Spaniel Sussex

baka anjing dari England

Spaniel Sussex[a] ialah satu baka anjing yang asli di Sussex di England selatan. Ia merupakan spaniel rendah dan padat dan sezaman dan serupa dengan spaniel Clumber. Ia dapat berentak perlahan tetapi dapat mempunyai perangai kikuk dan bertenaga. Ia menderitai keadaan kesihatan yang umum pada spaniel dan sesetengah anjing besar lain, serta pelbagai keadaan jantung spesifik dan pengherniaan cakera spina.

Spaniel Sussex
Seekor spaniel Sussex dengan ekor tidak terpotong
Nama ringkasSussex
Negara asalEngland
Trait
Berat 45–50 lb (20–23 kg)
Tinggi 15–16 in (38–41 cm) pada paras kelasa
Warna Warna hati keemasan
Jangka hayat 11–12 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Spaniel Sussex pertama kali dicatatkan pada tahun 1795 di East Sussex dan di West Sussex, iaitu di Goodwood dan di Rolvenden untuk keadaan perburuan spesifik. Baka ini hampir menjadi pupus semasa Perang Dunia Kedua[1][2][3] tetapi dibiakbakakan kembali kepada angka mampan. Ia kini lebih popular di United Kingdom dan di Amerika Syarikat daripada di mana-mana negara lain dan diiktiraf oleh semua kelab keleb utama. Baka ini merupakan antara baka pertama yang diiktiraf oleh The Kennel Club pada tahun 1872. Spaniel Sussex bernama Stump memenangi best in show pada tahun 2009 dalam Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club ke-133.

Perihal sunting

 
Seekor spaniel Sussex yang memenangi best in show dalam pertunjukan anjing Westminster Kennel Club 2009

Spaniel Sussex ialah spaniel padat rendah yang serupa dari segi penampilan, tetapi bukan dari segi warna, dengan spaniel Clumber. Ia biasanya tidak lebih tinggi daripada 15–16 in (38–41 cm) pada paras kelasa dan julat berat biasanya ialah 45–50 lb (20–23 kg) dengan penampilan kira-kira berbentuk segi empat tepat.[4] Spaniel Clumber pula biasanya mempunyai ketinggian setinggi 17–20 in (43–51 cm) pada paras bahu dan berukuran seberat 55–85 lb (25–39 kg).[5]

Salah satu ciri ketara ialah lapis bulu berwarna hati keemasannya yang unik untuk baka ini.[6] Walau bagaimanapun, dari segi sejarah, terdapat juga contoh spaniel Sussex berwarna hitam, hitam dan sawo matang, dan hati keemasan dan ptuih.[7][8] Lapis bulunya tebal (kadang-kadang dengan sedikit alunan padanya), berjumbai pada dada, tungkai, dan telinga[4] dan terdiri daripada lapis bulu bawah tahan cuaca dengan lapis bulu luar sutera.[9] Matanya berwarna hazel. Telinga sutera panjangnya berbentuk cuping, yang tipikal bagi spaniel, dan terletak sederhana rendah.[9][10] Spaniel Sussex ialah sejenis anjing pendek dan gempal.

Perangai sunting

Spaniel Sussex ialah baka berentak perlahan dan tenang dengan tingkah laku agak seperti badut yang biasanya menahan tenaga dan semangatnya. Ia sentiasa bersemangat untuk berada di sekeliling orang, sangat baik di sekeliling kanak-kanak, dan dapat menjadi bersikap pelindung bagi keluarganya. Ia sanat sesuai untuk kerja anjing terapi. Kebanyakan spaniel Sussex Spaniel terutamanya merupakan anjing peliharaan keluarga, tetapi ia cukup cekap untuk membantu pemburu walaupun agak degil untuk dilatih. Ia cenderung untuk mempunyai keupayaan semula jadi untuk meng-quarter di padang, mempunyai hidung cemerlang, dan dapat digunakan untuk mengutip selagi ada latihan. Baka ini ialah satu-satunya spaniel yang melolong sebaik sahaja bau buruan dihidu.[4]

Kesihatan sunting

 
Spaniel Sussex

Baka ini pada umumnya sihat dengan purata jangka hayat sebanyak 12 hingga 15 tahun.[9] Displasia pinggul, iaitu malformasi genetik bagi sendi pinggul, mungkin menjadi kebimbangan tetapi kerana sifat padat baka ini tidak kerap melemahkan secara serius.[11][12] Tinjauan yang dijalankan oleh Orthopedic Foundation For Animals menunjukkan bahawa 41.5% spaniel Sussex terjejas akibat displasia pinggul dan baka ini dinilai sebagai baka terjejas ke-9 paling teruk daripada 157 baka.[13]

Satu lagi keadaan umum ialah otitis luaran (jangkitan telinga luar), yang lazim pada pelbagai spaniel, kerana telinga terkelepai panjang memerangkap kelembapan, lalu menjadikannya lebih terdedah kepada jangkitan berulang berbanding dengan anjing dengan telinga lebih menegak. Jangkitan dapat disebabkan oleh pelbagai sebab termasuk tungau, kulat telinga, dan pada umumnya kotoran dan kuman. Rawatan adalah agak ringkas dan dapat terdiri daripada antibiotik berpreskripsi kepada cecair pencuci telinga yang dijual secara bebas.[14]

Bersalin kadang-kadang menimbulkan kesukaran dan memerlukan pembedahan sesar untuk kejayaan dalam melahirkan anak-anak anjing.[11] Spaniel Sussex dianggap sukar untuk dibiakbakakan.

