Spits Jepun

baka anjing dari Jepun

Spits Jepun[a] ialah satu baka anjing kecil hingga sederhana daripada jenis spits. Terdapat piawaian berlainan di seluruh dunia untuk saiz unggul baka ini, tetapi ia sentiasa lebih besar daripada sepupunya yang lebih kecil, anjing Pomerania. Ia dikembangkan di Jepun pada tahun 1920-an dan tahun 1930-an melalui pembiakbakaan sebilangan baka anjing jenis spits lain bersama-sama. Ia diiktiraf oleh kebanyakan kelab kenel utama, kecuali American Kennel Club oleh sebab penampilan serupanya dengan anjing Pomerania putih, anjing Eskimo Amerika, dan anjing Samoyed. Walaupun ia merupakan baka agak baharu, ia semakin menjadi sangat popular kerana perangai dan ciri lain yang disenangi.

Spits Jepun
Spits Jepun
Negara asalJepun
Trait
Bulu Lapis bulu ganda
Warna Putih
Saiz perinduk 1–8 ekor anak anjing[1]
Jangka hayat 9–18 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Kebimbangan kesihatan utama ialah kehelan tempurung lutut dan kebimbangan kecil berulang-ulang ialah kecenderungan baka ini terhadap mata berair. Ia boleh bertindak sebagai anjing penjaga yang boleh diharap, tetapi ia merupakan sejenis anjing teman dan lebih suka menjadi bahagian giat keluarga. Sungguhpun ia mungkin kelihatan gebu, ia merupakan baka dengan penjagaan sedikit kerana bulunya kotoran tidak melekat pada lapis bulunya.

Spits Jepun jantan (United Kingdom)

Spits Jepun ialah anjing kecil setinggi sekitar 33 cm (13 in) pada paras kelasa dengan tubuh lebih kurang berbentuk segi empat sama, dada dalam, lapis bulu ganda putih metah sangat tebal. Lapis bulunya terdiri daripada lapis bulu luar yang mencacak dari lapis bulu bawah lembut, dengan bulu lebih pendek di muncung dan di telinga serta di hadapan tungkai hadapan dan tungkai belakang. Lingkaran leher berbulu lebih panjang. Ia mempunyai muncung menirus dan telinga tajam (tegak) kecil berbentuk segi tiga. Ekornya panjang, berbulu panjang lebat, dan terangkat melingkar ke atas dan menyentuh belakang anjing. Lapis bulu putihnya berkontras dengan tapak kaki dan kuku kaki hitam, hidung hitam, dan mata gelap.[2] Mata bujur besar (seakan-akan benih ginkgo) adalah gelap dan agak menyerong dengan bulu mata putih dan hidung, bibir, dan pinggir matanya adalah hitam. Muka spits Jepun berbentuk baji.[3]

Ia mengongsi keserupaan bersama dengan anjing Pomerania, anjing Samoyed, dan anjing Eskimo Amerika.

Variasi saiz sunting

Perihal bagi saiz unggul baka ini berbeza-beza. Di Jepun, saiz unggul untuk jantan diperihalkan sebagai 30–38 cm (12–15 in) pada paras kelasa, manakala betina lebih kecil sedikit; piawaian Jepun ialah piawaian yang diterbitkan oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa untuk pertandingan anjing antarabangsa.[4] Di United Kingdom, The Kennel Club memerihalkan saiz sebagai 34–37 cm (13–15 in) pada paras kelasa dengan betinanya setinggi 30–34 cm (12–13 in),[3] yang sama untuk Australian National Kennel Council.[5] Di New Zealand, menurut New Zealand Kennel Club, saiz unggul ialah 30–40 cm (12–16 in) untuk jantan dan 25–35 cm (9.8–13.8 in) untuk betina. Canadian Kennel Club pula menyatakan bahawa saiz untuk anjing jantan ialah 12 in (30 cm) dengan betina yang lebih kecil sedikit dan United Kennel Club di Amerika Syarikat memerihalkan saiz unggul sebagai 12–15 in (30–38 cm) untuk jantan dan 12–14 in (30–36 cm) untuk betina. Kelab-kelab kenel kecil dan pertubuhan lain mungkin menggunakan mana-mana saiz unggul ini atau mentakrifkan saiz sendiri. Spits Jepun pada umumnya lebih besar daripada sepupunya, anjing Pomerania.

