Sri Menanti atau Kampung Sri Menanti atau Seri Menanti adalah sebuah kampung dan pekan di Sungai Balang, Muar, Johor, Malaysia.

Etimologi

Asal usul nama Sri Menanti

Dalam tahun 1912 apabila kerajaan hendak merasmikan kampung ini dengan melantik seorang penghulu dan memberi satu nama yang sesuai untuknya, suatu pergaduhan telah berlaku di antara dua tokoh di situ kerana masing-masing mendakwa bahawa dirinya yang layak dan berhak dipilih menjadi Penghulu. Tokoh-tokoh yang terlibat dalam pertikaian ini ialah Penghulu Saleh, peneroka kampung sebelah pantai dan seorang lagi bernama Penghulu Johar, peneroka kampung sebelah darat.

Persengketaan ini telah berlarutan bertahun-tahun lamanya hingga timbul keraguan orang ramai kemungkinan perkara ini tidak dapat diselesaikan. Pada akhirnya Pesuruhjaya Kerajaan Muar meminta pendapat seorang alim ulamak terkenal iaitu Hj. Abu Bakar bin Haji Hassan tentang bagaimana hendak menyelesaikan kemelut ini. Maka Hj. Abu Bakar telah memberi pandangan seperti berikut :

  • Kampung baru ini hendaklah diberi satu nama yang sesuai dan dapat diterima oleh kedua pihak yang betelingkah.
  • Hendaklah kedua-dua tokoh yang bertelingkah itu dilantik menjadi penghulu di kawasan masing-masing untuk menghargai jasa masing-masing membuka kawasannya.
  • Setelah salah seorang daripadanya meninggal dunia, kawasan pantai dan kawasan darat hendaklah dicantumkan menjadi satu kawasan yang dikenali dengan nama baru dan diletakkan di bawah pengawasan penghulu yang masih hidup.
  • Kedua-dua kawasan tersebut hendaklah mempunyai sebuah masjid sahaja.
  • Kedua-dua pihak hendaklah bersungguh-sungguh berusaha untuk memulihkan hubungan silaturrahim yang terjejas.

Dengan syarat-syarat di atas itu maka Pesuruhjaya Kerajaan Muar telah memilih nama SERI MENANTI kerana penantian yang begitu lama dalam menyelesaikan konflik di antara kedua-dua tokoh tempatan tersebut.[1]

Sejarah mukim Sri Menanti

Mengikut catatan, mukim ini asalnya berdasarkan tiga mukim:

  • 1. Mukim Sri Menanti:

Kira-kira tahun 1911, Penghulu Salleh dari Pulau Penarek telah membuka suatu kawasan di tepi pantai, diikuti oleh Penghulu Johar dari Parit Jamil membuka kawasan di sebelah Daratnya. Pada tahun 1912, apabila Kerajaan hendak merasmikan kampong tersebut dengan memberikan suatu nama kampong yang sesuai serta melantik seorang penghulu, suatu pergaduhan telah berlaku antara Penghulu Salleh dan Penghulu Johar. Masing-masing mendakwa adalah layak dan berhak untuk menjadi "Penghulu" di kawasan tepi pantai dan sebelah Darat yang mereka telah buka. Persengketaan kedua-dua mereka telah berlarutan bertahun-tahun lamanya sehingga timbul keraguan orang-orang kampung tentang kemungkinan persengketaan itu tidak dapat diselesaikan lagi. Akhirnya Dato' Abdullah bin Jaafar, Pesuruhjaya Kerajaan Muar, telah meminta buah fikiran daripada Haji Abu Bakar bin Haji Hassan, Kadhi Daerah Muar, untuk menyelesaikan kebuntuan yang telah berlaku. Beliau telah memberikan pendapat dan pendapat tersebut telah dijadikan syarat kepada kampung yang belum bernama itu sebagaimana berikut:

    • (i) Kampong baharu itu hendaklah diberi suatu nama yang sesuai dan dapat diterima oleh kedua-dua pihak yang bersengketa;
    • (ii) Kedua-dua mereka hendaklah dilantik sebagai penghulu di kawasan masing-masing untuk menghargai jasa mereka membuka kawasannya;
    • (iii) Setelah salah seorang daripada mereka meninggal dunia, kawasan Pantai dan kawasan Darat hendaklah dicantumkan menjadi satu kawasan dikenali dengan nama barunya diletakkan di bawah pengawasan penghulu yang masih hidup;
    • (iv) Kedua-dua kawasan hendaklah mempunyai sebuah sahaja masjidnya;
    • (v) Kedua-dua pihak hendaklah bersungguh-sungguh berusaha memulihkan semula hubungan silaturrahim yang telah terjejas.