 
Sebuah lukisan dua ekor spaniel Sussex dari 1859

Keadaan jantung pada spaniel Sussex dapat termasuk stenosis injap pulmonari, yang merupakan kecacatan jantung kongenital paling lazim. Pada asasnya, pada haiwan dengan keadaan ini, injap pulmonari tidak terbentuk dengan betul yang menyebabkan jantung bekerja dengan lebih cepat untuk mengepam darah ke seluruh badan. Hasil akhir keadaan ini dapat menjadi kebengkakan bendalir di dalam kebuk jantung, penebalan otot jantung yang dikenali sebagai hipertrofi ventrikel yang membawa kepada kegagalan jantung akhirnya.[11][15]

Duktus arteriosus paten juga muncul pada baka ini.[11] Ini ialah keadaan apabila pembuluh darah kecil yang menghubungkan dua arteri utama tidak tutup ikutan kelahiran. Ini dapat menyebabkan komplikasi kerana terletak untuk membolehkan aliran darah memintas paru-paru. Ini juga muncul pada terier Staffordshire Amerika.[16]

Keadaan jantung yang tidak lazim pada baka ini ialah tetralogi Fallot, yang lebih lazim pada baka anjing Kees dan buldog Inggeris secara relatif. Ini sebenarnya ialah gabungan sehingga empat keadaan, termasuk stenosis injap pulmonari yang tersebut sebelum ini, dengan keadaan sekunder hipertrofi ventrikel kanan. Keadaan lain merupakan kecacatan septum ventrikel iaitu kecacatan atau lubang pada dinding jantung di antara dua ventrikel dan aorta yang membawa darah dari kiri ke sebelah kanan jantung dapat menjadi salah kedudukan. Kesan pada anjing bergantung pada keparahan keadaan dan dapat berkisar daripada desiran jantung hingga tahap kegiatan berkurangan hingga kematian. Gejala pada anak anjing pada umumnya merupakan kegagalan untuk membesar dan pengurangan toleransi untuk bersenam. Rawatan aktif berkesan dalam sekitar 50% kes.[11][17]

Sindrom ceper intervertebra sunting

Sindrom ceper intervertebra, yang juga pada umumnya dipanggil pengherniaan ceper spina, adalah apabila ceper intervertebra membonjol atau pecah ke dalam kanal vertebra yang menempatkan saraf tunjang. Apabila saraf tunjang dimampatkan, anjing berkenaan dapat mengalami gejala dalam skop daripada sakit belakang atau leher ringan kepada kelumpuhan anggota badan, kehilangan deria, dan kehilangan kawalan pundi kencing atau usus. Ini paling kerap terlihat di kawasan tengah belakang, tetapi dapat berlaku di mana-mana di sepanjang tulang belakang. Kes ringan yang tidak mengakibatkan kelumpuhan dapat dirawat secara perubatan dengan mengurung haiwan itu di dalam kurungan untuk membatasi pergerakan kepada tahap minimum selama beberapa minggu, yang dapat disertai oleh ubat-ubatan sakit. Pembedahan dapat memulihkan deria pada tungkai anjing ikutan kelumpuhan tetapi kadar kejayaan bergantung pada betapa keparahan pengherniaan.[11][18]

Sejarah sunting

 
Spaniel Sussex sekitar 1915

Spaniel Sussex ialah baka asli di kaunti itu, yang diketahui dibiakbakakan di Goodwood, West Sussex pada tahun 1792 dan oleh Augustus Elliot Fuller dari Rose Hill (yang kini dikenali sebagai Brightling Park, Brightling di East Sussex, England). Spaniel Sussex ialah baka gundog yang mampu bekerja di daerah dengan rupa bumi yang kasar dan di dalam semak belukar sangat padat sehingga spaniel diperlukan yang dapat memberikan suara atau memberikan amaran kepada pemburu tentang buruannya.[2][1] Spaniel Sussex sebagai baka adalah lebih tua daripada spaniel Norfolk hati dan putih (yang kini pupus), spaniel padang, dan springerspaniel Inggeris. Spaniel Sussex dibiakbakakan secara khusus untuk mewarisi keupayaan salakan yang tidak lazim pada kebanyakan baka spaniel.[19]

Spaniel Sussex ialah salah satu baka pertama yang didaftarkan oleh The Kennel Club United Kingdom semasa kelab itu dibentuk pada tahun 1872 dan merupakan salah satu daripada sepuluh baka pertama yang dimasukkan ke dalam buku pembaka oleh American Kennel Club pada tahun 1884,[10] tetapi kehilangan sedikit populariti yang pernah dicapai pada tahun 1940-an. Semasa Perang Dunia Kedua, pembiakbakaan tidak digalakkan tetapi spaniel Sussex diselamatkan daripada kepupusan oleh pembiak baka Inggeris Joy Freer. Semua spaniel Sussex moden diturunkan daripada anjing yang diselamatkan oleh beliau.[20] Pada tahun 1947, hanya sepuluh ekor spaniel Sussex didaftarkan dalam The Kennel Club Inggeris.[19]

