Spandeks (spandex, di Amerika Utara), Lycra atau elastana (elastane, di benua Eropah) ialah suatu gentian sintetik yang diketahui atas ciri keanjalannya yang luar biasa. Ia lebih kuat dan lebih tahan lama daripada getah asli. Kopolimer polieter-poliurea ini ditemui oleh Joseph Shivers, seorang ahli kimia yang bekerja di Makmal Benger syarikat DuPont, Waynesboro, Virginia pada tahun 1958.[1][2][3][4][5] Pengenalannya pada tahun 1962 membawa perubahan yang ketara kepada industri pembuatan pakaian.

Gentian spandeks di bawah pemerhatian mikroskop optik (dengan pengcahayaan berkutub silang, pembesaran 100x)
Gegelendong gentian spandeks

Istilah "spandeks" merupakan kata pinjaman Bahasa Inggeris iaitu spandex yang merupakan suatu susunan semula daripada perkataan expands ("mengembang").[6]

Seorang pelumba basikal memakai sepasang seluar pendek dan jersi berbasikal spandeks.

Penghasilan sunting

Gentian spandeks dihasilkan dalam empat cara yang berbeza: mencairkan penghasilan, pemintalan bertindak balas, pemintalan kering berlarutan dan pemintalan basah berlarutan. Semua kaedah ini termasuk langkah awal monomer bertindak balas untuk menghasilkan prapolimer. Prapolimer yang terbentuk ini bertindak balas lagi dalam pelbagai cara dan ditarik keluar untuk membuat gentian baru.

Pemintalan kering berlarutan menghasilkan lebih 94.5% gentian spandeks di dunia.[7] Proses ini mempunyai lima langkah:

  1. Prapolimer dihasilkan dengan mencampurkan makroglikol dengan monomer diisosianat dalam suatu bekas tindak balas khas. Nisbah yang umum untuk mencampurkan kedua-dua bahan ini 1 bahagian glikol kepada 2 bahagian diisosianat.[7]
  2. Prapolimer bertindak balas dengan jumlah diamina yang sama. Tindak balas ini dikenali sebagai tindak balas lanjutan berantai (chain extension reaction). Larutan yang terhasil dicairkan dengan pelarut (DMAc) untuk menghasilkan bahan yang bakal dipintal. Pelarut ini membantu mencairkan larutan mentah ini seterusnya menjadikannya mudah dikendalikan,lalu ia dipam masuk ke dala sel peneluaran gentian.
  3. Larutan yang dipintal ini dipam masuk ke dalam sel pemintal silinder mana ia dirawat dan ditukarkan menjadi suatu gentian. Di dalam sel ini, larutan polimer dimasukkan melalui suatu plat logam iaitu spineret yang meletakkan larutan sejajar dengan lembaran polimer cecair. Lembar-lembar yang memasuki sel dipanaskan dalam kehadiran nitrogen dan gas pelarut. Proses ini menyebabkan polimer cecair bertindak balas secara kimianya dan membentuk lembaran yang lebih kukuh.[7]
  4. Apabila gentian dikeluarkan daripada sel, seberapa jumlah lembar kukuh diikat bersama-sama untuk menghasilkan ketebalan yang dikehendaki. Setiap gentian spandeks tunggal terdiri daripada banyak gentian yang lebih kecil yang melekat pada untuk satu sama lain disebabkan oleh sifat melekat asli permukaan gentian-gentian tersebut.[7]
  5. Gentian yang terhasil kemudiannya dirawat dengan agen kemasan iaitu magnesium stearat atau polimer yang lain. Rawatan ini menghalang gentian melekat bersama-sama serta membantu dalam pembuatan tekstil terbitannya. Gentian kemudian dipindahkan melalui beberapa pengiling ke gegelendong.

Kegunaan sunting

Spandeks digunakan secara meluas dalam pelbagai jenis pakaian kerana keanjalan dan kekuatannya, serta kebolehannyha mengering dalam waktu yang lebih singkat daripada jenis-jenis kain lainnya. Antara pakaian yang menggunakan tekstil ini termasuklah sarung tangan, pakaian sukan seperti jersi, pakaian dalam, tali coli serta pendakap gigi.

Rujukan sunting

  1. ^ Templat:US Patent, "Segmented copolyetherester elastomers" filed May 29, 1958, issued Feb 27, 1962
  2. ^ Flynn, Elizabeth and Patel, Sarah (2016) The Really Useful Primary Design and Technology Book: Subject Knowledge and Lesson Ideas New York: Routledge. p.86. ISBN 9781317402565
  3. ^ Teegarden, David M. (2004) Polymer Chemistry: Introduction to an Indispensable Science NSTA Press. p.149. ISBN 9780873552219
  4. ^ Editors of Time-Life (2016) TIME-LIFE American Inventions: Big Ideas That Changed Modern Life Time-Life Books. ISBN 9781683306313
  5. ^ Moskowitz, Sanford L. (2016) Advanced Materials Innovation: Managing Global Technology in the 21st Century Wiley. ISBN 9780470508923
  6. ^ Kadolph, Sara J. (2010) Textiles. Pearson. ISBN 9780135007594
  7. ^ a b c d "How spandex is made" from How Products Are Made