Hey Spice Girls merupakan kumpulan penyanyi wanita British. Mereka mencapai kejayaan perdagangan yang menggalakkan antara pertengahan sehingga akhir 1990-an dan sehingga 2004 merupakan kumpulan wanita terlaris sepanjang masa, berjaya menjual melebihi 80 juta album dan rekod tunggal.

Spice Girls
Di konsert jelajah dunia pergabungan semula Spice Girls, di Toronto pada 2008
Latar belakang
Berasal dariLondon, England
GenrePop, RnB, Tarian, Europop
Tahun aktif19962000
2007–kini
Syarikat rakaman
Virgin (1995 - 2001)
19 (2007)
Laman sesawang
thespicegirls.com
AhliVictoria Beckham
Mel B
Emma Bunton
Melanie C
Geri Halliwell (1993-1998)

Kumpulan ini dibentuk pada tahun 1993 apabila Bob Herbert dan anaknya mengiklankan melalui akhbar The Stage. Dari mereka yang menjawap iklan tersebut lima wanita dipilih Geri Halliwell, Victoria Adams (kemudiannya dikenali sebagai Victoria Beckham), Melanie C, Mel B dan Michelle Stephenson. Mereka membentuk kumpulan yang dikenali sebagai Touch. Kemudian, Michelle Stephenson keluar untuk menyambung pengajiannya dan digantikan dengan Emma Bunton.

Pada tahun 1996 mereka menukar nama mereka kepada Spice Girls dan turut menukar pengurus mereka kepada Simon Fuller. Kumpulan Spice Girls mula menempah kejayaan, dengan album tunggal yang menarik Wannabe (dengan lirik menarik "I wanna really, really, really, wanna Zig-A-Zig Ah") yang menjadi popular akhir tahun 1996 di Britain, dan awal tahun hadapan di Amerika Syarikat. Dengan penonjolan imej yang teliti digabung dengan daya tarikan seks yang cenderung kepada keyakinan diri lepas feminis (post-feminist), album berjudul Spice Girls berjaya dengan jualan seluruh dunia yang mencecah jutaan, termasuk tujuh juta di Amerika sahaja. Mereka mendapat beberapa kejayaan nombor satu di UK, terutamanya (seperti "Wannabe") hasil pengarang lagu Richard Stannard dan Matt Rowe, termasuk Say You'll Be There (Oktober 1996), 2 Become 1 (Disember 1996), Mama dan Who Do You Think You Are (double A-side March 1997). Say You'll be There dan 2 Become 1 juga menjadi jualan laris di Amerika pada 1997, di mana "Mama" dan "Who Do You Think You Are" tidak dibebaskan di Amerika Syarikat, kerana, menurut Spice Girl, carta Amerika lebih lambat berbanding carta negara lain, bukan kerana lagunya kurang menarik. Bagaimanapun, kejayaan Spice Girl begitu kuat pada 1997 dan 1998 sehinggakan ia tidak menghalang MTV dan MTV2 di Amerika sekali-sekala untuk memainkan video yang tidak dibebaskan "Who Do You Think You Are".

Faktor kejayaan kumpulan ini adalah keupayaan ahli individual untuk menarik minat peminat remaja berlainan jenis. Lima ahli digelar "Ginger", "Baby", "Scary", "Posh", and "Sporty" Spice (asalnya gelaran diberikan oleh majalah muzik pop British yang disasarkan kepada gadis remaja, walaupun gelaran tersebut menjadi sejagat). Penampilan dan kelas/budaya latar belakang mereka yang pelbagai memastikan terdapat tarikan demografik yang luas.

Ahli kumpulan:

Spiceworld

sunting

Pada tahun 1997, album berikut mereka, "Spiceworld", dibebaskan, dengan filem berjudul yang sama menonjolkan banyak lagu tersebut. Filem yang dikeluarkan pada June 1997 ini, dibuat seperti sealiran dengan filem Beatles, faktor yang sengaja ditekankan oleh direktor Bob Spiers (direktor bagi The Goodies, Absolutely Fabulous, dan Press Gang antara lain, kejayaan dalam komidi British.) dan filem yang terhasil merupakan satu kejayaan walaupun dibenci oleh para penkritik. Kumpulan Spice Girls turut memenangi Golden Raspberry Award setiap seorang untuk usaha mereka. Mereka sebenarnya memegang rekod dunia yang terakam dalam Guinness Book of Records kerana menerima Razzies terbanyak pada satu masa.

Diantara lagu menjadi taruhan dalam album ini ialah "Spice Up You Life" yang menjadi taruhan pertama. Juga album ini memuatkan lagu "Too Much", "Stop", "Viva Forever", "Never Give Up On The Good Time", dan "Lady is Vamp".