Dengan termetrinya syarat-syarat tersebut, Pesuruhjaya Kerajaan Muar telah memilih nama "SERI MENANTI" berdasarkan kepada Raja Melewar di Negeri Sembilan yang memberikan nama Seri Menanti sebagai sebuah pusat pentadbiran kerana tempat itu sama baik hasil padinya dengan tempat yang ditinggalkan oleh baginda di Minangkabau. Bagi kampong Seri Menanti, "Seri" bermaksud tiada siapa yang diakui sebagai menang dan tiada siapa yang dianggap kalah di dalam pertikaian manakala "Menanti" bermaksud penantian nama kampung oleh penduduk yang tidak kunjung tiba dan sentiasa dinanti-nantikan. Pada tanggal 29.9.1911, Penghulu Haji Johar telah mendapat "TAULIAH" daripada DYMM Sultan Johor sebagai "Penghulu Mukim Seri Menanti" bersama-sama dengan Naib Penghulu Bodot bin Haji Ahmad bagi Mukim Parit Pechah dan Penghulu Haji Hassan bin Haji Taib bagi Mukim Parit Jamil.

Nota: Agak janggal penempatan penduduk jawa mengambil nama sempena tempat di sumatera barat, adalah lebih relevan dikaji maksud seri menanti itu sendiri kerana dalam bahasa jawa sri manganti membawa makna raja (sri) menunggu (manganti). Adalah lebih baik mengkaji dari perspektif makna nama daripada mengaitkannya terus dengan tempat lain. Mungkin lebih banyak perkara dapat diuraikan berkaitan nama berkenaan. Kajian boleh dimulai ke atas pembuka asal mukim tersebut yang berasal dai jawa yang hanya dikenali sebagai penghulu Taib.

  • 2. Mukim Parit Pechah:

Adalah dipercayai kampung ini telah berpenghuni kira-kira penghujung abad ke-19 tetapi tidak mempunyai namanya. Namun nama Parit Pechah yang diabadikan adalah bermaksud pecahan dua puak yang mendiami kampung itu. Dipercayai lagi bahawa di peringkat permulaan masyarakat di situ terdapat dua puak yang datang dari Kampung Haji Abu bin Abdul Rahman, Bandar Maharani dan satu puak lagi ialah orang-orang atau pengikut Daing Kelewang yang berasal dari Singapura (1904). (Banyak cerita-cerita dongeng lain yang tidak mungkin boleh disejarahkan, antaranya mengambil sempena piring pecah, botol pecah dan sebagainya). Pada 29.09.1911, Bodot bin Haji Ahmad telah mendapat "TAULIAH" daripada DYMM Sultan Johor bergelar "Naib Penghulu Mukim Parit Pechah". Kawasan mukim meliputi dari kawasan sebelah laut hingga ke daratnya lebih kurang 8 km panjang. Namun kampung tersebut telah didaftarkan dalam 'Daftar Orangkaya-Orangkaya, Penghulu-Penghulu dan Naib-Naib Bagi Daerah Muar' pada tahun 1917 yang menyebut kali pertama telah didengar nama Mukim Parit Pechah dan Naib Penghulunya iaitu Bodot bin Haji Ahmad telah disebut dengan secara rasminya.

