Sri Jayanaga

Dapunta Hyang Sri Jayanaga merupakan Maharaja Sriwijaya yang pertama yang mendirikan empayar tersebut. Nama asal Sri Jayanaga ialah Phabhasadharma.

Asal usulSunting

Pada abad ke-7, Raja Tanah Merah

SejarahSunting

Pada 673 M, Sri Jayanaga telah memakai gelaran Sri Maharaja Sri Wijaya atau Dapunta Hyang. Baginda telah berjaya menakluk Segenting Kra, Dvaravati (Thailand-Kemboja-Laos) dan Arimadana (Myanmar).

Pada 683 M (605 saka), baginda telah menakluk Sumatera Selatan melalui Kedah dan ada tercatat di dalam Batu Bersurat Kedukan Bukit. Terdapat padanya bahawa baginda telah menyerang kawasan Palembang dengan 20,000 tentera. Dari Palembang, baginda menyerang Malayu yang terletak di Jambi dan menguasai seluruh Sumatera.

Setelah berjaya menakluk Malayu, Sri Maharaja Sri Wijaya telah menghantar berpuluh-puluh utusan kepada semua negara yang terdapat di Kepulauan dengan memberi kata dua iaitu bayar ufti atau perang. Semua negara telah tunduk tanpa perang kecuali Kalingga yang terletak di Bumi Jawa iaitu Jawa Timur dan Jawa Tengah.

Batu Bersurat Kota Kapur di Pulau Bangka bertarikh 686 M ialah amaran kepada penduduk supaya jangan menderhaka ketika baginda menyerang Bumi Jawa dan prasasti ini ditulis semasa serangan pertama Sriwijaya ke atas Kalingga. Pada serangan kali ketiga ke atas Kalingga, Maharaja Sri Wijaya telah gugur dalam perang yang berlaku di Muka Selat Madura pada 692 M. Dalam peperangan ini, angkatan tentera Kalingga telah dapat ditewaskan, namun angkatan Sriwijaya tetap pulang ke Sumatera kerana kemangkatan Maharaja Sri Wijaya.

KeluargaSunting

Maharaja Sri Wijaya ini sering ditemani dua orang tokoh besar iaitu permaisuri baginda, Dewi Jayanaga bergelar Puteri Saadong I dan adinda baginda, Shakyakirti yang juga penasihat kerohanian baginda. Beliau mempunyai beberapa gelaran seperti Kasawsiddhi dan Awang Selamat. Shakyakirti tidak turut serta dalam Perang Muka Selat Madura kerana beliau telah pulang ke Valai Penjuru dan terus ke Khemra Hilir untuk mematahkan pemberontakan yang berlaku.

Baginda mempunyai dua orang putera iaitu;

  1. Sri Dwipantra
  2. Sri Dhiraja

PrasastiSunting

RujukanSunting

  1. ^ Elfriede Hermann, Karin Klenke, Michael Dickhardt (2009). Form, Macht, Differenz : Motive und Felder ethnologischen Forschens. Universitätsverlag Göttingen. m/s. 254-255. ISBN 978-3-940344-80-9.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ Casparis, J.C., (1956), Prasasti Indonesia II: Selected Inscriptions from the 7th to the 9th century A.D., Vol. II. Bandung: Masa Baru.
  3. ^ Muljana, Slamet (2006). F.W. Stapel (penyunting). Sriwijaya. PT. LKiS Pelangi Aksara. ISBN 978-979-8451-62-1.

4. Peristiwa Raja-Raja Kelantan dan Peristiwa-Peristiwa Penting