Srivilailaksana

Puteri Thailand

Srivilailaksana, Puteri Suphanburi (Bahasa Thai: ศรีวิไลยลักษณ์; rtgs Siwilailak; 24 julai 1868 - 26 Oktober 1904), ialah seorang puteri Siam (kemudian Thailand). Seorang ahli keluarga diraja Siam, beliau ialah anak perempuan Chulalongkorn, Raja Rama V dari Siam, lahir ketika ayahandanya bakal raja. Ayahandanya menaruh kepercayaan besar kepadanya dan disebut sebagai "Puteri kesayangan beta yang paling dipercayai".

Srivalailaksana
Puteri Siam
Puteri Suphanburi
Srivilailaksana.jpg
Nama penuhSrivilailaksana Sundornsakdi Galyavadi
Keputeraan(1868-07-24)24 Julai 1868
Tempat keputeraanIstana Besar
Bangkok, Thailand
Mangkat26 Oktober 1904(1904-10-26) (umur 36)
Tempat mangkatBangkok, Thailand
AyahandaChulalongkorn
BondaPae Bunnag

Srivilailaksana ialah salah seorang naib presiden daripada Persatuan Unalom Merah (kemudian Persatuan Palang Merah Thai) dengan puteri lain.

Beliau menerima gelaran diraja Krom tahap 4 Krom Khun Suphan Bhakavadi (maksudnya Puteri Suphanburi; Bahasa Thai: กรมขุนสุพรรณภาควดี). Beliau mangkat setahun selepas menerima gelaran diraja. Pembakaran mayat diraja telah diadakan di kuil Nivetthammapravat, dalam padang istana diraja Bang Pa-In.

KelahiranSunting

Puteri Srivilailak merupakan anak sulung Raja Chulalongkorn (Rama V) Agung dari Siam dan Chao Chom Manda Pae Bunnag (kemudian dinaikkan menjadi seorang Puan Besar (Chao Khun Phra) Prayuravongse), anak perempuan Tuan Besar (Chao Phraya) Suravongs Vaiyavadhana (anak Somdet Chao Phraya Borom Maha Si Suriyawongse). Beliau mempunyai dua adik perempuan;

Beliau dilahirkan ketika bapanya memegang gelaran pewaris takhta Siam; iaitu Putera Chulalongkorn, Putera Pinit Prajanadh dan ibunya ialah Mom Pae. Beliau dilahirkan di luar istana besar, kerana mengikut tradisi kuno: Ibunya tidak dibenarkan untuk melahirkan anak di dalam istana sehingga putera (suaminya itu) menaiki takhta. Keistimewaan lahir di istana besar dikhaskan untuk anak-anak Raja. Putera Chulalongkorn disediakan rumah taman Nanda Utayan berhampiran istana besar untuk Mom Pae tinggal.

Apabila Mom Pae tujuh bulan mengandung, beliau melahirkan secara pramatang. Ketika anaknya itu masih dalam perut, jadi doktor difahamkan bahawa anak raja itu meninggal dunia. Jadi doktor meletakkan perut di dalam periuk pepejal, tenggelamkannya di dalam sungai mengikut tradisi purba. Tetapi sebelum tenggelam, bapa Mom Pae, Phraya Suravongs Vaiyavadhana ingin tahu bayi itu putera atau puteri. Jadi dia membelah perut, dan menghairankan bayi itu masih bernafas, dan bayi itu ialah puteri. Jadi mereka telah membantu menjaga puteri dengan baik. Kemudian ibu dan puteri berpindah ke Suan Kularb House, di kawasan istana besar.

Selepas dilahirkan, beliau telah memegang gelaran Mom Chao. Ketika ayahandanya menaiki takhta Siam daripada nendanya, Raja Mongkut (Rama IV), beliau telah dinaikkan gelarannya menjadi puteri dengan gaya Duli Maha Mulia. Beliau telah diberikan nama penuh oleh bapanya sebagai Srivilailaksana Sundornsakdi Galyavadi (Bahasa Thai: ศรีวิไลยลักษณ์ สุนทรศักดิกัลยาวดี). Ibunya, Mom Pae, telah dinaikkan kepada Chao Chom Manda.

Tanggungjawab DirajaSunting

Dia menjaga adik-beradik tiriny, terutama puteri muda yang menghampiri alam dewasa. Dalam tradisi istana, puteri muda ini terpaksa dijaga dengan lebih berhati-hati.

Untuk tugas-tugas diraja, beliau ialah salah seorang Naib Presiden Eksekutif daripada Persatuan Unalom Merah, organisasi utama kemanusiaan (kemudian Persatuan Palang Merah Thai), yang diasaskan oleh Permaisuri Savang Vadhana sebagai ibu penaung. Permaisuri Saovabha Phongsri telah dilantik presiden pertama, dan Thanpuying Plien Phasakoravongs bertindak sebagai setiausaha persatuan. Beliau bekerja sebagai eksekutif naib presiden dengan puteri lain;

Gelaran Diraja BerprestijSunting

Pada 10 Januari 1903, sempena ulang tahun ke-35 Raja Chulalongkorn menaiki takhta, beliau telah diberi gelaran diraja Krom Krom Khun Suphan Bhakvadi (maksudnya Puteri Suphanburi). Memandangkan beliau ialah puteri kesayangan yang paling dipercayai, beliau telah diberikan Krom tahap ke-4, Krom Khun, bukan Krom Muen yang biasanya diberikan kepada anak-anak raja.

