Stadium Nasional Hassanal Bolkiah

stadium di Brunei

Stadium Nasional Hassanal Bolkiah ialah sebuah stadium serba guna di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. Namun, kini, stadium ini selalunya digunakan untuk perlawanan bola sepak sahaja.

Stadium Nasional Hassanal Bolkiah
Indonesia-Brunei 17 October 2023 08.jpg
LokasiBandar Seri Begawan Brunei
Pecah tanahOgos 1980
Dibuka1984
PemilikJabatan Belia dan Sukan Brunei
PengendaliJabatan Belia dan Sukan Brunei
PermukaanRumput
Kos pembinaanB$100 juta
ArkitekSAA Partnership
Kapasiti28,000
Penyewa
Pasukan bola sepak kebangsaan Brunei
DPMM FC Brunei

Stadium ini boleh boleh memuatkan 28,000 penonton dan telah dibuka pada 23 September 1984. Ia dinamakan sempena sultan Brunei Hassanal Bolkiah.

Pembinaan sunting

Secara tidak biasanya untuk sebuah bangunan awam di Brunei, orang awam telah menderma dan menurut serta dalam pembinaan stadium ini. Walaupun jumlah kutipan keseluruhan yang bernilai $1,102,761.57 merupakan hanya lebih sedikit daripada 1.1 peratus jumlah keseluruhan kos pembinaan stadium tersebut ($100 juta), pelibatan orang awam menunjukkan minat dan dukungan orang Brunei terhadap projek ini. Kos keseluruhan projek ini ialah kira-kira $100 juta.

Pembukaan sunting

Stadium ini dibuka pada 23 September 1983. Tarikh ini telah dipilih kerana tarikh tersebut memperingati hari jadi Sultan Omar 'Ali Saifuddien III iaitu sultan Brunei pada masa itu. Pada waktu petang, sebuah perlawanan persahabatan antara pasukan bola sepak kebangsaan Brunei dengan pasukan liga Inggeris terjemput iaitu Sheffield United telah dimainkan. Perlawanan ini merupakan perlawanan bola sepak pertama yang dimainkan di stadium ini. Walaupun dilandai lamban jet dan tidak biasa dengan cuaca lembab Brunei, Sheffield United menang 1-0. Hari kemudian, lagi satu perlawanan diadakan antara Sheffiled United dengan sebuah pasukan jemputan Brunei. Perlawanan tersebut tamat dengan keputusan seri 1-1.[1]

Acara utama sunting

Sukan Asia Tenggara ke-20 pada 1999.[2]

  • Olahraga - Sukan Asia Tenggara 1999

Rujukan sunting

  1. ^ National Stadium celebrates its 25th year Diarkibkan 2009-02-14 di Wayback Machine Brunei Times Sunday, October 26, 2008
  2. ^ [1] Brunei 1999 - 20th Southeast Asian Games

Koordinat: 4°55′44.5″N 114°56′43.6″E / 4.929028°N 114.945444°E / 4.929028; 114.945444

Didahului oleh
Stadium Bung Karno
Indonesia
Olahraga di Sukan Asia Tenggara
Lokasi Utama

1999
Diikuti oleh:
Stadium Nasional Bukit Jalil
Malaysia