Sejarah sunting

 
Seekor spits Jepun betina

Pembiak baka anjing di Jepun pada tahun 1920-an dan tahun 1930-an menghasilkan spits Jepun melalui pembiakbakaan silang bagi sebilangan baka spits lain untuk mengembangkan spits Jepun.[6] Pembiak baka bermula dengan spits Jerman putih, yang pada asalnya dibawa dari China timur laut ke Jepun; anjing-anjing ini pertama kali dipamerkan pada pertunjukan anjing di Tokyo pada tahun 1921.[7][8] Pada antara tahun 1925 dengan tahun 1936, pelbagai baka spits putih kecil diimport dari seluruh dunia dan disilangkan ke dalam baka berkembang, dengan matlamat untuk menghasilkan baka lebih baik.[7] Piawaian terakhir untuk baka ini ditulis selepas Perang Dunia Kedua dan diterima oleh Japan Kennel Club.[7] Baka ini memperoleh kepopularan di Jepun pada tahun 1950-an dan dieksport ke Sweden pada awal tahun 1950-an. Dari sana, baka ini menuju ke England, dan The Kennel Club mengiktiraf spits Jepun pada tahun 1977 dalam Kumpulan Utiliti.[2] Spits Jepun telah tersebar ke seluruh dunia termasuk India, Australia, dan Amerika Syarikat dan ia diiktiraf oleh kebanyakan kelab kenel besar di dunia berbahasa Inggeris; oleh Canadian Kennel Club dalam Kumpulan 6, Bukan Sukan, oleh New Zealand Kennel Club (Kumpulan Bukan Sukan), oleh Australian National Kennel Council dalam Kumpulan 7 (Bukan Sukan), dan oleh United Kennel Club (Amerika Syarikat) dalam Kumpulan Baka Utara. Pada April 2019, American Kennel Club menambahkan baka spits Jepun ke dalam Khidmat Ternakan Asasi yang bermaksud bahawa ia masih belum diiktiraf oleh AKC.[9] Baka ini juga diiktiraf oleh pejabat pendaftaran dan kelab kecil.

Kesihatan sunting

 
Spits Jepun jantan

Ia merupakan baka sihat dengan sangat sedikit masalah genetik. Kebimbangan kesihatan utama untuk spits Jepun ialah perkembangan kehelan tempurung lutut, iaitu keadaan yang menyebabkan tempurung lutut terkehel dari kedudukan normalnya. Ia juga terdedah kepada mata berair, yang hampir kerap disebabkan oleh kehadiran duktus air mata yang terlalu kecil, atau alahan terhadap rumput panjang atau stres. Ia jarang disebabkan oleh sebarang kecacatan mata serius.[10]

Mortaliti sunting

Kelanjutan usia dianggarkan pada 10–16 tahun.[6] Ini menjadikannya salah satu baka anjing hidup paling lama.[11]

Perangai sunting

Sebagai anjing aktif, setia, dan pintar,[12] spits Jepun terkenal kerana keberanian besar, kasih sayang, kesetiaan, dan keramahan yang menjadikannya anjing penjaga baik dan pendamping unggul untuk orang tua dan kanak-kanak kecil. Kebanyakan spits Jepun merupakan anjing penjaga baik walaupun saiznya agak kecil dan ia mempunyai kecenderungan untuk menyalak untuk memberikan amaran tentang ketibaan orang asing.[12] Spits Jepun mula-mula sekali ialah anjing teman dan cukup bahagia dengan sentuhan dan perhatian manusia, dengan kecenderungan terhadap kehidupan sebagai anggota keluarga. Ia terkenal sebagai anjing sangat setia. Ia menikmati aktiviti dan suka berada di ruangan luar. Ia cerdas, suka bermain, berwaspada, dan patuh, dan khususnya cemerlang dan bersikap penyayang terhadap kanak-kanak.[13]

Penjagaan sunting

Spits Jepun dapat mentoleransi cuaca sejuk tetapi, oleh sebab ia dibiakbakakan sebagai anjing teman, ia lebih suka tinggal di dalam rumah dengan kehangatan keluarga manusianya.[12] Sungguhpun dapat tinggal di pangsapuri, ia memerlukan masa untuk berlari-lari di luar tanpa cawak di persekitaran selamat.