  • 3. Mukim Parit Jamil:

Kira-kira penghujung abad ke-19 dibuka oleh Haji Taib yang berasal dari tanah Jawa yang berkeluarga dengan Penghulu Haji Abdul Jabar, Penghulu Kampung Parit Jawa (Pembantu Penghulu kepada Penghulu Kampung Parit Jawa) telah meneroka kawasan baru yang berhampiran setelah diberikan galakan oleh rakan-rakannya. Haji Taib mempunyai kepimpinan dan bakat yang baik untuk menjadi ketua masyarakat. Beliau telah menjadikan penempatan baru itu sebuah perkampungan tersusun molek di tepi landasan keretapi.yang kini sudah menjadi jalan raya: (menurut Akhbar Straits Times, Singapura bertarikh 21.10.1893 mengatakan “bahawa jalan keretapi Muar yang dibina pada tahun 1890 telah sampai di Kampung Parit Jamil, 18 km dari Bandar Maharani dan akan diteruskan pembinaannya hingga ke Batu Pahat”) dengan kemudahan seperti sekolah, masjid, tanah perkuburan dan rumah penghulu berdekatan antara satu sama lain. Kemolekan dan keelokan di dalam Bahasa Arab disebut “Jamiil” yang akhirnya kampong itu dinamakan dengan Parit Jamil. Namun bukti tepat tidak dapat dicari, walau bagaimanapun maksud “jamil” ialah “molek” dan “tersusun” adalah memberikan jawapannya. Di suatu ketika kawasan pengendalian Kampung Parit Jamil adalah meliputi sepanjang Kampong Parit Jamil hinggalah ke Kampong Parit Jamil Darat. Setelah Haji Taib meninggal dunia anaknya Haji Hassan telah menjadi ketua di kampong itu. Beliau telah mendapat "TAULIAH" daripada DYMM Sultan Johor pada 29.9.1917 bergelar "Penghulu Mukim Parit Jamil". Kawasannya meliputi hingga hujung Parit Jamil Ulu (Di sebelah Surau Sungai Resik Darat - di hujung parit ).

Selepas Perang Dunia Ke-2, ketiga-tiga mukim itu: Mukim Seri Menanti, Mukim Parit Pechah dan Mukim Parit Jamil, telah diletakkan di dalam satu pentadbiran mukim "MUKIM SRI MENANTI", mengambil nama kampong Seri Menanti yang diberi nama oleh Pesuruhjaya Kerajaan Muar (Mukim Seri Menanti disebut "Kampong Seri Menanti", Mukim Parit Pechah disebut Kampong Parit Pechah" dan Mukim Parit Jamil disebut "Kampong Parit Jamil").

Mukim ini ditadbirkan oleh seorang Penghulu Mukim (kakitangan Kerajaan) dengan dibantu oleh beberapa orang Ketua Kampung yang bertanggungjawab kepada kampung masing-masing. Keluasan kawasan mukim ialah 17,831 ekar @ 8,704 hektar.[2]

Maklumat asas

  • 1. MUKIM / DAERAH: SRI MENANTI / MUAR[3]
  • 2. Keluasan Mukim : 17,831 EKAR @ 8,704 HEKTAR
  • 3. Penduduk : 10475 orang (Melayu - 9050 orang, Cina - 1425 orang, India - Tiada |Pekerja Asing - +-2000 orang)

Statistik Mukim Seri Menanti Pejabat Daerah Muar[4] Keluasan Mukim - 8,965.02 hektar Melayu - 9,171 orang Cina - 1,424 orang India - 0 Lain-lain - 3 orang