Forever

sunting

November 2000, Spice Girls telah keluarkan album debut yang ketiga tanpa Geri "Ginger Spice" Halliwell iaitu Forever. Hanya lagu "Holler" dan "Let Love Lead The Way" dijadikan taruhan bagi album ini. Namun, album ketiga ini tidak begitu mendapat sambutan, bukanlah kerana ia dikeluarkan sama minggu dengan album Westlife "Coast to Coast" tetapi diatas kegagalan promosi album mereka sendiri.

Forever dijangka mendapat perhatian balik peminat-peminat Spice Girls, namun jangkaan itu meleset. Kegilaan rentak/genre muzik jenis Pop Brits lebih diminati dari R&B yand dipertaruhkan. Forever telah dilakukan di Amerika Syarikat. Namun tiada penyambungan album lagi selepas kelahiran Forever. Kesemua ahli yang tinggal, memberi tumpuan kepada hal masing-masing.

Spice Girls dikenang

sunting

Perpecahan kumpulan

sunting
 
Geri Halliwell, pada 2008

Pada tahun 1998, Geri Halliwell keluar dari kumpulan tersebut untuk memulakan projek berseorangan. Pada tahun 2001, dia terpapar pada Weather Girls 1983 dengan lagu It's Raining Men. Pengakuan peribadi secara video telah diedarkan di Youtube sebaik saja sehari selepas Geri Halliwell keluar dari Spice Girls. Video peribadi ini adalah milik Geri sendiri.

Ahli yang tinggal kekal sebagai berempat, tetapi mereka pada Disember 2003 di pertengahan rehat antara merekod dan membuat pertunjukan secara berkumpulan, dan setiap seorang telah merakamkan album solo (dengan kejayaan perdagangan, walaupun tidak setara dengan usaha berkumpulan). Semasa waktu rehat mereka berpanjangan, terdapat desas-desus bahawa mereka tidak akan membuat pertunjukan atau merakamkan lagu secara berkumpulan lagi. Pada Januari 2003, perjumpaan antara kelima-lima ahli menimbulkan khabar pergabungan kembali, tetapi tiada pengumuman mengenai perkara tersebut dilakukan.

Walaupun menurut taraf kumpulan pop yang dibentuk (manufactured pop groups), Spice Girls secara umumnya dianggap sebagai mempunyai bakat yang sederhana. Bagaimanapun, kejayaan perdagangan mereka merupakan mercu tanda gaya masa itu, beralih dari penyanyi-penulis lagu dan kembali kepada pop yang dihasilkan.

Kumpulan Spice Girls juga mempopularkan kasut platform jenama Buffalo Boots model 1310-2 yang sering dipakai mereka dalam gabungan pelbagai warna.

Pergabungan semula

sunting
 
Kempen Stop to the Top yang dimulakan pada 2 Julai 2007 semperna pergabungan Spice Girls semula

Sejak perpecahan kumpulan ini, banyak khabar angin mengatakan yang kumpulan ini akan kembali semula. Dengan ada sidang akhbar yang dijalankan oleh Bob Geldof pada 31 Mei 2005, pengatur-acara untuk Live 8 itu menyakinkan gabungan semula ke semua ahli Spice Girls yang asal.

Pada 28 Jun, 2007, Spice Girls mengumumkan pergabungan semula dengan membuat konsert jelajah dunia yang bermula pada 7 Disember, 2007 di Los Angeles, Amerika Syarikat.[1]. Akhbar The Mirror juga memberitahu setiap ahli kumpulan ini bakal mendapat jet peribadi dan konsert jelajah dunia mengambil kira-kira £10,000,000.[2] Namun Victoria Beckham menyatakan pergabungan semula ini bukanlah kekal.".[3]

Konsert jelajah dunia ini akan melibatkan 11 kota di dunia: Los Angeles, Las Vegas, New York, London, Köln, Buenos Aires, Madrid, Cape Town, Sydney, Hong Kong dan Beijing. Lagu-lagu yang bakal didendangkan adalah dari album-album yang lepas dan juga ada kemungkinan lagu yang baru. Kesemua ahli kumpulan ini telah mentandatangani kontrak dengan pengurus terdahulu mereka, Simon Fuller, dan kini mereka dibawah naungan syarikat 19 milik Fuller. Permulaan pergabungan semula ini dimulakan dengan kempen Stop to the Top yang membenarkan memuat turun lagu Stop yang mensasar agar lagu ini menjadi lagu muat turun digital yang terlaris serta menjadikan ia nombor 1.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Laman web "Spice Girls" (termasuk pengumuman)". TheSpiceGirls.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-17. Dicapai pada 2007-06-28.
  2. ^ "Posh and the girls accept £10million each for Spice Girls reunion". DailyMail.com. Dicapai pada 2007-06-25.
  3. ^ Brandle, Lars. Sutherland, Mark. (2007-06-28). "Spice Girls Kicking Off World Tour In L.A."CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Pautan luar

sunting