Spring (kugiran)

Kumpulan Rock Malaysia

Kumpulan Spring adalah salah sebuah kumpulan rock di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1987. Kumpulan yang diterajui oleh penyanyinya, Ameng yang berasal dari Besut, Terengganu ini mula meniti puncak populariti apabila single daripada album kedua mereka yang berjudul Sampai Hati telah merajai carta muzik Malaysia dan Indonesia pada tahun 1993. Setelah itu, Spring melahirkan lebih banyak lagu nombor satu seperti Bourgenvilla, Persada Cintaku, Butakah Cinta, dan Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta. Menerusi 8 album studio dan beberapa album kompilasi, kumpulan ini berjaya menjual lebih 500,000 unit secara keseluruhannya dan menjadi salah satu dari artis Malaysia yang merekodkan jualan album terbanyak dalam sejarah. Kumpulan ini pernah meraih anugerah Kumpulan Muzik Paling Popular 1994 di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Spring
Juga dikenali sebagai
Anthem (1987-1989)
GenreRock, Pop Rock, Balada
PekerjaanPemuzik & Penyanyi
Tahun aktif1987 (tahun penubuhan)
1991 - 2003
Syarikat rakaman
Sony Music Malaysia
AhliAmeng - Vokal
Zahar - Gitar Utama
Empy - Bass
Acong - Dram
Bekas ahliIskandar - Gitar Utama
Amat - Vokal
Yunus - Bass

1987-1989 : Sejarah AwalSunting

Kumpulan Spring telah ditubuhkan lebih 30 tahun yang lalu di Seremban, Negeri Sembilan dengan nama asalnya, Anthem. Kumpulan ini diasaskan oleh Tengku Raden Iskandar bin Tengku Ismail (Iskandar) selaku ketua kumpulan merangkap gitaris utama dan disertai oleh empat rakannya yang lain iaitu Ahmad Hafzan bin Abdullah (Amat - vokal), Mohd Azhar bin Mohd Yusof (Zahar - gitar kedua), Mohd Yunus bin Mokhtar (Yunus - bass) dan Rozli bin Yahaya (Acong - dram). Sebaik sahaja kumpulan ini ditubuhkan, mereka kemudiannya menyertai War Rock, sebuah pertandingan muzik ala Battle Of The Bands yang dianjurkan oleh Mutiara Production buat julung kalinya pada tahun 1987. Selepas penyertan mereka dalam pertandingan tersebut, kumpulan ini mulai serius dalam bidang muzik apabila kerap mendapat undangan untuk membuat persembahan di funfair, kelab, konsert-konsert mini dan majlis-majlis perkahwinan di seluruh Malaysia.

Pada tahun 1989, mereka sekali lagi menyertai pertandingan War Rock yang pada ketika itu sudah masuk tahun ketiga penganjurannya. Pada ketika inilah, mereka mula dikenali sebagai Spring atas nasihat dari rakan-rakan mereka selain namanya yang lebih mudah disebut. Kumpulan ini turut merakamkan dua buah lagu iaitu Hanya Untuk Mu dan Mencari Cahaya yang kemudiannya dimuatkan dalam album War Rock III. Gitaris utama kumpulan Iklim, Umarul Mahdzar Embong yang kebetulan datang menyaksikan konsert tersebut kemudiannya mempelawa Spring untuk menjadi artis rakaman setelah melihat potensi dan bakat yang ada pada mereka. Merasakan itu adalah peluang terbaik untuk Spring mempunyai album sendiri, akhirnya mereka sah menandatangani kontrak sebagai kumpulan rock pertama yang bernaung di bawah label CBS Records yang mana syarikat tersebut kemudiannya dikenali sebagai Sony Music Malaysia pada tahun 1990.

1990-1991 : Kemasukan Ameng & Album Pertama SpringSunting

Ketika proses rakaman album pertama Spring dijalankan, mereka menerima ujian getir apabila vokalisnya, Amat meninggalkan kumpulan ini kerana tidak menepati kriteria yang diinginkan oleh pihak pengurusan. Ini telah memaksa Spring untuk menangguhkan seketika kerja-kerja rakaman untuk memberi ruang untuk mereka mencari vokalis baharu. Dalam usaha Spring untuk mencari vokalis baharu, mereka telah berkelana ke merata-rata tempat, antara Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Perak dan juga Terengganu.

Setelah beberapa bulan merantau, akhirnya mereka bertemu dengan seorang pemuda yang berasal dari Besut, Terengganu iaitu Wan Aminuddin bin Wan Ismail atau dikenali sebagai Ameng yang ketika itu hendak mencari tapak dalam industri muzik tanahair. Sejak itu, Ameng telah dipilih sebagai vokalis Spring yang baharu dan Spring akhirnya kembali memasuki studio rakaman untuk meneruskan rakaman album pertama yang tertangguh sejak sekian lama.