  • 4. Jumlah Sekolah:
    • SEKOLAH KERAJAAN PERSEKUTUAN – 7 BUAH
      • (1). SEK. MEN. SERI MENANTI
      • (2). SEK. KEB. SERI JAMIL
      • (3). SEK. KEB. SIMPANG 4
      • (4). SEK. KEB. PARIT PECHAH
      • (5). SEK. KEB. PARIT BULAT
      • (6). SEK. KEB. SERI MENANTI
      • (7). SEK. KEB. PARIT NAWI
    • SEKOLAH AGAMA KERAJAAN NEGERI – 6 BUAH
      • (1). SEK. AGAMA PARIT JAMIL
      • (2). SEK. AGAMA PARIT JAMIL DARAT (menumpang di SK Simpang 4 Pt Jamil)
      • (3). SEK. AGAMA PARIT PECHAH
      • (4). SEK. AGAMA PARIT BULAT (menumpang di SK Parit Bulat)
      • (5). SEK. AGAMA SERI MENANTI
      • (6). SEK. AGAMA PARIT NAWI
    • 5. Rumah Ibadat:
      • 1. Masjid - 12 buah
      • 2. Surau - 23 buah
      • 3. Tokong/Rumah Berhala: 4 buah
        • (1). TOKONG CINA PARIT KEDONDONG - (Persatuan Penganut DEWA MI LE ZUN FO DIAN, Parit Kedondong, Parit Jawa, Muar, Johor di Lot 2551, Bt. 2 1/2, Parit Kedondong, 84160 Parit Jawa, Muar, Johor. Perakuan Pendaftaran: PPM/JHR. 2494/03(2), PPP/JHR. 256/03. No. Pendaftaran 1202-04-10. Ditandatangani oleh Hj. Kaswuri bin Keman, Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 05 Julai 2004 ).
        • (2). TOKONG CINA SERI MENANTI - (Pertubuhan Penganut HOCK HENG KENG, di Kampung Seri Menanti, Muar, Johor. Perakuan Pendaftaran: PPM/J. 1335/92 (4), PPP/J. 237/92. No. Pendaftaran 2704/93 (JOHOR). Ditandatangani oleh Zakiah bt. Hashim, Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 2 Jun 1993 ).
        • (3). TOKONG CINA SERI MENANTI LAUT - (Persatuan Penganut Ajaran Buddha CHI HUNG TUNG MUAR JOHOR. Perakuan Pendaftaran: PPM/J 450/00(4), PPP/J 54/00, di Lot 3035, dekat Tiang TNB No. 35, Jalan Laut, Sri Menanti, Parit Jawa, 84160 Muar, Johor. No. Pendaftaran 621. Ditandatangani oleh Mohiyaddin b. Che' Jan, Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 13 Mac 2001 ).
        • (4). TOKONG CINA PARIT NIPAH - (GUAN SHI YIN PU SA, di No. MPB 265, Kg. Parit Nipah, 84150 Parit Jawa, Muar. No. Pendaftaran 0996-04-10 pada 27 Mei 2004 ).
      • 4. Kuil: Tiada
      • 5. Gereja : Tiada
      • 6. Gudwara Sikh: Tiada

Pentadbiran

MUKIM SRI MENANTI

      • Penghulu - Nama :Bohari Bin Mohammad[5]
      • Jawatan :Penolong Pegawai Tadbir (Penghulu)-N27
      • Alamat :Kompleks Penghulu Mukim Sri Menanti, 84000 Sri Menanti, Muar, Johor
      • Tarikh Berkhidmat :01 Februari 2001
      • Parlimen / ADUN :Muar(Dato Razali Ibrahim) / Sg Balang(Dato Robia Dato Hj Kosai)
      • Email/Website :http://mukimsrimenanti.blogspot.com/2009/10/maklumat-asas.html
      • Tel :019-3781353
  • KAMPUNG INDUK Kampung Parit Tengah

Ketua Kampung : Mohamad Noor Bin Rahmat KM 16,TL 9 Kg Parit Tengah, Mukim Sri Menanti, 84150 Parit Jawa, Muar, Johor

    • Parit Tengah
    • Parit Kangkong
    • Parit Nipah
  • KAMPUNG INDUK Kampung Parit Nawi

Ketua Kampung : Hj Md Yusop Bin Hj Sidek Pos 66, Kg Parit Nawi 84160 Parit Jawa, Muar, Johor

    • Parit Nawi
    • Parit Pali
    • Parit Aman
    • Parit Salleh
  • KAMPUNG INDUK Kampung Parit Penyengat

Ketua Kampung : Md Yusof Bin Hayun TL 84, Parit Penyengat Darat, 84160 Parit Jawa Muar, Johor

    • Parit Penyengat
    • Parit Tunggul

Ketua Kampung : Haji Reduan Bin Samin PPL 8, Parit Pechah Laut, Mukim Sri Menanti, 84150 Parit Jawa, Muar, Johor

    • Kg Parit Kedondong
    • Kg Parit Pechah
    • Kg Parit Pandan Sali
  • KAMPUNG INDUK Kampung Parit Bulat

Ketua Kampung : Kadiran Bin Md.Sharif Kg Parit Bulat, 84160 Sri Menanti, Muar, Johor

    • Kg Parit Bulat
    • Kg Parit Lintang
    • Kg Prt Salleh
    • Sg Gersik
    • Kg Jalan Bukit Mor
    • Kg Ulu Sungai Gersik
  • KAMPUNG INDUK Kampung Sri Menanti 6

