Buka menu utama

Ssamjang ialah pes pekat pedas yang digunakan dengan makanan yang dibalut di dalam daun dalam masakan Korea. Sos ini diperbuat daripada doenjang, gochujang, minyak bijan, bawang, bawang putih, daun bawang, dan kadang kala gula perang.[1][2][3][4]

Bekas jualan yang mengandungi ssamjang
Hangul쌈장
Hanja
Perumian Semakanssamjang
McCune–Reischauerssamchang

KegunaanSunting

Ssamjang lazimnya dimakan dengan ssam daging panggang. Seseorang biasa meletakkan daun salad atau daun perila di atas telapak tangan, meletakkan komponen utama makanan (daging panggang seperti galbi atau samgyeopsal, kimchi dan banchan lain, nasi jika diingini) dalam saiz sesuapan di tengahnya, diletak di atasnya ssamjang, ditutup balutan sekeliling isinya, dan memakan balutan ssam tersebut.

EtimologiSunting

Ssam bermaksud "balutan" dan jang bermaksud "pes" atau "sos pekat." Bersama-sama sebagai ssamjang bermaksud "balutan sos."

KepelbagaianSunting

Selain kaedah biasa dalam membuat ssamjang, bahan lain turut ditambah untuk menjadikannya versi istimewa.[5] Terdapat ssamjang yang dipaket secara komersil dan dijual di pasar raya.[6]

  • Ssamjang kacang (견과류 쌈장): walnut kisar, biji labu, biji bunga matahari dan kekacang lain ditambah
  • Jjukumi ssamjang (쭈꾸미 쌈장): sotong kurita berlengan pendek dipotong dadu bersama cili dan bawang dan dicampurkan dengan ssamjang
  • Dubu ssamjang (두부 쌈장): tauhu soya ditambah
  • Nalchial ssamjang (날치알 쌈장) : telur ikan terbang ditambah
  • Namul ssamjang (나물 쌈장): various beans are diced and added

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ (Korea) Ssamjang at Doosan Encyclopedia
  2. ^ Ssamjang recipe
  3. ^ Ssamjang recipe
  4. ^ Ssamjang recipe
  5. ^ (Korea) Mom's ssamjang, Segye Ilbo, 2010-04-15.Retrieved 2010-06-25.
  6. ^ (Korea) Comparison of ssamjang, Sports Seoul, 2009-03-19. Retrieved 2010-06-25.