Stesen Komuter Mid Valley
Stesen Komuter Mid Valley merupakan sebuah stesen komuter Malaysia terletak di Seputeh, Kuala Lumpur. Stesen ini dibina dengan jumlah kos sebanyak RM12.2 juta, dan dibuka kepada penggunaan awam pada Ogos 2004.
KB01 Mid Valley ميد ۏيلي | |
---|---|
stesen KTM Komuter | |
Lokasi | Mid Valley City, Seputeh, Kuala Lumpur, Malaysia. |
Koordinat | 3°7′6″N 101°40′43″E / 3.11833°N 101.67861°E |
Dimiliki oleh | Keretapi Tanah Melayu |
Laluan | Laluan Rawang-Seremban (KTM Komuter) |
Platform | 2 platform tepi. |
Trek | 2 |
Pembinaan | |
Templat letak kenderaan | Tiada |
Kemudahan basikal | Tiada |
Kemudahan OKU | Ya |
Maklumat lain | |
Kod stesen | MVALLEY |
Sejarah | |
Dibuka | 23 Ogos, 2004 |
Penumpang | |
Penumpang (2012) | 6,135 (2,239,403) |
Lokasi | |
Perhubungan dengan Mid Valley City
suntingStesen ini dibina di selatan jambatan ke Taman Seputeh, dan terletak 200m dari Mid Valley City, yang mengandungi Mid Valley Megamall dan The Gardens. Mid Valley Megamall dihubungkan dengan stesen ini dengan sebuah jejantas. Stesen ini adalah untuk mengatasi masalah lalu lintas di sekitar Megamall, yang sebelum ini Megamall hanya dapat dicapai dengan kenderaan jalan raya, dan menyebabkan kesesakan lalulintas. Perkhidmatan letak kereta tidak disediakan kerana stesen ini terutamanya hanya untuk berkhidmat kepada Mid Valley City, dan Mid Valley City sendiri telah menyediakan tempat letak kereta. Terdapat Bas yang berhenti di Jalan Syed Putra, sebuah jalan raya utama yang melalui stesen ini.
Stesen Mid Valley merupakan salah satu daripada kedua-dua buah stesen Komuter yang berhampiran dengan sesebuah kompleks membeli-belah. Yang lain ialah Stesen Komuter Subang Jaya pada Laluan Sentul-Pelabuhan Klang, dibina berhampiran dengan Subang Parade.
Reka bentuk
suntingTolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Stesen Komuter Mid Valley (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Stesen ini terdiri daripada 2 tingkat: bahagian atas, adalah bahagian yang bertingkat dan di sini terletaknya kaunter tiket dan laluan berbayar manakala tingkat bawah terdiri daripada platform menunggu berbumbung dan dihubungkan dengan bahagian atas menggunakan tangga atau lif (bagi OKU). Tidak seperti stesen KTM komuter sebelumnya, stesen Mid Valley mempunyai ciri-ciri senibina yang moden seperti kanopi dan struktur sokongan kerangka besi, di mana bentuknya menyerupai rekabentuk seperti yang terdapat pada Stesen Kepong Sentral, iaitu satu lagi stesen Komuter KTM yang baru yang dijangka dibuka pada 2006.
Pehubungan dengan bas rapidKL
suntingStesen Komuter Mid Valley boleh dicapai dengan bas rapidKL yang berikut:-
- B105 : LRT KLCC - Mid Valley Megamall via KL Sentral - LRT KLCC
- B110 : KL Monorel Bukit Bintang - Mid Valley Megamall - KL Monorel Bukit Bintang
- U66 : Pasaramakota - Taman Medan via Petaling Jaya (Taman Medan bound only)
- U84 : Pasaramakota - Kelana Jaya - Pasaramakota
- U85 : Pasaramakota - SEA Park, SS 2 Petaling Jaya (SEA Park bound only)
- T631 : LRT Universiti - Mid Valley Megamall - LRT Universiti
Rujukan
sunting- "KTM Berhad To Build A New KTM Komuter Station At MidValley". Official Malayan Railway website. February 20, 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2007-04-16.
- "New MidValley KTM Komuter Station To Begin Operation August 23, 2004". Official Malayan Railway website. August 16, 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2007-04-16.
Stesen sebelumnya | Laluan Rel (Lembah Klang) | Stesen berikutnya | ||
---|---|---|---|---|
KL Sentral | Laluan Rawang-Seremban | Seputeh |