Pada tahun 1991, Spring telah mengeluarkan album pertama yang berjudul Spring di bawah label Sony Music Malaysia. Album yang berkonsep rock kapak ini telah memperkenalkan nama mereka dengan single yang berjudul Sejiwa (ciptaan Adi Jagat & lirik oleh Azida N.S.). Sayangnya, album pertama Spring ini mendapat sambutan yang kurang memberangsangkan apabila terjual sebanyak 25,000 unit sahaja ekoran persaingan dengan kumpulan-kumpulan rock lain yang sudah mencipta nama pada ketika itu. Namun Spring tidak mudah mengalah, sebaliknya mereka diberi peluang kedua oleh Sony Music untuk memulakan proses rakaman untuk album kedua Spring pada tahun 1992.

1992-2003 : Pertukaran Anggota, "Sampai Hati" & Puncak KegemilanganSunting

Seperti yang berlaku ketika proses rakaman album pertama, Spring sekali lagi diuji apabila pemain bassnya, Yunus menarik diri ketika proses rakaman album kedua sedang dijalankan. Ini telah memaksa Spring untuk mengambil pemain bass sementara iaitu Lan untuk mempercepatkan proses penyiapan album tersebut yang kemudiannya diberi judul Spring 2.. Sampai Hati pada hujung tahun 1992. Pada tahun 1997-1998, Acong (Drummer) telah meninggalkan Spring untuk sementara waktu, dan dia digantikan dengan drummer dari Kumpulan Panji iaitu Wan Roszi (Rozzi Panji).

Di sebalik ujian yang melanda mereka, single dari album tersebut iaitu Sampai Hati telah mengubah nasib Spring apabila lagu tersebut menjadi siulan ramai seterusnya mencatatkan jualan yang membanggakan. Selain itu, lagu tersebut juga layak ke pertandingan akhir Pujaan 10 Nescafe dan Anugerah Juara Lagu ke-8 dalam kategori Balada. Ini sekaligus meniupkan semangat anggota Spring dalam menghasilkan karya-karya terbaik buat peminat-peminat mereka yang kemudiannya membawa kepada penghasilan album ketiga Spring, Bourgenvilla pada tahun 1994 yang meletup dengan lagu Bourgenvilla, Butakah Cinta dan Sepi Tanpa Cinta.

Bermula dengan album kompilasi pertama Spring iaitu Pujaan Gemilang yang dikeluarkan pada tahun 1995, mereka telah menerima anggota baharu iaitu Mohamad Riza bin Mahamad Amran atau Empy dari kumpulan Teja sebagai pemain bass tetap Spring. Sejak itu deretan hits seperti Cempaka Di Rembulan, Romantis, Persada Cintaku, Kerana Budi Ku Jatuh Hati dan Pesanan Buat Kekasih kerap diputarkan di stesen-stesen radio tempatan. Kumpulan ini juga turut mempopularkan rakaman menerusi lagu lagu yang bercorak akustik seperti Butakah Cinta, Sejujur Mana Kata-Kata dan Persada Cintaku hingga memberi pengaruh kepada banyak kumpulan pop rock yang seangkatan dengan mereka seperti Exists, Slam, U.K's dan Umbrella. Fenomena itu telah mendorong Spring untuk merakamkan kembali lagu yang memperkenalkan nama mereka iaitu Sejiwa di dalam versi akustik dalam album kompilasi Balada Gemilang. Walaupun pada pertengahan dan penghujung tahun 1990-an banyak kumpulan-kumpulan muzik baru yang muncul di industri muzik Malaysia dengan genre muzik serupa, namun Spring tetap utuh sebagai salah sebuah kumpulan muzik yang popular di Malaysia. Buktinya, Spring kembali mendaki puncak populariti pada penghujung 1990-an menerusi lagu popular mereka iaitu Kita Di Takdirkan Jatuh Cinta, Kerana Budi Ku Jatuh Hati dan Pesanan Buat Kekasih sedangkan beberapa kumpulan seangkatan tidak lagi mampu meraih jualan memberangsangkan.

Isu narkotik, perpecahan & reunionSunting

Kumpulan Spring terutama vokalisnya, Ameng tidak surut dari dikaitkan dengan kontroversi berkaitan penyalahgunaan dadah. Kumpulan ini mengambil keputusan untuk berpecah pada tahun 2004 biarpun jualan album terakhir mereka Hati Mahu Baik disifatkan memberangsangkan. Sejak itu, Ameng meneruskan karier sebagai penyanyi solo.

Selepas 15 tahun mereka tidak beraksi sebagai sebuah kumpulan, akhirnya mereka telah mengadakan mini showcase di mana mereka telah bergabung semula walaupun kekurangan 2 ahli iaitu Iskandar dan Acong kerana tuntutan masa dan kesihatan. Namun begitu, Acong turut hadir memberikan sokongan kepada anggota Spring yang menjayakan persembahan iaitu Ameng, Zahar dan juga Empy. Mini showcase tersebut telah berlangsung pada 9 Mac 2018 di Restoran D'Saji Titiwangsa, Kuala Lumpur.

