Stephen Edwin King (lahir pada 21 September 1947 di Portland, Maine) adalah seorang penulis Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan karya-karya yang berunsurkan seram. Kisah-kisah yang ditulisnya sering melibatkan protagonis yang "biasa", misalnya keluarga kelas menengah, kanak-kanak, atau penulis. King juga popular menerusi novel-novel yang lari dari genre seram seperti novel The Body Mdan Rita Hayworth and Shawshank Redemption (kedua-duanya diadaptasikan ke filem dengan menggunakan judul Stand By Me dan The Shawshank Redemption), The Green Mile dan Hearts in Atlantis.

Stephen King
Stephen King, February 2007
Stephen King, February 2007
Nama penaRichard Bachman, John Swithen
PekerjaanPenulis, Kolumnis, Columnist, Pelakon, Penerbit, Pengarah
GenreSeram, Fantasi, Cereka sains, Drama
PasanganTabitha King
AnakNaomi Rachel King
Joe King
Owen King
Laman web
http://www.stephenking.com

Beliau telah menerima sejumlah penghargaan, termasuk Anugerah Bram Stoker, World Fantasy Award dan British Fantasy Society Award. Novelanya berjudul The Way Station meraih pernah dicalonkan untuk meraih Anugerah Nebula,[2] manakala cerita pendek "The Man in the Black Suit" menerima Anugerah O. Henry. Pada tahun 2003, National Book Foundation menganugerahinya Medal for Distinguished Contribution to American Letters.[3] Beliau juga telah menerima sejumlah penghargaan atas sumbangsihnya terhadap dunia kesusastraan selama hidupnya, misalnya World Fantasy Award for Life Achievement (2004), Canadian Booksellers Association Lifetime Achievement Award (2007), dan Grand Master Award dari Mystery Writers of America (2007).[4]

Awal hidup sunting

Stephen Edwin King lahir pada tanggal 21 September 1947 di Portland, Maine. Beliau lahir kepada Donald Edwin King, seoramg pelaut dan isterinya, Nellie Ruth King (nama keluarga asal: Pillsbury). Ayahnya meninggalkan mereka sekeluarga pada usia dua tahun, maka ibunya membesarkan King dan kakak angkatnya, David sendirian dan kadangkalanya menghadapi masalah keuangan. King dan keluarganya pindah ke De Pere, Wisconsin, Fort Wayne, Indiana, dan Stratford, Connecticut. Saat King berusia sebelas tahun, keluarganya kembali ke Durham, Maine di mana ibunya bekerja sebagai pengasuh di kompleks perumahan setempat untuk menampung nafkah keluarga.[5] King dibesarkan sebagai seorang Metodis.[6]

Saat King masih anak-anak, beliau ada menyaksikan salah seorang temannya meninggal akibat dilanggar kereta api; beliau menjadi berperwatakan pendiam akibat kejadian itu. Beberapa pendapat menyatakan bahwa peristiwa ini secara psikologis mungkin telah mengilhami beberapa karya King,[7] meskipun King tidak menyebut mengenai hal ini dalam memoarnya berjudul On Writing (2000).[8]

King menempuh pendidikan dasar di Durham Elementary School dan meamatkan persekolahannya dari Lisbon Falls High School di Lisbon Falls, Maine. Pada zaman inilah beliau mula berputik minatnya terhadap cerita bergenre seram dan merupakan seorang pembaca setia komik horor EC, termasuk Tales from the Crypt.

Kerjaya penulisan sunting

King mulai iseng menulis saat masih bersekolah dengan menulis artikel untuk surat kabar Dave's Rag, dan kemudian mulai menjual cerita karangannya kepada teman-temannya. Cerita karangannya yang pertama kali diterbitkan secara independen adalah "I Was a Teenage Grave Robber", serial yang diterbitkan dalam empat cerita bersambung di Comics Review pada tahun 1965.[9]

Setelah lulus dari universitinya, King tidak langsung mendapat pekerjaan. Beliau kemudian mula menjual cerpen karangannya ke pelbagai majalah bacaan untuk diterbitkan di sana.[10] Pada tahun 1973, novel pertama King, Carrie, diterima oleh penerbit Doubleday; wang muka yang diterimanya untuk penerbitan novel ini adalah sebesar $2,500.[11] Setelah terbitnya karya Carrie, King mulai menulis suatu cerita yang diterbitkan dengan judul Salem's Lot pada tahun 1975.[12] Setelah kematian ibunya pada 1974, King dan keluarganya pindah ke Boulder, Colorado, dan di sanalah beliau mula menulis The Shining (diterbitkan tahun 1977). Ia kembali ke Maine pada 1975 dan menyelesaikan novel keempatnya, The Stand (diterbitkan tahun 1978).[13]

Pada akhir 1970-an, King menerbitkan sejumlah novel pendek berjudul Rage (1977), The Long Walk (1979), Roadwork (1981) The Running Man (1982), dan Thinner (1984) dengan nama pena Richard Bachman agar menguji kesanggupan penerbit menerbit karya berdasarkan mutu penceritaan itu sendiri berbanding nama si pengkarya semata-mata.[14]

Hingga tahun 2013, King telah menerbitkan lima puluh novel, dua ratus cerita pendek, dan lima karya nonfiksi, yang telah terjual lebih dari 350 juta cetakan di seluruh dunia,[15] Karya-karyanya juga telah diadaptasi menjadi sejumlah film, buku komik, dan teater.

Bibliografi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Anstead, Alicia (2008-01-23). "UM scholar Hatlen, mentor to Stephen King, dies at 71". Bangor Daily News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-02. Dicapai pada 2008-03-04.
  2. ^ The Nebula Awards, Fantastic Fiction. Retrieved March 11, 2011.
  3. ^ "CDistinguished Contribution to American Letters ", National Book Foundation. Retrieved March 11, 2011.
  4. ^ "FORUMS du CLUB STEPHEN KING (CSK)". Forum Stephen King. Retrieved March 8, 2012.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan OfficialBio tidak disediakan
  6. ^ "Frequently Asked Questions". StephenKing.com. Retrieved October 21, 2010.
  7. ^ Beahm, George The Stephen King Story: A Literary Profile Andrews and McMeel. 1991. ISBN 0-8362-7989-1: pp.101
  8. ^ King, Stephen (2000). On Writing. Scribner. ISBN 0-684-85352-3.
  9. ^ Wood, Rocky et al. Stephen King: Uncollected, Unpublished. Abingdon, Maryland 2006 ISBN 1-58767-130-1
  10. ^ David, Leafe (May 12, 2009). "Stephen King's Real Horror Story: How the novelist's addiction to drink and drugs nearly killed him". Daily Mail. Dicapai pada September 17, 2012.
  11. ^ Olson, Marie-louise (October 20, 2013). "How master of horror Stephen King's wife inspired him to keep writing after saving the first three pages of Carrie from the dustbin". Daily Mail. Dicapai pada December 7, 2013.
  12. ^ Konstantin, Phil. "An Interview with Stephen King", americanindian.net. Retrieved January 19, 2011.
  13. ^ "The Author". stephenking.com. Dicapai pada September 17, 2012.
  14. ^ King, Stephen. "Stephen King FAQ: "Why did you write books as Richard Bachman?"". StephenKing.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-15. Dicapai pada December 13, 2006.
  15. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Stephen King tidak disediakan

Pautan Luar sunting