Ketua Kampung : Hj Ibrahim Bin Ahmad MBP 464,Kg Sri Menanti, 84160 Sri Menanti, Muar, Johor

    • Kg Sungai Pulai
    • Kg Parit Isnin
    • Sri Menanti Pekan
    • Sri Menanti Laut
    • Kg Prt Baba Hitam
    • Parit Rabu
  • KAMPUNG INDUK Kampung Sri Menanti 7

Ketua Kampung : Abd Malik Bin Siman TK 127,Kg Seri Menanti Darat, Mukim Sri Menanti, 84160 Parit Jawa, Muar, Johor

    • Kg Seri Menanti Darat 7
    • Seri Menanti Parit Lintang
    • Parit Serong
  • KAMPUNG INDUK Kampung Parit Salman

Ketua Kampung : Hj Yusof Bin Kasron Parit Salman, Mukim Sri Menanti, 84160 Muar, Johor

    • Parit Salman
    • Paya Lebar
    • Parit Shafee
    • Parit Ibrahim
    • Parit Karjani
    • Parit Ulu Jamil
  • KAMPUNG INDUK Kampung Sri Bulatan Setia

Ketua Kampung : Yatimin Bin Yatiman TL P5D 107 Parit No 10, Jalan Yusuf, Mukim Sri Menanti, 83600 Muar, Johor

    • Kg. Sri Bulatan Setia
    • Kg. Parit Bali
    • Kg. Parit Sri Dalam
    • Kg. Parit No. 1 – No. 10

Ketua Kampung : Hj. Othman bin Maskor 35 Simpang 4, Parit Jamil, Mukim Sri Menanti, 84160 Muar, Johor

    • Parit Jamil

Tarikan tempatan

Rumah ini yang terletak di Km 19 Parit Pechah Muar yang sememangnya rekabentuk rumah ini amat unik. Rumah ini sering dilawati pelancong kerana keunikannya dibina dari kayu Berlian tanpa menggunakan sebatang paku pun.

Rumah ini telah dibina kira-kira 100 tahun yang lalu oleh Tahir bin Daeng Mustapha. Beliau dikatakan dari keturunan Raja Bugis. Rumah ini dikenali sebagai 'Saroja' atau 'Balla Lompo' ataupun 'Bollo Lopo'. Dalam bahasa Bugis, 'Bolla' bererti rumah dan 'Lopo' bererti besar. Kesemua kayu yang digunakan untuk membuat rumah ini didatangkan khas dari Kalimantan Indonesia. Kayu Berlian ini dikatakan semakin baik apabila terjemur. Semakin panas semakin kuat!

Dalam rumah adat Bugis ini terdapat beberapa ruang. Di bahagian hadapan rumah ini terdapat satu ruang dipanggil 'Tamping' yang digunakan untuk menyambut tetamu. Di dalam ruang ibu rumah, terdapat satu set meja makan yang usianya sezaman dengan rumah ini. Ukiran-ukiran pada pintu dan tingkap masih asli dan terpelihara. Semua ukiran ini dibuat dengan tangan. Pada bahagian belakang terdapat ruang tengah rumah dan ruang "Kelek Anak". Ruang tengah rumah adalah untuk kegunaan penghuni rumah. Selain itu terdapat sebuah loteng di ruang tengah ini. Pada zaman dulu, apabila seorang gadis telah bertunang, si gadis dikehendaki tinggal di loteng hinggalah hari pernikahan. Makan minum, mandi dan sebagainya dihantarkan ke loteng ini. Di atas loteng ini terdapat banyak barang-barang lama yang disimpan sejak zaman datuk dan nenek penghuni.

Di puncak bumbung rumah ini terdapat sebatang kayu yang dipanggil "tunjuk langit". Sementara di bahagian tepi sudut kaki bumbung ada bentuk ukiran kayu dipanggil "Salu Bayang". Ukiran ini melambangkan gambaran seekor ular atau naga yang kononnya menjadi penunggu rumah ini. Kesemua ukiran yang indah-indah pada dinding rumah, tingkap, pintu dinding bilik dan juga sekeliling bumbung adalah ukiran tangan seorang tukang ukir yang mahir di datangkan dari Sulawesi.[6]

Rujukan

Pautan luar