Staurotypus ialah genus kura-kura akuatik yang dikenali sebagai Kura-kura Kesturi Mexico atau Kura-kura Kesturi Besar. Terdapat dua spesies yang dijumpai di Mexico dan Amerika Tengah.

Staurotypus
Kura-kura Kesturi Chiapas
Kura-kura Kesturi Besar
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Klad: Americhelydia
Keluarga: Kinosternidae
Subkeluarga: Staurotypinae
Genus: Staurotypus
Wagler, 1830

Spesies sunting

Taburan sunting

S. salvinii biasanya dijumpai di Mexico, di negeri-negeri Oaxaca dan Chiapas, terutamanya kawasan selatan seperti Guatemala, El Salvador, dan Belize. Manakala S. triporcatus juga biasanya dijumpai di Mexico, dan taburannya lebih meluas merangkumi negeri Veracruz, Tabasco, Chiapas, Yucatán, dan Campeche, dan meliputi kawasan selatan seperti Belize, Guatemala, dan Honduras.

 
Kura-kura Kesturi Mexico
S. triporcatus

Ciri-ciri sunting

Mereka mempunyai saiz yang lebih besar dalam keluarga Kinosternidae, karapasnya boleh mencapai saiz sehingga 36 cm (14 in) panjang , di mana jantan lebih kecil berbanding betina. Mempunyai warna coklat, hitam atau hijau, dan kuning pada bahagian bawah badannya.

Diet sunting

Seperti Kura-kura Kesturi lain, mereka bersifat maging, iaitu memakan kebanyakan haiwan akuatik invertebrate lain, seperti ikan dan bangkai.

Rujukan sunting

Bacaan lanjut sunting

  • Wagler, J.G. 1830. Natürliches System der Amphibien, mit vorangehender Classification des Säugthiere und Vögel. Ein Beitrag zur vergleichenden Zoologie. J.G. Cotta. Munich, Stuttgart, and Tübingen. vi + 354 pp. (Genus Staurotypus, p. 137.)


Templat:Kinosternidae