Spanar Jaya
Spanar Jaya merupakan sebuah siri televisyen komedi Malaysia terbitan 10 on 10 Pictures. Sitkom ini bersiaran di ntv7 dari 8 Mac 1999 hingga 27 September 2005. Dibintangi oleh Rambo Chin, Ahmad Idham, Zaibo, Wardina Safiyyah, Opie Zami, Ramasundran Rengan, Sharifah Sofia, Annahita Bakavoli, Syed Hussein dan Deanna Yusoff, ia mengisahkan Pak Selamat, seorang peniaga kecil yang bercita-cita mencari kejayaan dalam dunia perniagaan.[1]
Spanar Jaya | |
---|---|
Genre | Komedi |
Pencipta |
|
Ditulis oleh |
|
Pengarah |
|
Dibintangi oleh | |
Penggubah lagu tema | Azizi "Chunk" Hj. Adnan |
Lagu pembukaan | "Spanar Jaya" |
Lagu penutup | "Spanar Jaya" |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 7 |
Bilangan episod | 248 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Azraai Kamaruddin |
Penerbit | Tiara Jacquelina |
Penyunting |
|
Tempoh siaran | 20–25 minit |
Syarikat penerbitan | Ten on Ten P.I.C.T.U.R.E.S |
Penyiaran | |
Saluran asal | ntv7 |
Format gambar | 576i (SDTV) |
Format audio | Stereo |
Siaran asal | 8 Mac 1999 – 27 September 2005 |
Ini merupakan sitkom lakonan terakhir mendiang Rambo Chin sebelum kematiannya pada 7 Ogos 2001 akibat serangan jantung[2] dan turut dibintangi oleh mendiang Shuba Jay sebelum kematiannya pada 17 Julai 2014 akibat nahas pesawat Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia.[3] Pada tahun 2015, Spanar Jaya telah disenaraikan oleh portal Yahoo! News sebagai salah satu rancangan sitkom tempatan paling diingati.[4]
Pada Disember 2018, Spanar Jaya diterbitkan semula dengan versi baru yang diberi judul Spanar Jaya X yang memulakan tayangan perdana di TV3 pada 2 Februari 2019, sempena ulang tahun ke-20 sitkom ini.[5][6]
Sinopsis
suntingMengisahkan situasi di sebuah bengkel membaiki kereta dengan memaparkan pelbagai isu semasa. Spanar Jaya menngisahkan tentang Pak Selamat,seorang peniaga kecil yang bercita-cita mencari kejayaan dalam dunia perniagaan. Iskandar pula seorang pemuda lulusan dari universiti luar negara dalam bidang kejuruteraan dan berminat mengenai permotoran lalu memilih untuk berkerja di sebuah bengkel. Siri itu juga menampilan watak seorang pemuda yang berhijrah dari luar Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan dan bekerja di bengkel Spanar Jaya.
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Zaibo sebagai Pak Selamat, pemilik bengkel Spanar Jaya dan bapa kepada Misha & bapa mentua Iskandar (Musim 1-7)
- Rambo Chin sebagai Stanley, kawan kepada Pak Selamat & Moorthy yang bersikap ceria (Musim 1-3)
- Ahmad Idham sebagai Iskandar, Ketua Mekanik Spanar Jaya merangkap teman lelaki/suami kepada Misha (Musim 1-4 kemudian kembali musim terakhir)
- Wardina Safiyyah sebagai Misha, anak kepada Pak Selamat (Musim 1-4 kemudian kembali musim terakhir)
- Ramasundran Rengan sebagai Moorthi, seorang pemandu dan kawan kepada Pak Selamat dan Stanley (Musim 1-5)
- Opie Zami sebagai Amir @ Mat Rock, mekanik Spanar Jaya yang bercita-cita sebagai penyanyi rock dan peminat XPDC, Awie (Musim 1-7)
- Sharifah Sofia sebagai Aisha[7], sepupu kepada Misha dan anak saudara Pak Selamat yang menjadi pembantu pejabat bengkel sementara (Musim 3)
- Deanna Yusoff sebagai Claudia (Musim 2 sebagai pelakon undangan kemudian menjadi sebahagian keluarga Spanar Jaya dalam musim ke 3-6), mekanik wanita pertama di Spanar Jaya dan juga seorang wanita warga Jerman yang pernah menaruh hati pada Iskandar.