KeahlianSunting

Spring 1987-1990:

  1. Amat - vokal
  2. Iskandar - gitar utama
  3. Zahar - gitar kedua
  4. Yunus - bass
  5. Acong - dram


Spring 1990-1991:

  1. Ameng - vokal
  2. Iskandar - gitar utama
  3. Zahar - gitar kedua
  4. Yunus - bass
  5. Acong - dram


Spring 1992-1994:

  1. Ameng - vokal
  2. Iskandar - gitar utama
  3. Zahar - gitar Kedua
  4. Acong - dram
  5. Lan - bass*

*Kerap bertukar ganti sebelum kemasukan Empy pada tahun 1995.

Spring 1995-2003:

  1. Ameng - vokal
  2. Iskandar - gitar utama
  3. Zahar - gitar kedua
  4. Empy - bass
  5. Acong - dram


Spring (2019-kini):

  1. Ameng - vokal
  2. Zahar - gitar utama
  3. Empy - bass
  4. Acong - dram

DiskografiSunting

Album studioSunting

Tahun Tajuk Jualan
1991 Spring
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1991
  • Format : Kaset
  • Label : Sony Music
1992 Sampai Hati
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1992
  • Format : Kaset
  • Label : Sony Music
1994 Bourgenvilla
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1994
  • Format : Kaset
  • Label : Sony Music
1995 Jujur
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1995
  • Format : Kaset, CD
  • Label : Sony Music
1996 Spring 5
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1996
  • Format : Kaset, CD
  • Label : Sony Music
1997 Luahan
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1997
  • Format : Kaset, CD
  • Label : Sony Music
1998 Kerana Budi
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1998
  • Format : Kaset, CD
  • Label : Sony Music
2001 Hati Mahu Baik
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 2001
  • Format : Kaset, CD
  • Label : Sony Music

Album HimpunanSunting

Album KompilasiSunting

Kemunculan LainSunting

  • War Rock 1 (1987)
  • War Rock 3 (1989)

SingleSunting

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
1991 "Sejiwa" Spring
"Coretan Terbiar"
1992 "Sampai Hati" Sampai Hati
1993 "Kemarau Kasih"
"Sinar Abadi"
1994 "Butakah Cinta" Bourgenvilla
"Bourgenvilla"
"Wakaf"
"Sepi Tanpa Cinta"
"Tamu Beradu" Pasti Hits
1995 "Cempaka Di Rembulan" Pujaan Gemilang
"Kasih Yang Tak Pasti"
menampilkan Opie
"Sejujur Mana Kata-kata" Jujur
"Jinak Merpati"
"Keadaan Memaksa"
1996 "Jurang Kasih"
"Hampa"
"Romantis" 5
"Persada Cintaku"
"Sesekali Terlupa"
"Nirwana"
"Sejiwa" (Akustik) Balada Gemilang
1997 "Asmara Palsu"
"Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta"
"Dulu dan Sekarang"
"Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta" Luahan
"Luahan"
1998 "Ku Lepaskan Kau Pergi"
"Kerana Budi Ku Jatuh Hati " Kerana Budi
"Utusan Lama"
"Semoga Cinta Kita Bahagia"
1999 "Diam Merindu"
"Pesanan Buat Kekasih" Galeri Gemilang
"Inginku Takluki Hatimu"
"Terangi Kembali" Terus Gemilang
2000 "Menggapai Sinarmu"
2001 "Sambutlah Cintaku" Hati Mahu Baik
"Hati Mahu Baik"
2003 "Teringat Kembali" Kegemilangan Spring

Anugerah dan pencapaianSunting

ANUGERAH JUARA LAGU

  1. 1993 - FINALIS ANUGERAH JUARA LAGU KE 8 / SAMPAI HATI
  2. 1996 - FINALIS ANUGERAH JUARA LAGU KE 11 / ROMANTIS


SEMI FINAL MUZIK-MUZIK

  1. 1994 - BOURGENVILLA
  2. 1998 - KITA DITAKDIRKAN JATUH CINTA
  3. 1999 - PESANAN BUAT KEKASIH


ANUGERAH INDUSTRI MUZIK (AIM)

  1. 1993
    1. MENANG - VIDEO MUZIK TERBAIK (SAMPAI HATI)
    2. TOP 5 (VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK album SAMPAI HATI)
    3. TOP 5 (KULIT ALBUM TERBAIK album SAMPAI HATI)
  2. 1995 - TOP 5 (VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK album BOURGENVILLA)
  3. 1996 - TOP 5 (ALBUM ROCK TERBAIK / JUJUR - SPRING)


ANUGERAH BINTANG POPULAR

  1. 1993 - TOP 5 (PENYANYI BERKUMPULAN POPULAR)
  2. 1994 - MENANG - PENYANYI BERKUMPULAN POPULAR
  3. 1995 - TOP 5 (PENYANYI BERKUMPULAN POPULAR)


ANUGERAH PLATINUM

  1. ALBUM :
    1. BOURGENVILLA (1994)
    2. LUAHAN (1997)
    3. GALERI SPRING (1999)

RujukanSunting

Pautan luarSunting