Shelton Jackson "Spike" Lee (lahir 20 Mac 1957) ialah seorang pengarah, penerbit, penulis, pelakon dan profesor Amerika Syarikat. Syarikat penerbitannya, 40 Acres and a Mule Filmworks, telah menerbitkan lebih 35 filem sejak 1983. Kerjaya pengarahannya bermula menerusi filem She's Gotta Have It (1986). Sejak itu, beliau telah menulis dan mengarahkan beberapa filem seperti Do the Right Thing (1989), Mo' Better Blues (1990), Jungle Fever (1991), Malcolm X (1992), Crooklyn (1994), Clockers (1995), 25th Hour (2002), Inside Man (2006), Chi-Raq (2015), BlacKkKlansman (2018) dan Da 5 Bloods (2020). Lee juga berlakon dalam 10 daripada filem-filemnya.

Spike Lee
Kelahiran
Shelton Jackson Lee

(1957-03-20) 20 Mac 1957 (umur 67)
PendidikanKolej Morehouse (BA)
Universiti New York (MFA)
Pekerjaan
  • Pengarah
  • penerbit
  • penulis
  • pelakon
  • profesor
Tahun aktif1977–kini
Ahli lembaga40 Acres and a Mule Filmworks
PasanganTonya Lewis (k. 1993)
Anak-anak2
Ibu bapaBill Lee
Saudara

Beliau telah memenangi beberapa anugerah untuk hasil karyanya, termasuk Anugerah Akademi untuk Lakon Layar Adaptasi Terbaik, Anugerah Akademi Pelajar, Anugerah BAFTA untuk Lakon Layar Adaptasi Terbaik, dua Anugerah Emmy, dua Anugerah Peabody, dan Cannes Grand Prix. Beliau juga telah menerima Anugerah Kehormat Akademi, Anugerah Kehormat BAFTA, César Kehormat, dan Hadiah Dorothy dan Lillian Gish.[1][2] Filem-filem Lee, Do the Right Thing, Malcolm X, 4 Little Girls dan She's Gotta Have It dipilih setiap satunya oleh Perpustakaan Kongres untuk pemulihan di Pejabat Pendaftaran Filem Kebangsaan kerana "amat penting dari segi nilai budaya, sejarah dan estetik".[3][4][5]

Rujukan sunting

  1. ^ "Spike Lee wins $300,000 Gish Prize". BBC News. Dicapai pada April 30, 2014.
  2. ^ "Spike Lee awarded $300,000 Gish Prize". Los Angeles Times. Dicapai pada April 30, 2014.
  3. ^ CNN – U.S. film registry adds 25 new titles – November 16, 1999
  4. ^ Spike Lee's 'Malcolm X' among 25 film registry picks – The Philadelphia Sunday Sun
  5. ^ Chow, Andrew R. (December 11, 2019). "See the 25 New Additions to the National Film Registry, From Purple Rain to Clerks". Time. New York, NY. Dicapai pada December 11, 2019.

Pautan luar sunting