Bulu sunting

Oleh sebab tekstur lapis bulunya, lumpur dan kotoran langsung tertanggal atau dapat mudah ditanggalkan dengan memberus. Walau bagaimanapun, oleh sebab lapis bulu tebal baka ini, pemberusan kerap adalah penting.[12][14][15]

Lapis bulu spits Jepun adalah agak kering berbanding dengan baka lain. Lapis bulunya patut dirawat dua kali seminggu dengan menggunakan berus pin yang mencapai lapis bulu bawah untuk mengelakkan pembentukan simpulan.[16] Perawatan bulu baka ini adalah agak mudah berbanding dengan baka lain. Lapis bulu putihnya mempunyai tekstur antilekat yang kerap diperihalkan serupa dengan teflon.[17]

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: سڤيت‌س جڤون; Jepun: 日本スピッツ, rumi: Nihon supittsu; bahasa Inggeris: Japanese spitz

Rujukan sunting

  1. ^ "How To Breed Japanese Spitz – Temperament, Litter Size, Health & FAQs". breedingbusiness.com (dalam bahasa Inggeris). 9 Ogos 2020. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  2. ^ a b Clark, Anne Rogers; Andrew H. Brace (1995). The International Encyclopedia of Dogs (dalam bahasa Inggeris). Howell Book House. m/s. 273–274. ISBN 0-87605-624-9.
  3. ^ a b "Japanese Spitz Breed Standard". Breed Information Centre (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club UK. Ogos 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2012. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  4. ^ "FCI-Standard N° 262 (NIHON SUPITTSU) (Japanese Spitz)" [Piawaian FCI No. 262 Spits Jepun] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). 16 Jun 1999. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  5. ^ "Japanese Spitz Breed Standard". Australian National Kennel Council (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mac 2012. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  6. ^ a b Dog: The Complete Guide (Inggeris), oleh Sarah Whitehead, Barnes & Noble, Publisher, 1999, hlm. 211, ISBN 0-7607-1719-2.
  7. ^ a b c Piawaian baka spits Jepun (Jepun) daripada Japan Kennel Club Diarkibkan 30 Mac 2019 di Wayback Machine
  8. ^ Japanese Spitz breed standard from Nippon Spitzs Club (Inggeris)
  9. ^ "Japanese Spitz Dog Breed Information". akc.org (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Disember 2022. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  10. ^ pet info website, author/editorial oversight unknown (2006). "Pet Planet" (dalam bahasa Inggeris). petplanet.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 September 2007. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  11. ^ Compiled by Cassidy, K. M. "Dog Longevity Web Site, Breed Data page" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Januari 2024.
  12. ^ a b c d New Zealand Kennel Club, Japanese Spitz (Inggeris)
  13. ^ Kojima, Toyoharu (2004) [Pertama kali diterbitkan pada tahun 1993]. Legacy of the Dog: The Ultimate Illustrated Guide (dalam bahasa Inggeris). Foto oleh Yamazaki (ed. ke-2). Chronicle Books. m/s. 321. ISBN 978-0811851206. Dicapai pada 3 Januari 2024. japanese spitz children.
  14. ^ Pugnetti, Gino; Schuler, Elizabeth Meriweather (1980). Simon & Schuster's Guide to Dogs (dalam bahasa Inggeris). New York, Amerika Syarikat: Simon & Schuster. m/s. 266. ISBN 978-0671255275.
  15. ^ Geeson, Eileen; Vetter, Barbara; Whitmore, Lia (2003). Ultimate Dog Grooming (dalam bahasa Inggeris). Firefly Books Ltd. m/s. 231–232. ISBN 1-55297-873-7.
  16. ^ pet info website, author/editorial oversight unknown (2005). "Doozie Dog" (dalam bahasa Inggeris). dooziedog.com. Dicapai pada 3 September 2007.
  17. ^ Deep, John. "Japanese Spitz". 2puppies.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Januari 2024.

Pautan luar sunting