- Bob Azrai sebagai Eddie Lentok (Musim 1 sebagai pelakon pembantu,musim 2-7), pemilik Rindu Records,seorang yang suka cakap besar.
- Radhi Khalid sebagai Abdulla[8](dipertengahan musim 1-7), seorang penghijrah dari Bangladesh yang bekerja mencuci kereta dan suka cakap besar.
- Annahita Bakavoli sebagai Khaty (Musim 6-7), anak saudara kepada Pak Selamat yang menggantikan tempat Misha
- Syed Hussein sebagai Razlan (Musim 6-7), ketua mekanik Spanar Jaya yang baru menggantikan posisi Iskandar
- Awang Buncit sebagai Mamak Maniam (Musim 1-6), peniaga yang membuka warung yang bersebelahan bengkel Spanar Jaya
- Sandra Sodhy sebagai Lucy (Musim 6-7)
- Sazzy Falak sebagai Alin (Musim 7), mekanik wanita kedua di Spanar Jaya selepas Claudia namun pada musim ke-4 dia memegang watak Hani sebagai pekerja failing.
- Sheila Rusly sebagai Mak Lang (Musim 7), ibu saudara kepada Razlan yang bekerja sebagai jurujual kereta mewah
- Shuba Jay sebagai Saras, anak saudara kepada Mamak (musim ke-6 sebagai pelakon undangan, musim 7 sebagai pelakon utama)
Pelakon undangan
suntingSpanar Jaya turut menampilkan barisan pelakon undangan setiap siri.
Musim 1 (1999)
sunting- Ghazali Abu Noh sebagai Pungut Ludin
- Ridani sebagai Awek
- Nasir Ali sebagai Arbaie
- Rozie Othman sebagai Zaitun
- Maman sebagai dirinya sendiri
- Mamat Khalid sebagai Pengarah Muzik Video
- Osman Kering sebagai Daud Trouble, adik ipar Pak Selamat
- Shamsul Cairel sebagai Jefri
- Sarip Noor sebagai En. Bagusta
- Kismah Johar sebagai Mak Cik Heah
Musim 2 (2000)
sunting- Sarimah Ibrahim sebagai Jenny
- Noraini Hashim sebagai Mak Iskandar
- M. Rajoli sebagai Bapa Iskandar
- Zami Ismail sebagai Pak Mat
- Ridzuan Hashim sebagai YB Nordin
- Hitler Zami sebagai Zain
- Kartina Aziz sebagai Auntie Min
- Ary Malik sebagai Nani, rakan rapat kepada Misha
- Shahrul Kamaludin sebagai Faiz
- Soosan Hoh sebagai Jenny
- Rusdi Ramli sebagai Haris
- Sharifah Shahora sebagai Alina
- Esma Daniel sebagai Aziz
- Lisdawati sebagai Nina
- Azza Elite sebagai Azza
- Farahdhiya sebagai Penceramah 2 - Pelakon Tambahan
Musim 3 (2000)
sunting- Jamaluddin Kadir sebagai En Subky Umar
- Azhar Sulaiman sebagai Aidil
- Norman KRU sebagai dirinya sendiri
- Yusry KRU sebagai dirinya sendiri
- Yank Kassim sebagai Pelanggan
- Ani Maiyuni sebagai dirinya sendiri
- Amy Search sebagai dirinya sendiri
- Loloq sebagai dirinya sendiri
- XPDC sebagai dirinya sendiri
- Ozlynn Waty sebagai Intan
- Awie sebagai dirinya sendiri
- Hamid Gurkha sebagai Endut
- Khairul Anwar Salleh sebagai Kamal
- Jasmin Hamid sebagai Lin
- Zaidi Omar sebagai Senik
- Sulaiman Yassin sebagai Hamid
- Zarynn Min sebagai Wani
