Steampunk

cereka sains yang mempamerkan mesin berkuasa wap dan teknologi berkaitan yang diekstrapolasi dari sains abad ke-19

Steampunk ialah subgenre sains fiksyen yang menggunakan teknologi retrofuturistik dan aspek kesenian yang diinspirasikan oleh mesin berkuasa wap semasa revolusi perindustrian pada abad ke-19.[1][2][3] Karya Steampunk biasanya berada pada sejarah alternatif Zaman Victoria atau "Penerokaan Amerika" dimana kuasa wap kekal digunakan secara meluas atau dalam dunia fantasi yang menggunakan kuasa wap secara meluas.

Steampunk dengan nyatanya mempamerkan teknologi anakrostik atau retrofuturistik seolah-olah seseorang dari abad ke-19 telah membinanya[4] serta bertapak pada pandangan dan pemikiran masyarakat zaman tersebut terhadap fesyen, budaya, gaya pembinaan dan seni. Teknologi seperti ini termasuk juga dengan mesin fiksyen seperti yang dijumpai dalam karya H. G. Wells dan Jules Verne.[5] Contoh-contoh lain teknologi alternatif yang dipamerkan oleh genre steampunk termasuk meriam wap, kapal udara, komputer analog atau komputer mekanikal digital seperti Mesin Analisis ciptaan Charles Babbage.

Ilustrasi asal bilik enjin Nautilus milik Jules Verne
black and white drawing of small house of complex design raised above the surrounding buildings on a turntable
"Maison tournante aérienne" (Rumah berputar udara) hasil Albert Robida untuk bukunya Le Vingtième Siècle, konsep kehidupan pada abad ke-20 melalui pandangan seseorang dari abad ke-19

Steampunk juga memasukkan elemen-elemen tambahan dari genre fantasi, seram, fiksyen sejarah, sejarah alternatif atau cabang-cabang lain fiksyen spekulatif, menyebabkannya menjadi genre hibrid. Sebagai satu bentuk fiksyen spekulatif, steampunk meneroka masa hadapan atau silam alternatif tetapi boleh juga mengemukakan isu sosial dunia sebenar.[6] Kewujudan pertama istilah steampunk ialah pada 1987, namun kini merujuk kepada karya-karya fiksyen yang dibuat seawal 1950-an atau lebih awal.[7] Salah satu subgenre popularnya ialah steampunk Jepun, yang terdiri daripada manga dan anime bertemakan steampunk, dengan elemen steampunk wujud dalam manga arus perdana sejak 1940-an.

Steampunk juga merujuk kepada mana-mana gaya kesenian, pemakaian, atau subudaya yang hadir dari ciri-ciri fiksyen steampunk, fiksyen era victorian, rekabentuk art nouveau dan filem dari pertengahan abad ke-20.[8] Pelbagai objek harian telah diubahsuai oleh artisan supaya mempunyai rekabentuk dan gaya mekanikal "steampunk", dan beberapa artis visual dan muzik dilabel sebagai steampunk.[9]

Rujukan sunting

  1. ^ "Definition of steampunk". Oxford University Press. Dicapai pada 6 October 2012.
  2. ^ Latham, Rob (2014). The Oxford Handbook of Science Fiction. m/s. 439. ISBN 9780199838844.
  3. ^ "What Is Steampunk All About? | Gear Gadgets and Gizmos". www.geargadgetsandgizmos.com/. 25 September 2017. Dicapai pada Feb 23, 2020.
  4. ^ Nally, Claire (Nov 7, 2016). "EXPERT COMMENT: Steampunk, Neo-Victorianism, and the Fantastic" (Siaran akhbar). Northumbria University, Newcastle's Newsroom.
  5. ^ Campbell, Heather M. (Dec 1, 2010). "Steampunk: Full Steam Ahead". School Library Journal (dalam bahasa Inggeris). 56 (12): 52–57. ISSN 0362-8930.
  6. ^ Taddeo, Julie Anne; Miller, Cynthia J. (2013). Steaming Into a Victorian Future: A Steampunk Anthology. Lanham, MD: Scarecrow Press. m/s. 5. ISBN 978-0-8108-8586-8.
  7. ^ "What Is Steampunk – Steam Punk Explained". steam-punk.co.uk. Dicapai pada May 26, 2020.
  8. ^ "Steampunk artists meld Victorian era, science fiction". Duluth News Tribune. January 1, 2012. Dicapai pada March 6, 2012. It’s the stuff Jules Verne used to write about, looking at it from the hindsight of the 21st century,
  9. ^ "Steampunk's subculture revealed". SFGate. Dicapai pada Aug 12, 2017.