Buka menu utama

Stephen Joseph Harper merupakan Perdana Menteri Kanada yang ke-22. Parti Konservatifnya merupakan parti yang mendapat jumlah kerusi terbanyak dalam Parlimen Kanada, namun tidak mendapat majoriti keseluruhan dalam Pilihan Raya Umum 2006. Oleh itu, kerajaan yang dibentuknya merupakan kerajaan minoriti.

Stephen Joseph Harper
Stephen-Harper-Cropped-2014-02-18.jpg
Perdana Menteri Kanada ke-22
Dalam jawatan
6 Februari 2006 – 3 November 2015
RajaElizabeth II
Gabenor JeneralMichaëlle Jean
David Johnston
Didahului olehPaul Martin
Digantikan olehJustin Trudeau
Butiran peribadi
Lahir10 April 1959
Toronto, Ontario
Parti politikParti Konservatif Kanada
PasanganLaureen Harper
Kediaman24 Sussex Drive
Alma materUniversiti Calgary
Tandatangan
Laman sesawangOfficial website

Harper pernah menyertai Parti Reform, National Citizens Coalition, dan Perikatan Kanada (Canadian Alliance). Sebagai ketua Perikatan Kanada, beliau telah menggabungkan partinya dengan parti Konservatif Progresif (Conservative Progressive) untuk mengasaskan Parti Konservatif Kanada.

Beliau dilantik sebagai ketua Parti Konservatif pada 2004, dan berjaya menewaskan Parti Liberal dalam Pilihan Raya Umum 2006. Harper memegang Jawatan Perdana Menteri hingga parti beliau kalah dalam pilihan raya Kanada pada Oktober 2015, menyebabkan beliau menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Justin Trudeau pada 4 November 2015.