Pulau Staten

(Dilencongkan dari Staten Island)

Staten Island (/[invalid input: 'icon']ˌstæt[invalid input: 'ən']ˈlənd/) ialah sebuah daerah perbandaran yang terletak di bahagian barat daya Bandar Raya New York, New York, Amerika Syarikat. Staten Island terpisah daripada New Jersey oleh sungai Arthur Kill dan Kill Van Kull, sementara Teluk New York memisahkannya daripada tanah yang lain di New York. Dengan seramai 468,730 penduduk, Staten Island adalah yang paling kurang penduduk tetapi yang ketiga terluas di kalangan lima daerah perbandaran, pada keluasan 59 bt2 (153 km2).

Staten Island
Daerah pentadbiran di Bandar Raya New York
Richmond County
Jambatan Verrazano-Narrows, menghadap Staten Island dari Brooklyn.
Jambatan Verrazano-Narrows, menghadap Staten Island dari Brooklyn.
Lokasi Staten Island ditandai jingga.
Lokasi Staten Island ditandai jingga.
NegaraAmerika Syarikat
NegeriNew York
KauntiRichmond
BandarayaBandar Raya New York
Diduduki1661
Kerajaan
 • JenisDaerah perbandaran di Bandar Raya New York
Keluasan
 • Jumlah102.50 batu persegi (265.5 km2)
 • Tanah58.48 batu persegi (151.5 km2)
 • Air44.02 batu persegi (114.0 km2)
Penduduk
 (Banci AS April 2010)[1]
 • Jumlah468 730
 • Kepadatan8,163.1/batu persegi (3,151.8/km2)
 [2010 Census pop. as estimated in March 2011; density is July 2006 estimated pop. on land area of 2000 [2] ]
Zon waktuUTC-5 (Waktu Piawai Timur (Amerika Utara))
 • Musim panas (DST)UTC-4 (Waktu Jimat Siang Timur (Amerika Utara))
Kod Zip
10301-10314
Kod kawasan347, 718, 917 929
Laman sesawangOfficial Website of the Staten Island Borough President

Daerah Staten Island bersamaan dengan Richmond County, kaunti yang paling selatan di negeri New York. Daerah ini dikenali dengan nama rasmi Borough of Richmond sehingga tahun 1975.[3] Staten Island turut menerima jolokan "daerah pinggiran" (the forgotten borough) oleh para penduduknya yang terasa disisih oleh pemerintah bandaraya.[4][5]

Daerah perbandaran ini boleh dimasuki dari Brooklyn melalui Jambatan Verrazano-Narrows, dan dari New Jersey melalui Outerbridge Crossing, Jambatan Goethals, dan Jambatan Bayonne. Staten Island menikmati perkhidmatan bas dan laluan alihan laju tersendiri, iaitu Staten Island Railway, yang menyambungkan terminal feri di St. George ke Tottenville. Daripada kelima-lima daerah perbandaran ini, Staten Island sahajalah yang tiada sistem alihan laju bawah tanah. Perkhidmatan Staten Island Ferry yang percuma menghubungkan daerah ini dengan Manhattan dan juga merupakan satu tarikan pelancong yang memberikan pemandangan Patung Liberty, Pulau Ellis dan Lower Manhattan yang indah.

Catatan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 2010 Census pop est tidak disediakan
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan density tidak disediakan
  3. ^ "Timeline of Staten Island - 1900s - Present". New York Public Library. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-01-13. Dicapai pada January 16, 2006.
  4. ^ Brown, Chip (January 30, 1994). "Escape From New York - The New York Times". The New York Times. Dicapai pada January 14, 2008. Given their status as residents of "the forgotten borough" – the sorry Cinderella sister in New York's dysfunctional family – maybe the giddiest aspect of all was the attention.
  5. ^ Buckley, Cara (October 7, 2007). "Bohemia by the Bay". The New York Times. Dicapai pada January 14, 2008. Even as New York’s hip young things invade and colonize neighborhoods near, far and out of state, Staten Island has stayed stubbornly uncool. It remains the forgotten borough.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Templat:Bandar Raya New York Templat:Kawasan metropolitan New York