- Riezman Khuzaimi sebagai Nazri Naim
- Azizi Adnan sebagai Sahak
- Chef Wan sebagai dirinya sendiri
- Eizlan Yusof sebagai Azlan
- Harun Salim Bachik sebagai Rizwan
- Sham Visa sebagai Abe
Musim 4 (2001-2002)
sunting- Ruminah Sidek sebagai Mak Long
- Ruhil Amani sebagai Peah
- Rosyam Nor sebagai Syawal
- Jeffrydin sebagai dirinya sendiri
- Azman Nor sebagai Zul
- Shamsul Ghau Ghau sebagai Majid
- Rahim Dalmia sebagai Mustafa
- Imuda sebagai Gelek
- Janet Khoo sebagai Ai Ling
- Nasha Aziz sebagai Melina
- Jalil Hamid sebagai Ramli
- Jason Chong sebagai Michael
- Sharifah Haslinda sebagai Kapten Madihah
- Delimawati sebagai Linda
- Norseha Hameed sebagai Khaty
- Shahrul Ekamatra sebagai dirinya sendiri
- Lord Lokman sebagai Pelayan
- Joey Daud sebagai Joey
- Azwan Ali sebagai Farid
- Jalaluddin Hassan sebagai dirinya sendiri
- Rosli Sako sebagai Lelaki 40 an
- Normala Samsudin sebagai Normah
- Samad Salleh sebagai Arba
- Yasin Sulaiman sebagai Rizal
- Nasir Bilal Khan sebagai M. Nazri
Musim 5 (2002)
sunting- Avaa Vanja sebagai Erika
- Erra Fazira sebagai Norwatie
- Azean Irdawaty sebagai Puan S
- Ezlynn sebagai Zack
- Sathiya sebagai David
- Soffi Jikan sebagai Dr. Azid
- Danny X-Factor sebagai Daniel
- Jeffrey Ong sebagai Sean
- Aida Aris sebagai Zabedah
Musim 6 (2003-2004)
sunting- Roy Azman sebagai Danny
- Emylia Rosnaida sebagai Hazlina, sekretari Eddie Lentok
- Baggio Damasutra sebagai Mario, artis rakaman Rindu Records
- Zul Huzaimy sebagai Pencuri 1
- Zaidi M. Zain sebagai Pencuri 2
- Abby Abadi sebagai Inspektor Aleeza
- Norman Hakim sebagai Inspektor Zahim
- Illa Sabry sebagai peserta uji bakat
- Kumin KU2 sebagai Asyraf
- Shukery Hashim sebagai Johan
- Roslan Hussin sebagai Halim
- Maya Matahari sebagai dirinya sendiri
- Norlia Ghani sebagai Mak Iskandar, menggantikan Noraini Hashim
- Diana Rafar sebagai Masrina
- Ropie Cecupak sebagai Wahid
- Amy Mastura sebagai Jun
- Din Beramboi sebagai DJ Radio Hips
- Tomok New Boys sebagai Danny
- Rosnah Mat Aris sebagai Datin Roki
- Melissa Saila sebagai Comel
- Zainal Alam Kadir sebagai dirinya sendiri
- Catriona Ross sebagai Peminat Mat Rock
- Kenchana Dewi sebagai Chandini, isteri Moorty
- Hamid Ghurka sebagai Sani
- Dr Kronik sebagai dirinya sendiri
- John's Mistress sebagai dirinya sendiri
- Shazlin Sharif sebagai Linie
- Khairil Khamis sebagai Din Bj
- Bob Kuman sebagai Sam Bunga
- Bob Singah sebagai Lan Cair
- Mohd Nor Bon sebagai Ismaon
- Fathil Dani sebagai Dato' Dee
- Ako Mustapha sebagai Akhmal
- Ijam Medicine sebagai dirinya sendiri
- Juliana Banos sebagai Adrena
- Salina Saibi sebagai Amanda
- Kazar sebagai Aril