Pada tahun 2004, baka ini dikenal pasti sebagai baka asli rentan oleh The Kennel Club Great Britain yang diperihalkan sebagai baka yang mempunyai angka pendaftaran tahunan yang kurang daripada 300 setahun. Pada tahun 2008, hanya 56 ekor anak anjing didaftarkan.[20]

Pada tahun 2009, seekor spaniel Sussex bernama "Clussexx Three D Grinchy Glee", nama panggilan "Stump", memenangi best in show dalam Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club ke-133. Pada usia 10 tahun, Stump ialah anjing tertua yang memenangi gelaran ini.[21]

Baka ini lebih popular di United Kingdom dan di Amerika Syarikat berbanding dengan mana-mana negara lain.[19] Ia diiktiraf oleh Continental Kennel Club, Persekutuan Kinologi Antarabangsa, American Kennel Club, The Kennel Club Great Britain, Canadian Kennel Club, National Kennel Club, New Zealand Kennel Club, dan American Canine Registry.[19]

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: سڤانيئل ساسيک‌س; bahasa Inggeris: Sussex spaniel

Rujukan sunting

  1. ^ a b Grayson, Peggy (1989). The Sussex Spaniel (dalam bahasa Inggeris). Woodbridge, Suffolk, England, United Kingdom: The Boydell Press. m/s. 1–15. ISBN 0-85115-528-6.
  2. ^ a b Orton, Edward (1987). The History of the Sussex Spaniel (dalam bahasa Inggeris). Edward Orton, Sussex Spaniel Association, England.
  3. ^ Barnes, Ki (2019). Tales of Sussex Spaniels (dalam bahasa Inggeris). Ki Barnes, Paignton, England. ISBN 978-1-9161421-9-0.
  4. ^ a b c Smith, Steve (2002). The Encyclopedia of North American Sporting Dogs: Written by Sportsmen for Sportsmen (dalam bahasa Inggeris). Willow Creek Press. m/s. 136. ISBN 978-1-57223-501-4.
  5. ^ Smith, Steve (2002). The Encyclopedia of North American Sporting Dogs: Written by Sportsmen for Sportsmen (dalam bahasa Inggeris). Willow Creek Press. m/s. 128. ISBN 978-1-57223-501-4.
  6. ^ "Sussex Spaniel: AKC Breed Standard" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). raritiesinc.ca. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Oktober 2007. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  7. ^ Orton, Edward (1987). The History of the Sussex Spaniel (dalam bahasa Inggeris). Edward Orton, Sussex Spaniel Association, England.
  8. ^ Lee, Rawdon B. (2008). A History And Description Of The Modern Dogs (Sporting Division) Of Great Britain And Ireland (dalam bahasa Inggeris). Buchanan Press. m/s. 453–459. ISBN 978-1-4437-5045-5.
  9. ^ a b c "Sussex Spaniel Information" (dalam bahasa Inggeris). JustDogBreeds.com. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  10. ^ a b "AKC Meet the Breeds: Sussex Spaniel" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 7 April 1992. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  11. ^ a b c d e f "Sussex Spaniels: A Winning Breed in More Ways Than One" (dalam bahasa Inggeris). VPI Pet HealthZone. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  12. ^ Weston, Lee. "Medical Conditions Associated with the American Cocker Spaniel" (dalam bahasa Inggeris). Bark Bytes. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  13. ^ "Hip Dysplasia Statistics: Hip Dysplasia by Breed" (dalam bahasa Inggeris). Ortheopedic Foundation for Animals. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2010. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  14. ^ "Allergic Otitis-Ear Infections". Petsdoc.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Jun 2008. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  15. ^ "Pulmonic Stenosis: The Most Common Congenital Heart Defect" (dalam bahasa Inggeris). TerrificPets.com. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  16. ^ "The American Staffordshire Terrier and Congenital Heart Disease" (dalam bahasa Inggeris). TerrificPets.com. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  17. ^ "What is Tetralogy of Fallot?". Canine Inherited Disorders Database (dalam bahasa Inggeris). 30 Oktober 2001. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  18. ^ Lundgren, Becky. "Intervertebral Disk Disease (Herniations of the Disk)" (dalam bahasa Inggeris). VeterinaryPartner.com. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  19. ^ a b c d "Sussex Spaniel Information" (dalam bahasa Inggeris). Sarah's Dogs. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  20. ^ a b "The History of The Sussex Spaniel". Sussex Spaniel Association (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Mac 2024.
  21. ^ Johnston, Lauren (11 Februari 2009). "10 fun facts about the Westminster dog show's 2009 winner: Stump the 10-year-old Sussex Spaniel". New York Daily News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Mac 2024.

Pautan luar sunting