Ketika mengumumkan penghormatan, Raja berkata Puteri kesayangan beta yang paling dipercayai. Tambahan pula, ia adalah satu fakta yang diketahui bahawa beliau terus teguh kesetiaan beliau kepada Raja hinggakan Baginda menikmati rahmat dan kemuliaan. Memandangkan beliau dikasihi oleh adik beradik tiri yang lebih muda, mereka telah membantu membuatkan untuk beliau seutas kalung berlian, dan memberikannya kepada beliau pada majlis khas beliau menerima gelaran diraja.

Terdapat sambutan yang besar di sekitar bandar, bersama-sama dengan pameran tentang hidupnya dan tugas Diraja Puteri Srivilailaksana. Satu pertandingan tentang keluarga diraja telah diadakan di sekolah-sekolah di sekitar bandar.

KematianSunting

Puteri Srivilailaksana mengalami penyakit teruk dan mangkat pada 26 Oktober 1904, pada usia hanya 36. Semasa jasadnya diberi penghormatan negara di astaka Aisawan Dhiphya-Asana, di perkarangan istana Bang Pa-In, Wilayah Ayutthaya dengan rakyat berkabung membanjiri untuk memberi penghormatan terakhir mereka. Dalam upacara pengebumian beliau, saudara tirinya, Puteri Chandra Saradavara, Puteri Phichit menderita sakit dan meninggal dunia pada 21 Februari 1905, semasa dalam perjalanan untuk memberi penghormatan kepada beliau di istana Bang Pa-In. Menurut novel Empat Pemerintahan, "Gerakkan jasad seorang anak perempuan diraja itu ke mari, dan gerakkan jasad anak raja satu lagi ke sana" ...

PengebumianSunting

Selepas beliau mangkat di kediamannya di kawasan istana besar. Raja Chulalongkorn memerintahkan untuk pegawai, meletakkan jasadnya di dalam Dewan Takhta Sutthai Sawan Prasat, di perkarangan Istana Besar. Hingga 14 Februari 1905, mayatnya berpindah ke istana Bang Pa-In dengan bergerak dari Sutthai Sawan Prasat, melalui Pintu Sakdichaiyasit, terus ke stesen kereta api Samsen. Dan kemudian, kereta api bergerak melalui wilayah Ayutthaya, di mana Raja Chulalongkorn berada di sana satu hari sebelum jasad puteri sampai Ayutthaya.

Jasadnya diletakkan di tempat terbuka di astaka Aisawan Dhiphya-Asana, astaka dibina di tengah-tengah kolam, di perkarangan Bang Pa-In istana diraja. Tradisi pengebumian diraja bermula sejak tempoh Ayyutthaya yang dipengaruhi oleh tradisi Hindu India berusia seribu tahun itu menganggap raja-raja sebagai jelmaan atau keturunan dewa-dewa dan upacara agama Buddha. Upacara pengebumian tiga hari dan upacara rasmi bermula pada 17 Februari 1905. Upacara pembakaran mayat diraja telah diadakan di kuil Nivetthammapravat, di kawasan istana, yang dilakukan oleh Raja Chulalongkorn dan ditangisi oleh setiap ahli keluarga Diraja. Pada keesokan harinya, Raja Chulalongkorn mengumpul abu anakandanya dan dipindahkan ke dalam stupa kuil terdekat.

GelaranSunting

  • Tuanku Puteri (Mom Chao) Srivilailaksana [Mom Chao Srivilailak]: 24 Julai 1868 - 1 Oktober 1868
  • Baginda Ratu Puteri Srivilailaksana [Phra Chao Boromwongse Ther Phra Ong Chao Srivilailak]: 1 Oktober 1868 - 10 Januari 1903
  • Beliau Tuanku Diraja Puteri Srivilailaksana Sudornsakdi Galyavadi, Puteri Suphanburi [Phra Chao Boromwongse Ther Phra Ong Chao Srivilailak Sunthornsak Kalayawadi Krom Khun Suphan Phakvadi]: Januari 10, 1903 - 26 Oktober 1904

Pingat Diraja ThaiSunting

KeturunanSunting

Moyang Puteri Srivilailaksana, Puteri Suphanburi
Puteri Srivilailaksana Bapa:
Chulalongkorn, Raja Rama V dari Siam
Datuk sebelah bapa:
Mongkut, Raja Rama IV dari Siam
Moyang lelaki sebelah bapa:
Buddha Loetla Nabhalai, Raja Rama II dari Siam
Moyang perempuan sebelah bapa:
Queen Sri Suriyendra
Nenek sebelah bapa:
Queen Debsirindra
Moyang lelaki sebelah bapa:
Putera Sirivongse, Putera Matayabidaksa
Moyang perempuan sebelah bapa:
Mom Noi Sirivongs na Ayudhya
Ibu:
Chao Chom Manda Pae Bunnag
Datuk sebelah ibu:
Chao Phraya Suravongs Vaiyavadhana
Moyang lelaki sebelah ibu:
Somdet Chao Phraya Borom Maha Sri Suriyawongse
Moyang perempuan sebelah ibu:
Klin Bunnag
Nenek sebelah ibu:
Im Bunnag
Moyang lelaki sebelah ibu:
tidak diketahui
Moyang perempuan sebelah ibu:
tidak diketahui

RujukanSunting