Spaniel air Ireland

baka anjing dari Ireland

Spaniel air Ireland[a] ialah satu baka anjing yang merupakan spaniel tertinggi.

Spaniel air Ireland
Spaniel air Ireland
Nama lainWhiptail
Spaniel Shannon
Spaniel berekor tikus
Bog dog
Negara asalIreland
Trait
Jangka hayat melebihi 10 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Perihal sunting

Penampilan sunting

Spaniel air Ireland ialah anjing tegap dan gempal yang asli di Ireland. Lapis bulunya, yang terdiri daripada keriting padat, gugur dengan sangat sedikit.[1] (lihat Salin bulu) Warnanya ialah hati/ungu tua dan mempunyai rona ungu sangat jelas tidak seperti warna mana-mana baka lain yang diketahui.[perlu rujukan] Ciri tanpa salin bulu bagi lapis bulunya bermakna bahawa orang yang biasanya alah terhadap anjing mungkin mengalami kurang tindak balas alahan terhadap spaniel air Ireland (lihat hipoalergenik).

Spaniel air Ireland mempunyai beberapa ciri pembeza yang menempatkannya sesama yang lebih mudah cam antara semua baka: Toncet keriting panjang dan longgar yang tumbuh ke bawah dari kepala yang kerap menutup mata; "janggut" yang tumbuh di belakang tekak yang kerap disertai dengan "jambang"; dan lapis bulu keriting berwarna hati ("ungu tua"). Ciri paling membezakan pada anjing ini ialah "ekor tikus" licin, yang sepenuhnya bebas daripada lapis bulu panjang kecuali di pangkalnya yang dilitupi 2–3 inci sepanjang 2–3 inci (5.1–7.6 cm) dengan keriting. Mukanya sepenuhnya berlapis bulu licin dan, tidak seperti pudel, patut memerlukan sedikit atau langsung tidak memerlukan pemangkasan untuk kekal seperti itu. Spaniel air Ireland terbina dengan lasak dengan kaki renang untuk membantu dalam renangan berkuasanya. Secara keseluruhannya, spaniel air Ireland mempersembahkan gambaran anjing pintar, teguh, dan terbina dengan kukuh tetapi tidak bertungkai panjang, menggabungkan kecerdasan hebat dan daya tahan lasak dengan perangai berani dan sigap.

Ia merupakan yang terbesar dalam kumpulan spaniel. Anjing berkisar dalam ketinggian 22–24 inci (56–61 cm) dan berukuran seberat 55–65 paun (25–29 kg). Seperti namanya, anjing ini menyukai air.

Perangai sunting

Seperti kebanyakan anjing daripada Kumpulan Sukan American Kennel Club, spaniel air Ireland pada dasarnya merupakan teman aktif, berkesanggupan, dan bertenaga. Oleh sebab ia telah dibiakbakakan daripada ternakan yang digunakan untuk mengutip buruan dan mengembalikannya ke tangan tanpa kekecohan, ia mempunyai naluri semula jadi keinginan untuk menggembirakan. Semangat kerja sepasukannya menjadikannya anjing yang agak mudah dilatih dan didisiplinkan. Oleh sebab kecerdasan hebat dan sifat penuh tanda tanya, ia mempunyai reputasi sebagai badut dalam keluarga spaniel[2] dan akan melakukan perkara biasa dengan cara luar biasa untuk mencapai yang diminta daripadanya. Sesetengah anjing individu dapat menjadi sangat berwaspada terhadap orang asing dan bukan setiap spaniel air Ireland dapat dipercayai untuk bergaul dengan baik dengan haiwan peliharaan lain. Sosialisasi dan latihan awal merupakan kemestian.

Sejarah sunting

 
Spaniel air Ireland sekitar 1915

Baka moden seperti yang dikenali dikembangkan di Ireland pada tahun 1830-an. Tidak ada pengetahuan tentang baka sumber lain bagi perkembangan spaniel air Ireland. Bapa baka yang diperakui, Justin McCarthy dari Dublin, tidak meninggalkan rekod pembiakbakaan. Semua ragam anjing telah dicadangkan termasuk: Pudel, anjing air Portugis, barbet, anjing air lama generik, spaniel air Inggeris yang kini pupus serta spaniel air utara dan spaniel air selatan, tetapi sama ada spaniel air Ireland merupakan anteseden, keturunan, atau campuran baka-baka lain ini merupakan hal sesetengah spekulasi. Ia dipercayai dalam cerita rakyat Ireland sebagai keturunan bagi Dobhar-chú ("anjing [pemburu] berang-berang").

Kesesuaian sebagai anjing peliharaan sunting

Spaniel air Ireland dapat menjadi anjing keluarga bagus, kerana ia biasanya sangat baik dengan kanak-kanak yang hormat dan dengan haiwan peliharaan lain. Ia dapat menjadi anjing pengawal bagus jika telah dilatih untuk berbuat demikian dan akan melindungi keluarga manusianya. Ia biasanya bukan anjing agresif, tetapi spaniel air Ireland mungkin mempunyai salakan dalam dan kedengaran ganas.

