Stadium Shah Alam

stadium di Malaysia

Stadium Shah Alam merupakan sebuah stadium serbaguna yang terletak di Shah Alam, Selangor, Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada Kompleks Sukan Shah Alam yang turut merangkumi Stadium Melawati (stadium tertutup). Kegunaan utamanya adalah untuk perlawanan bola sepak tetapi ia juga mempunyai kelengkapan untuk olahraga. Stadium ini merupakan tuan rumah bagi FA Selangor, dan mempunyai kapasiti penonton sebanyak 69,372. Sekiranya perlu, terdapat ruang untuk 11,000 orang lagi untuk berdiri menjadikan kapasitinya 80,372[1]. Pembinaan telah bermula pada tahun 1991, dan stadium ini telah dibuka secara rasmi pada Julai 1994, apabila pilihan Dundee United bertemu dengan pilihan Selangor FA dalam Kejohanan Bola Sepak Jemputan Antarabangsa Mitsubishi[2].

Stadium Shah Alam
ستاديوم شاه عالم
LokasiStadium Shah Alam, Malaysia Shah Alam, Selangor, Malaysia
KoordinatKoordinat: 3°04′55″N 101°32′42″E / 3.082001°N 101.545038°E / 3.082001; 101.545038
Pecah tanah1990
Dibina1 Januari 1990
Dibuka16 Julai 1994
PemilikKerajaan Negeri Selangor
PengendaliDarul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (DEFM)
PermukaanPadang rumput/Trek
Kos pembinaanRM460 million
ArkitekHijjaz Kasturi Associates Sdn. Bhd.
Kapasiti80,372
Penyewa
Selangor FA (Liga Super Malaysia)
(1994-2016)
PKNS FC
(2017-2018)
Selangor FA (Liga Super Malaysia)
(2019-)

Stadium ini terletak di bahagian timur Shah Alam. Dengan enam tingkat, ia merupakan stadium terbesar di Selangor. Struktur rangkanya merupakan gerbang berdiri bebas terpanjang di dunia. Ia telah menjadi salah satu tanda tempat utama di Shah Alam disebabkan saiz dan seni binanya yang mengagumkan. Dibina dengan teknologi terbaru, stadium ini popular dalam penganjuran acara sukan bertaraf dunia. Ia juga merupakan gelanggang utama skuad bola sepak kebangsaan dan perlawanan akhir Piala Malaysia dari 1994 sehingga 1997 sehingga Stadium Nasional Bukit Jalil dibina. Stadium ini direka bentuk oleh arkitek terkenal Malaysia, Hijjaz Kasturi.

Stadium ini mempunyai ruang letak kereta yang cukup untuk 5,500 buah kereta. Selain itu, stadium ini juga mempunyai litar perlumbaan kart, Stadium Malawati dan Stadium Mini Shah Alam

Pada masa kini, Stadium Shah Alam merupakan stadium tuan rumah pasukan bola sepak FA Selangor yang bermain dalam Liga Super Malaysia.Stadium ini sudah tidak dipakai sejak 2020 akibat kerosakan di bumbung dan akan diperbaharui di masa yang akan datang. Antara sebab-sebab stadium ini rosak ialah kebodohan politik pada masa sekarang.

Rujukan sunting

  1. ^ "Shah Alam Stadium". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-30. Dicapai pada 2007-08-06.
  2. ^ Stadium Shah Alam

Pautan luar sunting