Stesen Komuter Jalan Templer

Stesen komuter Jalan Templer (bahasa Inggeris: Jalan Templer Komuter station) ialah salah satu stesen kereta api komuter di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Stesen ini merupakan salah satu stesen yang terletak di perkhidmatan Laluan Pelabuhan Klang yang telah dibuka pada 14 Ogos 1995.[1] Ia terletak di antara Stesen Komuter Petaling dan Stesen Komuter Kampung Dato Harun dan dimiliki sepenuhnya oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad.[2]

Jalan Templer Keretapi Tanah Melayu KTM Komuter
جالن تيمڤلر
Papan tanda stesen di platform stesen.
LokasiStesen Jalan Templer, Seksyen 18, Daerah Petaling, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Koordinat3°05′00″N 101°39′22″E / 3.083341°N 101.655991°E / 3.083341; 101.655991Koordinat: 3°05′00″N 101°39′22″E / 3.083341°N 101.655991°E / 3.083341; 101.655991
Dimiliki olehKeretapi Tanah Melayu
Laluan2 Laluan Pelabuhan Klang
Platform2 platform sisi
Trek2
SambunganTiada
Pembinaan
Jenis strukturAtas tanah
Templat letak kenderaanAda
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KD05 
Sejarah
Dibuka14 Ogos 1995
Dibina semulaYa
DielektrikkanYa
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Keretapi Tanah Melayu
(Komuter)
Stesen seterusnya
Petaling
menghala ke Tanjung Malim
Laluan Pelabuhan Klang Kampung Dato Harun
menghala ke Pelabuhan Klang
Lokasi
Map

Ciri-ciri stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen ini terletak di dalam kawasan perumahan Seksyen 18 Petaling Jaya. Ia mendapatkan nama sempena bekas pesuruhjaya tinggi British di Tanah Melayu iaitu, Gerald Templer. Juga terletak berhampiran dengan kawasan perumahan dan berbandaran Seksyen 1, Seksyen 1A dan Petaling Jaya Selatan (PJS) 1.

Pelan stesen sunting

Struktur stesen terletak di atas permukaan tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi dengan dua landasan kereta api.

Perkhidmatan Bas sunting

Tiada perkhidmatan bas di sekitar stesen ini. Stesen bas berhampiran terletak berdekatan dengan simpang Seksyen 18 di Jalan Klang Lama   di mana Bas RapidKL laluan 641 dan T640 berkhidmat di perhentian bas itu.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Hilmi Mohamad (Julai 2003). "Rail Transportation in Kuala Lumpur" [Pengangkutan Rel di Kuala Lumpur] (PDF). Japan Railway & Transport Review (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 Mac 2017. Dicapai pada 1 Mei 2019.
  2. ^ "Komuter Routes in Malaysia" [Laluan Komuter di Malaysia]. Keretapi Tanah Melayu (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Oktober 20, 2018. Dicapai pada 31 Oktober 2021.

Pautan luar sunting