Sri Chulamanivarman

Sri Chulamanivarman merupakan seorang Maharaja Srivijaya yang memerintah pada penghujung kurun ke-10. Baginda dikenali dalam catatan China dengan nama Se-li-chu-la-wu-ni-fu-ma-tian-hwa.

Biografi sunting

Nama Chulamanivarman pernah muncul dalam satu teks Mahayana karangan Dharmarakshita atau Suvarnadvipi Dharmakīrti, yang disebut sebagai ketua sarjana Buddha di Srivijaya oleh Atisha. Satu kolofon dari karya Dharmarakshita, Abhisamayā-alaṃkāra-nāma-prajñāpāramita-upadeśa-śāstra-vṛtti-durbodhā-āloka-nāma-ṭikā, menyebut:

Ditulis oleh Dharmakīrti atas titah perintah Raja Sri Chulamanivarman, ketika tahun kesepuluh pemerintahan baginda Raja Chulamanivarman di Vijayanagara, Suvarnadvipa.

Dalam versi terjemahan yang lain, perkataan "Raja di Malayagiri di Vijayanagara di Suvarnadvipa" juga ada dinyatakan.[1]

Pada tahun 1003 masihi, Raja Se-li-chu-la-wu-ni-fu-ma-tian-hwa (Sri Chulamanivarmadeva) menghantar dua utusan menghadap Maharaja China bagi menyampaikan ufti; mereka menceritakan yang negara mereka ada membina sebuah kuil Buddha bagi mendoakan kesejahteraan Maharaja dan mereka memohon perkenan Maharaja China untuk memberikan nama dan loceng untuk kuil tersebut. Satu titah perintah telah dikeluarkan dengan kuil itu mendapat nama Cheng tien wan shou yang bermaksud "kurniaan 10,000 tahun dari Syurga" dan loceng ditempa untuk dihadiahkan kepada utusan tersebut.[2][3]

Sekitar tahun 1005 masihi, Maharaja Sri Chulamanivarman yang dirujuk dalam inskripsi-inskripsi India sebagai "Raja Kataha dan Srivijaya" telah mengarahkan pembinaan sebuah kuil Buddha di Nagapattinam, selatan India yang dinamakan bersempena namanya iaitu Chulamanivarmavihara ("biara Chulamanivarman"). Rajaraja Chola I menghadiahkan harta yang banyak dari sebuah kampung kepada kuil ini, menunjukan adanya hubungan diplomatik di antara Srivijaya dengan Wangsa Chola pada waktu itu.[2][4]

Rujukan sunting

  1. ^ Alaka Chattopadhyaya & Lama Chimpa (1999). Atīśa and Tibet: life and works of Dīpaṃkara Śrījñāna in relation to the history and religion of Tibet : with Tibetan sources. Motilal Banarsidass Publications. m/s. 88. 978-8120809284.
  2. ^ a b Coedes, George (1996). The Indianized States of Southeast Asia. University of Hawaii Press. m/s. pages 141-143. ISBN 978-0824803681. |pages= has extra text (bantuan)
  3. ^ Sabrizain - Buddhist Empires]
  4. ^ Majumdar, R.C., Note on Šailendra kings mentioned in Leiden Plates, EL, XXII, pp. 281-4.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.