Special Force: Anarchy
Special Force: Anarchy ialah sebuah siri drama televisyen penstriman Malaysia 2023 dicipta dan arahan oleh Syafiq Yusof.[1][2] Diilhamkan dari filem KL Special Force (2018) arahannya, ia dibintangi oleh Puteri Aishah, Elizabeth Tan, M. Nasir, Hasnul Rahmat dan Yusuf Bahrin. Siri ini disiarkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar bermula 14 Januari 2023 dan tamat pada 25 Februari 2023.[3][4]
Special Force: Anarchy | |
---|---|
Genre |
|
Pencipta | Syafiq Yusof Shamin Yusof |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Syafiq Yusof |
Dibintangi oleh | |
Penggubah lagu tema |
|
Lagu pembukaan | "Special Force: Anarchy" |
Lagu penutup | "Special Force: Anarchy" |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 7 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Yusof Haslam |
Penerbit | Shamin Yusof |
Penyunting | Izaq Yuzaini |
Lokasi | Malaysia |
Sinematografi | Rahimi Maidin |
Syarikat penerbitan | Skop Productions Technica Studios Viper Studios |
Syarikat pengedaran | Disney Platform Distribution |
Penyiaran | |
Saluran asal | Disney+ Hotstar |
Format gambar | 1080p (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 14 Januari 2023 – 25 Februari 2023 |
Kronologi | |
Rancangan berkaitan | KL Special Force |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Sinopsis
suntingMengisahkan tentang perjalanan Iman, seorang pegawai polis muda, bersemangat tinggi, dari sebuah negara fiksyen, Tenggara. Tanpa diduga, siasatan yang dilakukan terhadap satu rompakan bank terancang, bukan sahaja telah mempertemukannya dengan kumpulan bawah tanah berbahaya, tetapi juga telah membuka sebuah rahsia besar yang mampu mengubah segalanya! Sebagai seorang pegawai polis cemerlang yang serba boleh, Iman direkrut untuk menyertai satu pasukan anti-rasuah elit khas yang diketuai oleh bapanya sendiri, Komander Qabil.
Ditubuhkan khas untuk menyelesaikan kes jenayah paling berbahaya, penyertaan Iman telah membantu pasukan itu membongkar rancangan rompakan di Bank Tenggara oleh geng penjenayah ganas yang dikenali sebagai Azazel. Kumpulan pengganas ini diketuai oleh seorang lelaki bernama Umar. Di tengah konflik persengketaan itu, Iman terperangkap dengan kebuntuan apabila berdepan dengan sebuah pendedahan mengejutkan. Iman kini dipaksa untuk membuat pilihan yang mustahil.
Pelakon
sunting- M. Nasir sebagai Umar[1]
- Puteri Aishah sebagai Iman[1]
- Yusuf Bahrin sebagai Jeff[1]
- Fify Azmi sebagai Merah[1][5]
- Chacha Maembong sebagai Putih[1][5]
- Anas Ridzuan sebagai Cakoi[1]
- Alvin Wong sebagai Rudi[1]
- Steve Yap sebagai Tan Sri Reuben[1]
- Dynas Mokhtar sebagai Mariam[1]
- Hasnul Rahmat sebagai Komander Qabil[1]
- Elizabeth Tan sebagai Sara[1]
- Johan As'ari sebagai Izzat[1]
- Theebaan G sebagai Tareeq[1]
- Daniella Sya sebagai Julia[1]
- Namron sebagai Tuan Amir[1]
- Jalaluddin Hassan sebagai Datuk Imran Hassan[1]
- Sofi Jikan sebagai Cerpelai[1]
- Z. Zamri sebagai Eddie Ular[1]
- Hariz Othman sebagai Inspektor Adib[1]
- Izzendra sebagai Linda[1]
- Brian Chan sebagai Jason[1]
- Kenji Sawahi sebagai Leslie[1]
- Jordan Shao sebagai Keong[1]
- Jovi Heng sebagai Mike[1]
- C. Kumaresan sebagai Anand Raj[1]
- Hafidzuddin Fazil sebagai Musa[1]
- Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Iskandar Mansoor[1]
Penerbitan
suntingSyafiq Yusof berkata mengenai drama ini dalam satu temubual bersama Berita Harian:[6]
"Saya dan pasukan produksi mengambil cabaran membuat kelainan dengan mengetengahkan pelakon wanita sebagai watak utama. Inspirasi drama ini diambil menerusi filem arahan saya, KL Special Force pada 2018. Corak persembahan dalam drama ini juga boleh dikatakan lebih kurang dengan filem berkenaan. Bagaimanapun, ia bukanlah siri sambungan. Drama aksi Special Force: Anarchy ini memaparkan aksi kepolisan berbeza jalan cerita. Saya juga memerlukan karakter yang boleh melakukan aksi dan memberikan emosi. Kalau lihat dalam filem, hero sarat dengan babak pergaduhan. Tetapi, kami lakukan pembaharuan jalan cerita dengan mengetengahkan pelakon wanita selaku watak utama. Ini antara kelainan ditonjolkan,".
Keluaran
suntingSpecial Force: Anarchy dikeluarkan pada 14 Januari 2023[3] di Disney+ Hotstar di Malaysia dan juga di wilayah Asia Tenggara sebagai Hotstar Originals, termasuk Singapura dan Filipina di Disney+ menerusi hab Star. Acara tayangan siri ini telah diadakan di Hotel EQ, Kuala Lumpur sehari sebelum tayangan perdana rasmi siri ini.[7]
Rujukan
sunting- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z aa ab "Sinopsis Special Force Anarchy". My Infotaip. 1 Julai 2022. Dicapai pada 16 Januari 2023.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (25 Januari 2023). "Special Force: Anarchy siri aksi paling dinanti". Harian Metro. Dicapai pada 20 Mei 2023.
- ^ a b Alleef Ashaari (6 Januari 2023). "Original Malaysian Series Special Force Anarchy Premieres On Disney+ Hotstar Next Week". Kakuchopurei.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Januari 2023.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (14 Januari 2023). "Special Forces: Anarchy ketengahkan hero wanita". Harian Metro. Dicapai pada 16 Januari 2023.
- ^ a b Maya Basir (9 Januari 2023). "Teruja Berlakon Bawah Arahan Syafiq Yusof, Chacha Maembong & Fify Azmi Puas Buat Babak Aksi!". XTRA. Dicapai pada 16 Januari 2023.
- ^ Affan Rostam (16 Januari 2023). "Wanita bergasak dalam Special Forces: Anarchy". Berita Harian. Dicapai pada 16 Januari 2023.
- ^ Haikal Fernandez (13 Januari 2023). "'Special Force: Anarchy' arrives guns blazing on Disney+ Hotstar this Saturday". The Vibes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Januari 2023.