Sri Diraja Sultan Ahmad Shah Pahang

Darjah Kebesaran Peringkat Pertama, Sri Diraja Sultan Ahmad Shah Pahang[1] yang membawa gelaran Dato’ Sri Diraja adalah dicadangkan bagi kurniaan sebagai satu kehormatan yang istimewa terutamanya kepada mereka yang telah memberikan perkhidmatan terpuji dan cemerlang kepada Raja Pemerintah, Negeri Pahang Darul Makmur dan rakyat keseluruhannya. Pengurniaan ini biasanya diberikan kepada Pegawai Kerajaan Kumpulan Turus atau yang setaraf dengannya dalam Perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Penguasa-Penguasa Tempatan atau kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layak menerimanya.

Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia
Dianugerahkan oleh Flag of Pahang.svg Sultan Pahang
JenisPerintah
StatusMasih lagi dikurniakan
SultanAl-Sultan Abdullah
GredSri Diraja Sultan Ahmad Shah Pahang
Singkatan darjahSDSA
Perangkaan
Pelantikan pertama2010
Susunan keutamaan
Lebih tinggiDarjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati II
Lebih rendahSri Sultan Ahmad Shah Pahang
MY-PAH Grand Royal Order of Sultan Ahmad Shah of Pahang - SDSA.svg
Reben darjah kebesaran
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini

Kalung Darjah Kebesaran ini hendaklah mengandungi empat keping emas dengan ukiran bintang pecah enam, lapan keping emas dengan ukiran bintang pecah sepuluh, dua keping kerawang pin bahu emas, sekeping kerawang kepala depan rantai emas dan sekeping kerawang kepala belakang rantai emas dan dicantumkan dengan rantai perak. Di muka bagi tiap-tiap kepingan emas ini terletak sama ada ukiran Lambang Kebesaran Negeri Pahang, perkataan “Dilindungi Allah” dalam tulisan Jawi, daun kopi dan bintang berbucu sepuluh.

Bintang Darjah Kebesaran ini adalah berupa bintang yang diperbuat daripada emas 24 karat dengan enamel berwarna hitam dan putih. Bintang Darjah Kebesaran ini berupa bintang yang berbucu lima dan mempunyai kerawang bunga kopi. Di tengah-tengah Bintang ini terletak Lambang Kebesaran Negeri Pahang.

Lencana hendaklah berupa ukiran bintang lima bucu diperbuat daripada emas dan di mukanya terletak ukiran diperbuat daripada emas, wajah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Shah.

Riband atau Selepang Darjah Kebesaran ini hendaklah selepang panajang sutera selebar 31/2 inci berwarna kuning bertepikan jaluran warna hitam dan putih dengan tiga jaluran hitam dan putih di tengah-tengahnya.

Cara memakaiSunting

Apabila memakai Kalung, Lencana hendaklah digantungkan kepada kalung itu dengan digayutkan kepada satu daripada empat keping emas yang mengandungi Lambang Kebesaran Negeri Pahang. Bintang hendaklah dipakai di bawah dada sebelah kiri di sebelah luar pakaian. Riband atau Selepang hendaklah dipakai dengan diselepangkan ke atas bahu kanan ke pinggang kiri. Apabila kalung tidak dipakai bersama, bagi ahli lelaki, lencana hendaklah digantungkan ke leher dengan memakai sehelai riband kecil lebarnya 2 inci yang berwarna serupa dengan riband atau selepang. Bagi ahli perempuan pula riband kecil itu hendaklah berbentuk pita (bow riband) dan dari mana digayutkan lencana dan hendaklah dipakai di dada sebelah kiri atas pada Bintang Darjah Kebesaran.

Penerima terkenalSunting

RujukanSunting