Stadio olimpico del ghiaccio

(Dilencongkan dari Stadio Olimpico Del Ghiaccio)

 

Stadio Olimpico del Ghiaccio
Stadium Ais Olimpik pada musim panas 1971
LokasiCortina d'Ampezzo, Itali
Pembinaan
Dibina1952–1954
Dibuka26 Oktober 1955
Tuan rumah
Piemont Rebelles (IHLW)
Stadium Ais Olimpik pada 2013

Stadio Olimpico del Ghiaccio ( bahasa Inggeris: Olympic Ice Stadium) merupakan sebuah stadium yang dibina antara 1952 hingga 1954 sebagai arena luncur ais berbunga terbuka di Cortina d'Ampezzo, Itali. Stadium tersebut mempunyai kapasiti tempat duduk antara 7 hingga 8 ribu penonton, dan peluasan sementara boleh dibuat agar stadium ini dapat menampung 12 hingga 15 ribu penonton semasa Sukan Olimpik. Stadium ini telah dirasmikan pada 26 Oktober 1955. Semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk 1956, arena ini telah mengadakan upacara pembukaan dan penutupan, acara luncur ais berbunga dan beberapa perlawanan hoki ais.[1] Beberapa tahun selepas 1981, sebuah bumbung telah dibina pada stadium ini. Stadium ini akan menganjurkan acara curling dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 dan curling kerusi roda dalam Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2026 .

Dalam budaya popular sunting

Stadium ini juga ditampilkan dalam filem James Bond 1981 For Your Eyes Only, di mana Bond (dimain oleh Roger Moore) bertemu dengan penjahat filem itu, Aris Kristatos(Julian Glover). Dalam adegan tersebut, Kristatos cuba menipu Bond untuk mengejar dan membunuh saingannya Milos Columbo (Topol).[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Cortina 1956 Olympic Winter Games Report - (PDF) page 121" (PDF) (dalam bahasa Itali). la84.org. Dicapai pada 4 Disember 2013.
  2. ^ "Guide to Movie Locations". movie-locations.com. Dicapai pada December 4, 2013.

Pautan luar sunting

46°32′40″N 12°7′57″E / 46.54444°N 12.13250°E / 46.54444; 12.1325046°32′40″N 12°7′57″E / 46.54444°N 12.13250°E / 46.54444; 12.13250