun pencari pekerjaan, iaitu kira-kira 2.4% daripada penduduk bandar ini.

Bandar ini memperlihatkan barisan dinding Zaman Pertengahan yang paling panjang dan masih ada di England, serta banyak muzium seperti Muzuim Rumah Tudor yang dibuka semula pada tahun 2011 selepas pemuliharaan dan penambahbaikan lanjut. Perkhidmatan polis di Southampton disediakan Markaz Konstabel Hampshire. Berdasarkan angka daripada Markaz Konstabel Hampshire, Southampton kini lebih selamat daripada masa sebelumnya dengan penurunan mendadak dalam jenayah ganas selama 3 tahun sebelum ini. Southampton ada 2 universiti, iaitu Universiti Southampton dan Universiti Southampton Solent. Southampton merupakan sebuah pelabuhan UK utama yang mempunyai rangkaian pengangkutan baik dengan seluruh negara.

Rujukan sunting

  1. ^ Distance between London, UK and Southampton, UK (UK)". distancecalculator.globefeed.com. Archived from the original on 7 February 2019. Retrieved 5 February 2019.