Sri Indravarman ialah seorang Maharaja Srivijaya yang namanya dikenali dalam catatan China sebagai Shih-li-t-'o-pa-mo. Kewujudan Maharaja Sri Indravarman diketahui berdasarkan sepucuk surat yang diutus kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz dari Bani Umayyah pada tahun 718. Dalam surat tersebut, dinyatakan tentang pengirimnya iaitu seorang Maharaja yang memiliki ribuan gajah, hasil rempah, wangian, dan kapur barus, dengan kotanya dilalui oleh dua batang sungai yang juga mengairi tanah pertanian, dan mengirim satu hadiah untuk Khalifah dan memohon dikirim seorang ulama untuk menceritakan agama Islam. Kemungkinan khalifah Umar bin Abdul-Aziz juga memberikan hadiah untuk utusan Sriwijaya dan mereka kembali dengan membawa hadiah Zanji (hamba sahaya wanita berkulit hitam).

Catatan China pula ada menyebut tentang Raja Shih-li-fo-shih (Srivijaya) bernama Shih-li-t-'o-pa-mo yang mengirimkan hadiah kepada Maharaja China berupa ts'engchi (bermaksud sama dengan Zanji dalam bahasa Arab).[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Azra, Azyumardi (2006). Islam in the Indonesian world: an account of institutional formation. Mizan Pustaka. ISBN 979-433-430-8.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.