Musim 7 (2004-2005)
sunting- Rozie Othman sebagai Mami
- Maizurah Hamzah sebagai Chombi
- Nancie Foo sebagai Miss Wong
- Bienda sebagai Salina
- Rashid Salleh sebagai Remy
- Serina Redzuawan sebagai Pelangi
- Kartini 3R sebagai Alia
- Maimon Mutalib sebagai Normah
- Tony Eusoff sebagai Mike
- Tasha Shilla sebagai Azie
- Linda Helmi sebagai Datin
- Zaidi Omar sebagai Dato' Razali
- Kartina Aziz sebagai Tipah
- Douglas Lim sebagai Peniaga
- Param sebagai Arumugam
Penerbitan
suntingSpanar Jaya diterbitkan oleh Tiara Jacquelina untuk syarikat 10 on 10 Pictures. Konsep sitkom ini ialah cetusan idea Loloq, Mamat Khalid dan Norenshah Sahari, skrip Spanar Jaya ditulis oleh Deen Ali dan Yasmin Yahya Nassim. Azraai Kamaruddin berkhidmat sebagai penerbit eksekutif.
Episod
suntingSiaran semula
suntingSitkom ini pernah diulang siar di Astro Warna. Pada 5 Mac 2018, ntv7 menayangkan semula sitkom ini atas permintaan ramai.[9][10]
Pada tahun 2012, pelakon utamanya, Wardina Saffiyah mengeluarkan kenyataan berhubung penyiaran semula Spanar Jaya dan mengatakan bahawa penampilan beliau kini dan dahulu dalam siri itu jauh berbeza. Wardina juga berkata beliau tidak mempunyai hak untuk menghalang siaran semula sitkom tersebut di TV kerana ramai peminat yang merindui Spanar Jaya.[11]
Sitkom ini akan disiarkan di Astro Ria bermula 21 November 2025 - 13 Februari 2026, setiap Jumaat jam 7:00 malam.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Sitcom Spanar Jaya di NTV7". Utusan Malaysia. 12 Februari 1999. Dicapai pada 25 Mac 2018.
- ^ Local comedian Rambo Chin dies Utusan Malaysia (7 Ogos 2001). Dicapai pada 28 Mac 2018.
- ^ Bello, Marisol; Ramakrishnan, Mahi (19 July 2014). "Flight MH17 victims symbolize tragedy". USA Today. Dicapai pada 20 July 2014.
- ^ Farizan Zainal (10 Januari 2015). Rancangan sitkom tempatan yang masih diingati Yahoo! News. Dicapai pada 28 Mac 2018.
- ^ "Sitkom Spanar Jaya Kembali Selepas 20 Tahun!". RojakDaily. 21 Disember 2018.
- ^ "Spanar Jaya 20 tahun". Harian Metro. 20 Disember 2018.
- ^ Edayu (17 Februari 2021). "Sharifah Sofia Kenang Semula Memori Bersama NTV7, Ketika Berlakon Dalam Sitkom Spanar Jaya". Siakap Keli. Dicapai pada 17 Februari 2021.
- ^ Radhi ceriakan Spanar Jaya Utusan Malaysia (5 Februari 2002). Dicapai pada 28 Mac 2018.
- ^ Spanar Jaya musim ketiga lebih padat Utusan Malaysia (8 Jun 2000). Dicapai pada 28 Mac 2018.
- ^ Muzlina Abu Bakar (13 Ogos 2004). Spanar Jaya 7 - Wardina berlakon bersama anak Utusan Malaysia. Dicapai pada 28 Mac 2018.
- ^ Komen Wardina Safiyyah Tentang Spanar Jaya: Hendak Dapat Dosa, Tengoklah Rotikaya (25 September 2012). Dicapai pada 28 Mac 2018.