Steam

pelantar permainan video

Steam [stim] ialah sebuah pelantar pengedaran digital, pengurusan hak digital, permainan video berganda, dan perkhidmatan rangkaian sosial berasaskan Internet dibangunkan oleh Valve Corporation. Ia menyediakan para penggunanya kemudahan pemasangan dan pengemaskinian automatik permainan video pada beberapa komputer, dan ciri komuniti seperti senarai rakan dan kumpulan, simpanan awan (cloud storage), dan fungsi suara dan sembang dalam permainan. Perisian dalaman platform ini menyediakan Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) percuma yang digelar Steamworks, yang mana pembangun boleh menggunakannya untuk menyatukan banyak fungsi Steam, termasuk perangkaian dan pemadanan, pencapaian dalam permainan, transaksi mikro, dan sokongan untuk kandungan ciptaan pengguna melalui Steam Workshop, ke dalam produk mereka.

Steam
Pembuat asalValve Corporation
PembangunValve Corporation
Pelancaran pertamaWindows: 12 September 2003 (2003-09-12)[1]
Mac OS X: 12 Mei 2010 (2010-05-12)
Linux: 14 Februari 2013 (2013-02-14)
Mobile: 26 Januari 2012 (2012-01-26)
Versi terkini/stabil
1.0.0.79 (8 Februari 2024)
Ditulis dalamC++[2]
Objective-C (OSX)
Java (Android)
Sistem pengendalianMicrosoft WindowsmacOSLinuxAndroidiOSWindows Phone
PelantarPelanggan Desktop:
Microsoft Windows
OS X[3]
Linux[4]
SteamOS[5]
Pelanggan Terbatas:
PlayStation 3[6]
iOS
Android
Tersedia dalam28 bahasa
JenisVideo game distribution platformrepositori perisianpesanan segeraPengurusan hak digitalaplikasi mudah alih
GenrePengedaran digital
Pengurusan hak digital
Perkhidmatan rangkaian sosial
LesenSteam Subscriber Agreement (Perisian hak milik)
Pautan berkaitan
Tapak webstore.steampowered.com
Pautan lainFacebook: Steam Twitter: Steam Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Walaupun platform ini pada mulanya dibangunkan untuk perisian Microsoft Windows, namun versi untuk sistem operasi OS X dan Linux juga telah tersedia. Aplikasi yang mana fungsi utamanya ialah berbual dan membeli-belah juga telah dikeluarkan untuk peranti mudah alih iOS dan Android. Laman sesawang Steam juga mereplikakan banyak etalase dan ciri-ciri rangkaian sosial aplikasi berdiri sendirinya.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Steam Client Released" (dalam bahasa Inggeris). Valve Corporation. September 12, 2003. Dicapai pada October 23, 2011.
  2. ^ "Welcome To Steamworks" (dalam bahasa Inggeris). Valve. Dicapai pada 7 June 2014.
  3. ^ "Valve to Deliver Steam & Source on the Mac" (dalam bahasa Inggeris). Valve Corporation. 8 Mar 2010. Dicapai pada 8 Mac 2010.
  4. ^ "News – Steam for Linux Now Available" (dalam bahasa Inggeris).
  5. ^ Schreier, Jason (23 September 2013). "Valve Announces Steam OS" (dalam bahasa Inggeris). Kotaku. Dicapai pada 3 November 2013.
  6. ^ "Portal 2 PS3, Steam cross-platform play" (dalam bahasa Inggeris). Eurogamer. 18 January 2011.

Pautan Luar

sunting