Stadium Si Jalak Harupat
Si Jalak Harupat adalah satu stadium sukan yang terletak di kampung Kopo dan Cibodas, Mukim Soreang, Bandung, negeri Jawa Barat. Nama Si Jalak Harupat diambil dari gelaran salah seorang pahlawan kebangsaan dari Bojongsoang, Bandung yaitu Otto Iskandardinata.
Stadium Si Jalak Harupat | |
---|---|
Jalak Harupat | |
Lokasi | Soreang, Bandung, Indonesia |
Dibuka | Januari 2003 |
Diubahsuai | 26 April 2005 |
Pemilik | Majlis Perbandaran Bandung |
Permukaan | Padang rumput zoyzia matrella lin mer |
Kos pembinaan | 67,5 milyar Rupiah |
Kapasiti | 40.000 |
Penyewa | |
Persikab Bandung Persib Bandung Pelita Jaya Pelita Bandung Raya |
Stadium ini dibina mulai Januari 2003 dan dirasmikan pada hari jadi Majlis Perbandaran Bandung ke 364, tanggal 26 April 2005 oleh Agum Gumelar yang ketika itu memegang jawatan sebagai Pengetua Jawatankuasa Sukan Kebangsaan Indonesia.
Kemudahan
suntingKemudahan yang disediakan antara lain:
- Padang bola sepak sebagai arena utama, dengan rumput jenis zoyzia matrella lin mer yang boleh meminimumkan kecederaan pemain bola.
- Lampu untuk lapangan berkekuatan 1,000 lux yang membolehkan dilaksanakannya pertandingan malam.
- Papan skor ( scoring board) elektronik.
- Balapan untuk olahraga.
- Kehadiran penonton yang mampu menampung 27.000 - 40.000 penonton.
- Kemudahan komersial.
- Kemudahan penunjang lainnya seperti tandas, kantin, bilik ganti pemain, ruang pengadil, dan lain-lain.
Luas bangunan stadium adalah sebagai berikut:
- Bangunan 28.177 m²
- Padang bola sepak 7.500 m²
- Landskap 13,000 m²
Kadar Kelayakan
suntingDalam rangka usahanya menjadi pendamping Stadium Gelora Bung Karno untuk tuan rumah kepada kejohanan Piala Asia AFC 2007, Setiausaha Agung PSSI saat itu, Nugraha Besoes, melakukan peninjauan ke Stadium Si Jalak Harupat pada hari Ahad, 6 Februari 2005. Namun dinyatakan secara tegas bahawa masih banyak yang perlu diselesaikan jika stadium ini ingin menjadi tuan rumah perlawanan antarabangsa. Secara fizikal stadium ini memang cukup kukuh dan strukturnya cukup bagus. Hanya saja, Jalak Harupat baru boleh memenuhi kelayakan tempatan dan nasional. Sistem perparitan padang sudah bagus, demikian juga dengan rumput di lapangan. Hanya saja tempat duduk penonton masih menggunakan format tradisional, padahal untuk stadium moden seorang penonton disediakan satu tempat duduk. Kaunter untuk menjual tiket masih menyatu dengan stadium dan bukan di luar kompleks stadium seperti sepatutnya stadium yang baik. Selain itu, bilik persalinan pemain belum dilengkapi meja urut dan loker. Demikian juga tempat pemain simpanan dinilai masih kurang sesuai. Kekurangan lain adalah lokasi stadium yang cukup jauh dari hotel. Dua lapangan penyokong dinilai masih kurang memenuhi syarat kerana bentuknya tidak tertutup. Dalam veritifikasi AFC pada bulan Oktober 2011 Stadium Si Jalak Harupat tidak mendapat kriteria A AFC kerana masih banyak mempunyai kekurangan, tetapi dinyatakan layak untuk dapat menganjurkan pertandingan Liga Indonesia. Bila stadium ini suatu hari dipakai untuk tuan rumah kepada kejohanan Liga Juara-Juara Asia, stadium ini harus di-naik taraf. Pada tahun 2010, stadium ini diubahsuai untuk meningkatkan kemudahan yang ada sehingga layak untuk dijadikan stadium antarabangsa. Tempat penonton, ruang ganti pemain, kaunter tiket, dan bahagian-bahagian di sekitar stadium kini dinilai sudah memenuhi standard yang ditetapkan Gabungan Bola Sepak Asia (AFC).
Penggunaan
suntingStadium Si Jalak Harupat digunakan sebagai markas Persib Bandung dan Persikab. Pelita Jaya juga pernah menggunakan stadium ini setelah berpindah dari Stadium Purnawarman di Purwakarta. Namun, saat ini Pelita Jaya menggunakan Stadium Singaperbangsa di Karawang sebagai markasnya. Persib Bandung juga memakai stadium ini pada Liga Super Indonesia 2009-10, namun untuk beberapa perlawanan terakhir kembali menggunakan Stadium Siliwangi, kerana stadium ini diubahsuai untuk acara Minggu Sukan Daerah (PORDA) Jawa Barat. Stadium ini pernah menjadi tempat penyelenggaraan Piala Suzuki AFF 2008, pada perlawanan peringkat kumpulan hari terakhir, yang harus digelar bersamaan, yang ketika itu diadakan pula di Stadium Utama Gelora Bung Karno di Jakarta.