Stesen Kajang
Stesen keretapi Kajang adalah stesen keretapi yang terletak di Kajang, Selangor. Stesen ini merupakan stesen pertukaran, dimana satu bahagian menyediakan perkhidmatan KTM Komuter Laluan Seremban dan KTM ETS, dan satu bahagian lagi Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK). Walau bagaimanapun, penumpang yang ingin menukar laluan perlu memperbaharui tiket kerana sistem tiket digunakan adalah berbeza untuk setiap laluan.
![]() | |||||||||||||||||||||||||||||||
Lokasi | Stesen Kajang, Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Koordinat | 2°58′58″N 101°47′25″E / 2.98278°N 101.79028°EKoordinat: 2°58′58″N 101°47′25″E / 2.98278°N 101.79028°E | ||||||||||||||||||||||||||||||
Dimiliki oleh | ![]() Prasarana Malaysia | ||||||||||||||||||||||||||||||
Aliran/laluan | ![]() ![]() ETS Laluan ETS | ||||||||||||||||||||||||||||||
Platform | 3: 2 platform tengah dan 1 platform sisi | ||||||||||||||||||||||||||||||
Landasan | 4 | ||||||||||||||||||||||||||||||
Pengendali kereta api | ![]() ![]() | ||||||||||||||||||||||||||||||
Sambungan | ![]() | ||||||||||||||||||||||||||||||
Pembinaan | |||||||||||||||||||||||||||||||
Jenis struktur | ![]() ![]() | ||||||||||||||||||||||||||||||
K. letak kenderaan | 1,180 petak parkir kereta dan 252 petak parkir motosikal | ||||||||||||||||||||||||||||||
Capaian OKU | Ya ![]() | ||||||||||||||||||||||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||||||||||||||||||||||
Kod stesen | SBK35 | ||||||||||||||||||||||||||||||
Tarikh penting | |||||||||||||||||||||||||||||||
Ogo 1897 | Stesen KTM dibuka | ||||||||||||||||||||||||||||||
Nov 1995 | Stesen KTM dielektrikkan. ![]() | ||||||||||||||||||||||||||||||
Jul 2017 | ![]() | ||||||||||||||||||||||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||
sunting |
Stesen bersepadu dibuka pada 16 Disember 2016 seiring dengan pembukaan fasa pertama Laluan SBK. Stesen ini merupakan termius selatan Laluan SBK.
SejarahSunting
KTMSunting
Stesen keretapi Kajang dibuka pada 14 Ogos 1897 apabila sebahagian laluan kereta api utama, KTM Laluan Pantai Barat diantara Sungei Besi dan Kajang dibuka.[1]
Pada dekad 1990-an, stesen ini menjalani pengubahsuaian yang menjadikan stesen ini sebahagian daripada perkhidmatan KTM Komuter bermula November 1995. Laluan ETS mula berkhidmat di stesen ini pada tahun 2008 selepas perasmian laluan ETS Seremban-KL-Ipoh.[perlu rujukan] Walau bagaimanapun, perkhidmatan ETS ditamatkan di stesen ini beberapa tahun sebelum dikembalikan semula pada tahun 2015.[perlu rujukan]
Projek MRT Lembah KlangSunting
Apabila pembinaan projek MRT Lembah Klang bermula pada tahun 2010, stesen MRT telah direka menjadi stesen pertukaran antara sistem laluan MRT dan sistem KTM Komuter. Stesen baharu ini telah dibina bersebelahan stesen KTM sedia ada. Bahagian MRT dan ruang legar bersama stesen, yang sebahagiannya berada diatas landasan KTM, telah dibina ketika stesen KTM beroperasi seperti biasa sepanjang waktu pembinaan. Stesen bersepadu ini dibuka sebahagian daripada pembukaan fasa pertama Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang pada 16 Disember 2016.[2] Apabila stesen bersepadu ini selesai dibina dan dibuka, struktur lama stesen KTM dirobohkan, Kaunter tiket KTM dan pejabat lain telah dipindahkan ke ruang legar bagunan baharu tersebut.
Ciri-ciri stesenSunting
LokasiSunting
Stesen Sungai Buloh terletak kira-kira 1km selatan dari pekan Kajang, Selangor. Di sebelah timur stesen adalah Jalan Bukit manakala di sebelah barat stesen adalah Jalan Reko. Terletak berhampiran stesen ini adalah Taman Sri Reko, Taman Hijau, Taman Bukit, Taman Kajang Jaya, Taman Mahkota, Taman Jelita, SMK Jalan Bukit, Kuil Sri Subramaniya Swami dan Masjid India Kajang.
Susunan stesenSunting
L2 Platform |
SBK Arah Selatan | Laluan Sungai Buloh–Kajang berakhir di stesen ini, keluar sahaja |
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan | ||
SBK Arah Utara | ← Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke SBK01 Sungai Buloh (Stadium Kajang) | |
L1 | Aras Legar Umum | Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, sambungan tidak berbayar KTM dengan MRT dan laluan pejalan kaki ke tempat letak kereta |
G Platform |
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri | |
KTM Arah Selatan | → Laluan Seremban menghala ke Pulau Sebang/Tampin (Kajang 2) → ETS ETS Gold menghala ke Gemas (Seremban) | |
Landasan pintasan | ||
KTM Arah Utara | ← Laluan Seremban menghala ke Batu Caves (Serdang) ← ETS ETS Gold menghala ke Padang Besar atau Butterworth (Bandar Tasik Selatan) | |
Platform tengah, pintu tren dibuka di sebelah kiri Platform tengah, tidak digunakan, pintu tren tidak dibuka di bahagian ini | ||
Landasan tidak digunakan | ||
G | Aras Tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras platform MRT, aras legar, dan aras tanah (platform KTM terletak di aras ini). Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas aras legar MRT untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang; satu platform tengah dan satu platform sisi di bawah aras legar umum untuk perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[3] Selain itu, terdapat sebuah bagunan parkir kereta bertingkat (MSPR) yang menempatkan 1,180 petak parkir kereta dan 252 petak parkir motosikal.[4]
Bagi penumpang yang ingin menukar laluan di stesen ini perlu membeli tiket baharu di stesen ini. Hal ini demikian kerana KTM dan MRT menggunakan sistem tiket yang berlainan kerana dioperasikan oleh dua syarikat berbeza.
Perkhidmatan BasSunting
Bas RapidKL laluan 450, T451, T461, T462, T463 dan T464 berkhidmat di stesen ini.
RujukanSunting
PetikanSunting
- ^ Mohamed 1985, m/s. 55.
- ^ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (15 Dec 2016). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkib daripada yang asal pada 22 Jul 2017. Dicapai pada 6 Nov 2018.
- ^ "Kajang — MRT Corp". MRT Corp. 15 Mei 2018. Dicapai pada 30 Mei 2019.
- ^ "Park N' Ride — MSPR Kajang". MRT Corp. 12 Jan 2019. Dicapai pada 29 Mei 2019.
BibilografiSunting
Mohamed, Alias (1985). Malayan Railway: 100 years, 1885-1985. AMW Communications Management.