Stesen Komuter Kampung Dato Harun

Stesen komuter Kampung Dato Harun (bahasa Inggeris: Kampung Dato Harun Komuter station; singkatan: Stesen Kg Dato Harun) ialah salah satu stesen kereta api komuter di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Stesen ini merupakan salah satu stesen yang terletak di perkhidmatan Laluan Pelabuhan Klang yang telah dibuka pada 14 Ogos 1995.[1] Ia terletak di antara Stesen Komuter Jalan Templer dan Stesen Komuter Seri Setia dan dimiliki sepenuhnya oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad.[2]

Kampung Dato Harun Keretapi Tanah Melayu KTM Komuter
كامڤوڠ داتوء هارون
Papan tanda stesen di platform stesen.
LokasiStesen Kampung Dato Harun, PJS 51, Daerah Petaling, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,Malaysia
Koordinat3°05′04″N 101°38′01″E / 3.08431°N 101.63366°E / 3.08431; 101.63366Koordinat: 3°05′04″N 101°38′01″E / 3.08431°N 101.63366°E / 3.08431; 101.63366
Dimiliki olehKeretapi Tanah Melayu
Laluan2 Laluan Pelabuhan Klang
Platform2 platform sisi
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid KL: 641
PJ City Bus: PJ01
Pembinaan
Jenis strukturAtas tanah
Templat letak kenderaanAda
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KD06 
Sejarah
Dibuka14 Ogos 1995
Perkhidmatan
KTM Komuter
menghala ke Tanjung Malim atau KL Sentral
Laluan Pelabuhan Klang
menghala ke Pelabuhan Klang atau Kepong
Lokasi
Map

Ciri-ciri stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen ini terletak di sebelah utara Lebuhraya Baru Pantai  . Selain itu, Persimpangan Taman Maju Jaya (Exit 1005), kawasan perumahan Taman Medan Jaya, Taman Medan Cahaya, Petaling Jaya Selatan (PJS) 51 dan Taman Dato Harun terletak berhampiran dengan stesen ini.

Pelan stesen sunting

Struktur stesen terletak di atas permukaan tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi dengan dua landasan kereta api.

Perkhidmatan Bas sunting

Bas RapidKL laluan 641 dan Bas PJ City Bus laluan PJ01 berkhidmat di sekitar stesen ini.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Hilmi Mohamad (Julai 2003). "Rail Transportation in Kuala Lumpur" [Pengangkutan Rel di Kuala Lumpur] (PDF). Japan Railway & Transport Review (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 Mac 2017. Dicapai pada 1 Mei 2019.
  2. ^ "Komuter Routes in Malaysia" [Laluan Komuter di Malaysia]. Keretapi Tanah Melayu (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Oktober 20, 2018. Dicapai pada 31 Oktober 2021.

Pautan luar sunting