Semua spaniel air Ireland memerlukan rejimen penjagaan yang termasuk pengekalan telinga, gigi, dan kuku sihat. Lapis bulu ganda ketat spaniel air Ireland gugur sedikit, tetapi ramai penghidap alahan telah mendapati bahawa ia merupakan haiwan peliharaan yang selesa untuk hidup bersama dengannya. Tekstur bulunya menghalang lapis bulu daripada menjadi terjalin ketat-ketat sehingga menjadi fabrik dan upholsteri dan sebarang bulu terlepas mudah ditanggalkan kerana berkumpul bersama-sama untuk membentuk "arnab habuk". Lapis bulunya dapat diselenggara walaupun oleh pemilik baharu jika usaha tetap dikekalkan untuk memastikannya bersih dan bebas daripada kusutan. Penyikatan menyeluruh pada kulit perlu dilakukan setiap 1–2 minggu untuk menggalakkan kulit sihat dan untuk menanggalkan sebarang objek daripada lapis bulu. Pengguntingan diperlukan setiap 6–8 minggu untuk merapikan dan membentuk lapis bulu manakala pendedahan kerap terhadap air menggalakkan "gelung" betul pada lapis bulu tubuh.

Walaupun gembira untuk melingkar dan tidur di rumah, sesi jalan kaki dan bersenam kerap adalah penting untuk spaniel air sihat dan puas. Spaniel air Ireland yang tidak disenamkan mungkin menjadi spaniel air Ireland nakal. Rumah unggul dapat menjadi persekitaran kerja untuk merangsang minda serta tubuh anjing. Ramai pemilik spaniel air Ireland mengerjakan anjing mereka di padang tembak, dalam ujian kepatuhan, dalam pertandingan ketangkasan, atau dalam gelanggang pertunjukan pengakuran.

Kegiatan sunting

Spaniel air Ireland ialah baka serba guna dan terdapat dalam semua jenis acara anjing termasuk:

Irish Water Spaniel Club of Ireland sunting

Irish Water Spaniel Club of Ireland[3] ialah salah sebuah kelab anjing tertua di dunia, yang menyokong dan mempromosikan salah satu baka anjing paling terkenal dan tertua di dunia. Kelab ini berdaftar dengan Irish Kennel Club.

Irish Water Spaniel Club of America sunting

Irish Water Spaniel Club of America (IWSCA) ialah kelab induk AKC untuk spaniel air Ireland.[4] Kelab ini wujud untuk memulihara dan melindungi baka jarang ini. Kelab ini membantu untuk mendidik pemilik dan pembiak baka serta mengalu-alukan semua anggota yang mengongsi rasa cinta terhadap anjing luar biasa dan serba guna ini. Komitmen IWSCA terhadap kesihatan spaniel air Ireland dicerminkan dalam sokongannya terhadap ketelusan dalam pendapatan kesihatan selaras dengan pertubuhan seperti Orthopedic Foundation of America (OFA), Canine Health Information Center (CHIC), Canine Eye Registration Foundation (CERF), dan Canine Health Foundation.

Pembiak baka IWSCA sunting

Kebanyakan pembiak baka dalam IWSCA tergolong dalam Breeders Education Committee (BEC). BEC wujud untuk memaklumkan dan mendidik para pembiak baka IWSCA tentang isu kesihatan, genetik, dan amalan pembiakbakaan yang direka untuk menggalakkan kesihatan dan kebajikan berterusan bagi spaniel air Ireland. Untuk tujuan ini, pembiak baka BEC telah bersetuju dengan satu set ketat bagi amalan pembiakan yang disyorkan seperti: pertukaran maklumat terbuka, pengujian kesihatan mengikut protokol CHIC spaniel air Ireland, kerjasama dengan Jawatankuasa Kesihatan dan Genetik IWSCA, penyertaan dalam kajian kesihatan spesifik baka, penggalakan pemilikan bertanggungjawab bagi haiwan peliharaan, dan tanggungjawab untuk mana-mana anak anjing yang dibiakbakakan – sepanjang hayat anjing itu. Individu pembiak baka BEC boleh didapati di tapak web IWSCA.

IWS Health Foundation sunting

Matlamat IWS Health Foundation ialah berkhidmat kepada komuniti spaniel air Ireland sedunia dengan menyediakan forum untuk pengumpulan dan pengedaran berdasarkan Internet bagi maklumat, penyelidikan, dan bahan pendidikan yang berkaitan dengan kesihatan dan jangka hayat baka ini, dan untuk sesiapa yang berminat untuk menggalakkan penyelidikan untuk faedah jangka panjang baka ini.[5]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: سڤانيئل اءير اءيرلند; Ireland: spáinnéar uisce, lit.'spaniel air'; bahasa Inggeris: Irish water spaniel

Rujukan sunting

  1. ^ Dogs that do not shed (Inggeris). Go Pets America. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  2. ^ "Irish Water Spaniel Club of America". Irish Water Spaniel Club of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Mac 2024.
  3. ^ "IWSCI". Irish Water Spaniel Club Of Ireland (dalam bahasa Inggeris).
  4. ^ American Kennel Club; Irish Water Spaniel (Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  5. ^ IWS Health Foundation (Inggeris). IWS Health Foundation. Dicapai pada 9 Mac 2024.

Pautan luar sunting